"Yang aku nampak, buat masa ni kau ada satu je jalan keluar untuk semua kemelut ni. Semua kekusutan dan kekeliruan ni."
"Apa dia?" aku bertanya tanpa menoleh.
"Mati." Dia menjawab dengan tenang.
Aku teruskan langkah dengan tenang sambil tersenyum sinis. Lampu-lampu jalan yang menerangi laluan menjadikan malam itu begitu terang. Tiada cahaya bulan mahupun bintang yang menerangi segenap alam yang semakin hitam. Hanya berpandukan lampu jalan yang dinyalakan.
"Yeah. I know. I prepared for that. Aku tak takut mati. You know me well enough to say that." Aku membalas dengan suara mendatar. Perlahan tapi jelas untuk didengari telinga sendiri.
"Aku tahu. Aku tahu kau punya struggle untuk teruskan kehidupan menunggu ajal. Aku tahu harapan yang kau pendam dari dulu. Dendam kau dengan setiap apa yang terjadi. Yang jadikan kau manusia berhati kering macam mana sekarang..." Dia menjawab laju.
"Then?" Aku menyoalnya kembali.
"Aku bukan bagi kau cadangan. Tapi bila aku sebut mati tu adalah cuma jalan yang ada buat masa ni. Kau tak tahu apa yang menantikan kau esok hari. Mana tahu ada solusi yang lebih baik esok? Tapi kau pilih untuk tamatkan semuanya harini.
Mana life adventure yang kau perjuangkan selama ni?"
"There is no light of hope work on me. You know that."
Aku teruskan berjalan. Menapak perlahan jauh dari lampu. Aku perlukan ketenangan sebentar. Aku perlukan kegelapan memeluk aku dengan erat. Aku perlukan kesunyian.
Aku teruskan melangkah menuju kearah lampu jalan yang seterusnya.
"Kau cuba buang segala kemungkinan yang kau ciptakan. Kau buang harapan yang kau boleh wujudkan. Kenapa kau boleh bagi dekat orang, tapi tidak pada diri kau sendiri?" Dia menyoal dengan nada mendesak.
"Then? What should I do? Kalau kau bijak sangat ada solusi, okay aku terima solusi kau dengan hati terbuka.
Spit it out!" Aku terus bersandar pada tiang lampu jalan sambil memandang ke tanah.
Sial lah hidup. Aku mendongak dengan harapan tiang lampu itu akan berdengung kerana kepalaku terhentak.
Keletuk! "Aduh!"
Ku sangkakan besi rupanya konkrit. Aku memandang bawah sekali lagi. Melepaskan nafas dengan berat.
"Aku tak pandai dalam bab ni. Kalau kau minta aku solusi, aku boleh kata aku tak ada." Jawapannya tidak memuaskanku.
"Habis untuk apa semua perbualan ni? Sia sia? Buang masa aku. Bye."
Namun baru sahaja aku mahu melangkah kaki keluar dari cahaya itu, dia bersuara lagi. Kali ini dengan nada yang mendatar dan tegas.
"Memang aku tak ada solusi. Tapi satu yang aku pasti, kau akan dapat jawapannya nanti. Secara langsung atau tidak, kau akan dapat."
"Macam mana?" Soalku pendek.
"Teruskan hidup. Kekal kuat untuk melangkah satu hari lagi. Ingat tu setiap hari. Tapi kalau kau taknak, aku bukan dalam posisi yang sesuai untuk mendesak. Semuanya atas kau.
Yelah, aku kan hanya bayang."
Aku diam dan teruskan melangkah jauh dari cahaya jalan. Dia hilang kembali sejajar dengan sifatnya yang hanya akan muncul cuma bila adanya cahaya. Aku perlukan ruang aku sendiri. Kembali dalam kegelapan yang mungkin memberikan aku aspirasi hidup kembali. Mungkin.
Tapi cuma buat masa ini, aku cuma ingin sepi dalam dunia aku.
09JULY2020 | 21:27PM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan