Sabtu, 30 Januari 2021

BAB 3 : PENGUMUMAN TERGEMPAR


 

Tepat pukul 3:00 petang, rakyat Malaysia telah bersedia menunggu pengumuman Perdana Menteri di hadapan television. Mereka ingin mengetahui apakah langkah kerajaan untuk mengatasi wabak ini.

Sementara itu, di bilik media pula. Pihak media telah memfokuskan kamera kepada Perdana Menteri yang telah berada di hadapan untuk disiarkan secara langsung di television.

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan” ucap Perdana Menteri sebagai permulaan. Pengumuman oleh Perdana Menteri disiarkan secara langsung di seluruh negara.

“Seperti yang kita ketahui...sebuah wabak epidemik telah menyerang negara kita...wabak ini dikenali sebagai wabak ZKM-2... Disebabkan itu,  telah berlaku peningkatan kes positif wabak ZKM-2 serta kematian yang mendadak akibat wabak ZKM-2. Hospital-hospital di seluruh negara pula telah mulai sesak dengan pesakit ZKM-2...” kata Perdana Menteri lagi. Dia memandang tepat pada kamera pihak media itu.

“Melihat keadaan yang semakin lama semakin teruk...kerajaan telah bersepakat untuk melaksanakan perintah berkurung di seluruh semenanjung Malaysia kecuali Labuan, Sabah dan Sarawak.” Katanya lagi.

Kenyataan Perdana Menteri itu telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Kerajaan terpaksa melaksanakan perintah berkurung untuk memutuskan rantaian wabak ZKM-2.

“Perintah berkurung ini akan berkuatkuasa tepat jam 12:00 malam ini. Ekoran daripada itu juga, Baginda Yang Dipertuan Agong telah bersetuju untuk mengisytiharkan darurat kesihatan di Malaysia” sambungnya lagi. Cahaya kelipan daripada kamera pihak media menerangi muka Perdana Menteri.

“Di kesempatan ini, saya akan menerangkan peraturan sepanjang perintah berkurung dilaksanakan, seluruh sektor ekonomi dan sosial akan ditutup...hanya pasaraya dan farmasi sahaja yang akan dibuka sewaktu perintah berkurung. Universiti dan sekolah juga akan ditutup...pihak polis dan tentera juga akan membuat rondaan dan juga sekatan jalan raya. Hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk keluar membeli barang keperluan. Jika anda ingin keluar daripada rumah, sila bawa dokumen pengenalan diri. Semasa perintah berkurung, anda tidak dibenarkan untuk merentas daerah dan juga merentas negeri” terang Tan Sri Fikri.

“Disebabkan telah berlaku kesesakan di hospital sekitar Kuala Lumpur...kerajaan telah menjadikan stadium bukit jalil sebagai pusat kuarantin Kuala Lumpur...pusat kuarantin itu akan berada di bawah kawalan tentera...” katanya lagi.

“Akhir sekali, saya ingin menasihati anda semua agar sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan diri, keluarga dan orang lain...semoga Allah melindungi kita. Ingat!!! Tetaplah di rumah” kata Tan Sri Fikri. Pengumuman itu pun berakhir.

Walaubagaimanapun, pengumuman itu telah mencetuskan panik kepada sesetengah rakyat Malaysia. Langkah kerajaan  mengenakan perintah berkurung itu telah menjadi bualan ramai. Ada yang memuji dan ada juga yang mengutuk tindakan itu.

Disebabkan bimbang bekalan makanan tidak mencukupi sewaktu perintah berkurung. Pada petang itu juga, rakyat Malaysia telah membuat pembelian panik di pasaraya-pasaraya yang terdekat.

5:00 Petang, Pasaraya Tunas Manja, Jalan Rusa, Pudu, Kuala Lumpur.

Pada petang itu, penduduk sekitar pudu telah menyerbu pasaraya itu untuk membuat pembelian panik. Sebahagian almari telah licin akibat pembelian panik itu.

Mereka semua membeli barangan keperluan dengan banyak untuk menampung semasa perintah berkurung. Di kaunter pula, mereka bersesak-sesak menunggu giliran untuk pembayaran barangan itu. Jurujual yang bertugas tidak menang tangan untuk membuat pembayaran.

“WOI JANGAN PENTINGKAN DIRILAH!!! ORANG LAIN PUN NAK JUGA” Tengking seorang lelaki yang berjersi Perak itu kepada seorang lelaki yang berbaju t-shirt hijau. Semua orang memandang ke arah dia.

“KAU APAHAL MENYIBUK?!! SUKA HATI AKU LA!!” balas lelaki berbaju hijau itu. “KURANG AJAR!!” tengking lelaki berjesi itu lalu dia melepaskan tumbukan di pipi lelaki tersebut.

Lelaki yang ditumbuk itu tersungkur jatuh tetapi dia kembali berdiri. “CISS!!” keluh dia lalu dia cuba untuk menumbuk muka lelaki itu namun ditepis oleh lelaki tersebut.

Keadaan mula menjadi tegang. “BANG!!!” Bunyi tembakan dilepaskan. Rupa-rupanya itu tembakan yang melepaskan gas pemedih yang ditembak oleh polis anti-rusuhan atau dikenali sebagai Federal Reserve Unit (FRU). Gas itu menyebabkan mata mereka berasa pedih dan terbatuk-batuk.

“Diminta semua orang untuk bersurai!! Kosongkan tempat ni!!!” arah seorang polis FRU tersebut kepada orang ramai. Beberapa anggota polis FRU menghalau keluar para pengunjung pasaraya itu. Mereka terpaksa meninggalkan barangan yang tidak sempat untuk dibayar di pasaraya akibat dihalau keluar secara paksa oleh polis FRU.

Ramai yang mempertikaikan tindakan polis FRU. Namun, ia bukan berlaku di situ sahaja malah ia juga berlaku di beberapa tempat di Kuala Lumpur. Kerajaan telah mengerahkan polis FRU untuk mendesak rakyat untuk tidak berkumpul beramai-ramai pada petang itu kerana bimbang akan menjadi risiko penyebaran wabak ZKM-2.

Di Pavillion Bukit Bintang, polis FRU juga bertindak memaksa pengunjung keluar untuk pulang ke rumah. Mereka menghalau pengunjung menggunakan gas pemedih mata.

Disebabkan pembelian panik telah berlaku, ini menyebabkan barangan keperluan harian telah berkurang secara mendadak. Disebabkan itu, beberapa kejadian kecurian telah dilaporkan di sekitar lembah Klang pada petang itu. Terdapat juga kejadian apabila lori yang membawa bekalan makanan telah dirompak.

Suasana huru-hara dan kelam-kabut melanda Kuala Lumpur. Hal ini kerana Kuala Lumpur adalah tempat yang terjejas teruk akibat perintah berkurung berbanding Negeri lain. Tiada kejadian pembelian panik di Negeri lain.

5:35 Petang, Lebuhraya Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Selepas sahaja kerajaan telah mengisytiharkan perintah berkurung, sesetengah penduduk Kuala Lumpur ingin melarikan diri ke halaman kampung masing-masing namun kesemua jalan raya termasuk lebuhraya telah ditutup dan telah diadakan sekatan jalan raya.

“PIN!!!PIN!!PIN!!!” bunyi hon kereta lain yang sedang bersesak-sesak di jalan raya. Terdapat kereta yang telah diarahkan untuk berpatah balik oleh pegawai polis yang bertugas.

“Sila patah balik!!!” arah polis trafik itu kepada pemandu kereta yang lain. Kelihatan anggota polis yang lain sedang meletakkan kon untuk menutup jalan tersebut.

Pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Monorel, Bas dan Keretapi telah dihentikan pada petang itu juga. Ini menyebabkan mereka yang sering pulang menaiki pengangkutan awam terpaksa berjalan kaki ke rumah masing-masing.

5:50 Petang, Kem Tentera Sungai Besi, Cheras, Kuala Lumpur.

Beberapa buah lori tentera darat mula keluar daripada perkarangan Kem Tentera itu. Lori-lori itu membawa anggota tentera untuk memasang kawad berduri di lebuhraya serta sempadan negeri dan daerah.

Kerajaan telah mengarahkan tentera untuk menutup jalan sempadan negeri dan daerah serta membuat rondaan bersama pihak polis. Terdapat juga bantuan anggota tentera daripada port dickson, Negeri Sembilan.

6:25 Petang, Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

Suasana sedikit kelam kabut apabila kakitangan hospital itu mula untuk memindahkan pesakit ZKM-2 ke stadium Bukit Jalil. Bagi pesakit ZKM-2 yang mempunyai gejala ringan, mereka akan menaiki lori polis manakala mereka yang mempunyai gejala yang teruk mereka akan menaiki van ambulans.

Dr.Faris membuka matanya. Dia telah sedar daripada pengsan. Dia kini berada di dalam van ambulans yang sedang menuju ke Stadium Bukit Jalil. Mukanya begitu pucat. Terdapat darah kering di mulutnya.

“Faris? Kau okay?” soal Dr.Rafi yang sedang melihat Dr.Faris yang sedang terbaring. “Aku dah kena jangkit dengan virus ZKM-2 ke? Soal Dr.Faris.

Dr.Rafi menganggukan kepalanya. “Ya...kau dah kena jangkit...” balas Dr.rafi. “Haihh...” keluh Dr.Faris “Sabar Faris...kau kuat...” kata Dr.Rafi.

“Kau dah beritahu kepada isteri aku yang aku dijangkiti virus ini?” soal Dr.Faris “Ya aku dah beritahu... bertenag Faris bertenang” kata Dr.Rafi.

“Aku rasa aku dah tak lama ni” ujar Dr.Faris. “Faris...lebih baik kau jangan cakap macamtu...lebih baik kau doa yang baik-baik” kata Dr.Rafi.

Dr.Faris ketawa kecil. “Kalau dah takdir nak buat macam mana?” balasnya. Dr.Rafi terdiam.

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HEALING JOURNEY 2 : HYPOMANIA

Gembira, bersemangat, bertenaga, yakin, itulah apa yang aku rasa. Aku tidak tahu kenapa aku menjadi gembira. Padahal, tidak ada apa-apa pun ...