Selasa, 21 Julai 2020

AKU CUMA NAK BAHAGIA



Entah kenapa aku tak pernah rasa nak jadi orang kaya. 
Tak pernah dalam doa aku nak jadi kaya raya. Duit dan harta bertimbun membukit. Aset sana sini. 

Sampai satu hari aku duduk terfikir. 
Makin lama makin duit diperlukan. Ya, aku perlukan duit. Banyak duit untuk mencukupkan apa keperluan aku. 
Tapi untuk jadi kaya aku taknak. 
Satu sifat pelik aku. 

Suddenly mak aku datang kat ruang tamu and aku cerita apa yang ada dalam benak aku. 

Mak aku cakap,

"Takde masalah kalau taknak jadi kaya . Tapi doa jangan tinggal.


Doalah supaya jadikan kau orang yang merasa cukup. "Cukup dengan apa yang ada dan dicukupkan apa yang kau perlu." 

Ya. Cukup. 

Aku taknak jadi kaya. 
Aku nak hidup dengan merasa cukup dan syukur dengan apa yang diberikan kepada aku. 

Aku nak dicukupkan keperluan dan sedikit rezeki lebih untuk kemahuan. Bukan kemahuan aku. Tapi orang yang dekat dengan aku. 
Untuk aku cukuplah dengan apa yang aku ada, aku gunakan dan hargai.

AKU CUMA NAK BAHAGIA.

21JULY2020 | 15:03PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HEALING JOURNEY 2 : HYPOMANIA

Gembira, bersemangat, bertenaga, yakin, itulah apa yang aku rasa. Aku tidak tahu kenapa aku menjadi gembira. Padahal, tidak ada apa-apa pun ...