Rabu, 22 Julai 2020

AT-TAUBAH : 40



Sebenarnya siapa yang membuat kita sakit hati dan kecewa? Bukankah diri kita sendiri? 

Siapa yang menyuruh kita meletakkan harapan menggunung tinggi dan bila ia tak terkecapi kita yang sakit sendiri. Lalu tanya pada diri, kenapa pula kita menuding jari ke sana sini? 

Sudahlah. 

Tak usah kau tepis-tepis segala rasa sakit kecewa, tak usah kau elak-elak derita segala, untuk apa? Bukankah semakin kau elak, sakitnya semakin terasa, semakin kau tepis, deritanya kuat mencengkam jiwa? 

Laluilah dengan bersahaja. Peluk segala sakit, kecewa, derita itu erat-erat hingga menusuk ke dada, hingga kau rasa ia bercantum dengan jiwa raga, hingga ia membentuk sebuah cinta, hingga kau tak tahu beza yang mana satu bahagia yang mana satu derita. 

Hingga --

bahawasanya kau sedar tak kira apa kau tak pernah kecewa, kerana --

Kau yakin segalanya adalah percaturan dari Yang Esa. Mana mungkin Tuhan yang penuh dengan cinta menghumban kau ke dalam derita? 

Bersangka baiklah, ia tak pernah mengecewa. Yang kau rasa syurga itu mungkin sahaja neraka. 

Janganlah kau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita 
(At-Taubah : 40)

Doesnt this bring calm to your heart? 

Salam cinta :)

22JULY2020 | 23:43PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HEALING JOURNEY 2 : HYPOMANIA

Gembira, bersemangat, bertenaga, yakin, itulah apa yang aku rasa. Aku tidak tahu kenapa aku menjadi gembira. Padahal, tidak ada apa-apa pun ...