“Nanti bila dah kaya, jangan lupakan saya ya.” Khalilah bersuara lemah.
Syafiqah pantas melarikan anak matanya ke wajah Khalilah, pantas tubuh kecil itu dipeluknya. “Saya takkan lupakan awak.”
Saya takkan lupakan awak.
Suara itu bergema dalam fikiran Syafiqah.
“Puan?” Suara wartawan bergema kembali.
Syafiqah tertarik ke alam realiti.
Para wartawan semakin pelik dengan kelakuan Syafiqah.
“Saya..saya mendapat inspirasi daripada teman sekuliah saya.” Dalam hiba, Syafiqah menyambung.
Khalilah.... di mana kau sekarang, lama sudah kita tidak berhubung. Terakhir sekali ketika kau bergelar pensyarah di universiti kita dahulu, sebelum aku bergelar usahawan berjaya dan sibuk dengan duniaku sendiri. Khalilah...maafkan aku...
“Teman sekuliah puan? Boleh ceritakan dengan lebih lanjut?” Salah seorang wartawan di press conference itu melanjutkan pertanyaan.
Syafiqah berdiri, “Maaf, saya ada hal penting, saya akan buat press conference baru nanti. Maafkan saya, saya akan jelaskan segalanya nanti.” Syafiqah beredar ke keretanya, hatinya membuak-buak ingin bertemu Khalilah, sahabatnya tatkala suka dan duka, pada saat hujan dan panas.
Syafiqah berlari-lari anak.
Kereta BMW 5 Series Sedan yang berwarna silver itu memecut laju di lebuhraya. Tangan Syafiqah mencapai satu cd yang memang tersimpan rapi di dalam laci keretanya.
Cd dipasang.
banyak yang kaya lupa pada Allah
banyak yang miskin jauh dari Allah
banyak yang sehat lari dari Allah
banyak yang sakit meninggalkan Allah
Lagu sakha –Ingatlah Allah itu mencucuk-cucuk hatinya. Air matanya semakin pantas mengalir, tangannya yang mulus mencapai pula telefon bimbit, mencari nombor telefon Khalilah yang baru yang didapatinya dari seorang teman yang lain dan terus menekan butang dail.
Beberapa saat tiada jawapan.
Syafiqah mencuba lagi dan menunggu dengan penuh sabar.
“Hello Assalamualaikum…” Suara wanita yang dicintainya itu kedengaran juga. Syafiqah menangis semahunya,melepaskan kerinduan yang bersarang begitu lama, melepaskan rasa bersalah yang beraja di hati dan melepaskan segala bebanan yang terpikul di bahu.
“Hello? Siapa ni?” Suara kedengaran cemas.
“Khalilah… ini…”
“Syafiqah!” Khalilah mendakap tubuh Syafiqah erat-erat,seakan tidak mahu dilepaskan lagi. Syafiqah membalas.
“Khalilah...kenapa tukar nombor tak bagitahu?” Syafiqah bertanya sambil air matanya terus mengalir.
“Maaf Syafiqah, handphone saya hilang, saya ada cuba telefon nombor awak, tapi tak ada balasan, saya ingat awak dah tukar nombor.”
Syafiqah terdiam, baru dia teringat..kesibukannnya seharian sehingga mengabaikan segala nombor yang tidak dikenalinya.
“Maaf Khalilah, saya yang bersalah..”
“Tahniah! Awak dah jadi usahawan berjaya sekarang. Dah tercapai cita-cita awak ye.” Khalilah bernada ceria, ingin mencuba mengusir segala kesedihan yang melanda.
“Belum.”
“Kenapa?”
“Sebab saya terlupa nak menolong orang-orang yang susah. Saya lupakan awak, teman sejati saya.”
“Saya faham awak sibuk...tapi saya tetap simpan awak kat sini” Khalilah menunjuk ke dadanya, memberi isyarat hati.
Syafiqah menggeleng. “Awak ingat apa saidina Ali pesan?”
Khalilah menggeleng. “Apa?”
“Selemah-lemah manusia adalah orang yang tak boleh mencari sahabat, dan orang yang lebih lemah daripada itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari” Syafiqah menjawab, beserta air mata yang semakin banyak mengalir.
Khalilah memeluk Syafiqah erat-erat.
“Khalilah..apakah nikmat ini semakin membuat saya jauh dari Allah?”
“Semuanya belum terlambat Syafiqah… U-turnlah ke jalan yang benar, jalan yang sama-sama kita lalui dahulu.”
“Khalilah….”
“Ya…”
“Tolong ingatkan saya, macam awak selalu buat dulu.”
Khalilah menangis, menggenggam erat tangan Syafiqah. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Syafiqah yang hiba.
“Kita akan sama-sama merentasi jalan ini.” Khalilah berkata, seolah menyimpulkan satu janji.
“Kalau saya jatuh, awak tarik saya kembali ya?”
Khalilah mengangguk. “Hatta kalau awak jatuh dan terluka sampai tak mampu berjalan lagi saya sanggup mamapah awak sampai awak mampu berlari semula.”
Syafiqah meletakkan kepalanya di bahu Khalilah.
Burung-burung yang berterbangan bercicipan riang, wakaf tempat mereka selalu beristirahat kini menjadi saksi pertemuan yang indah.
Air tasik yang tenang, berserta daun-daun yang berguguran benar-benar mendamaikan suasana.
“Khalilah.” Syafiqah memanggil, memecah suasana.
“Jangan menangis lagi…Uhibbuki fillah..”
“Uhibbuki fillah aidhan… Kalau awak tak menangis, baru saya tak menangis..Kita kan sahabat!” Khalilah membalas, berserta satu janji yang tergalas.
Kita akan bersama beriringan..sehingga syurgaNya yang kekal abadi!
-TAMAT-
Nota :
uhibbuki fillah – saya mencintaimu kerana Allah
uhibbuki fillah aidhan – saya mencintaimu kerana Allah juga.
Wallahualam
02SEPTEMBER2020 | 12:39PM

















