Hari berganti hari dan minggu berganti minggu. Jumlah kes wabak ZKM-2 semakin lama semakin meningkat. Jumlah kematian akibat wabak ZKM-2 pula juga semakin meningkat. Kebanyakkan negara luar telah menyekat penerbangan keluar dan masuk ke Malaysia.
Rakyat semakin bimbang dan kini hanya
menunggu tindakan kerajaan. Rakyat sebenarnya kini sudah tahu apa yang
disembunyikan oleh kerajaan.
3 Februari 2050, 3:00 petang, Ibu Pejabat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya.
Di dalam pejabat itu, beberapa kakitangan KKM
kelihatan sedang mengemaskini data tentang jumlah pesakit wabak ZKM-2. Kemudian
barulah pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Dr.Syafiq tiba di
pejabat itu.
“Dr, bagaimana situasi wabak ZKM-2 sekarang
ni? Berapa ramai yang disahkan positif ZKM-2?” soal Dr.Syafiq. “Mengikut data
yang kami kumpul...sekarang ni ada 180,000 kes dicatatkan di seluruh malaysia.
Kebanyakkan kes itu banyak daripada negeri Johor, Melaka, Kuala Lumpur, Negeri
Sembilan, Pahang, Perak dan juga selangor.” Balas Dr.Hafiz
“Allahuakbar...Bilangan kematian akibat wabak
ZKM-2 pula?” soal Dr.Syafiq lagi. “Buat masa sekarang ini...kita rekod ada
25,000 kematian...kalau nak tahu setiap setengah jam ada seorang pesakit ZKM-2
akan mati” lapor Dr.Hafiz. “Kalau kerajaan tidak buat sesuatu...memang gila
jawabnya” kata Dr.Syafiq.
“Oh ya doktor...setiap hospital di Kuala
Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan perak telah mula sesak doktor”
lapor Dr.Hafiz lagi. “Baiklah kalau begitu...siapkan laporan...saya mahu hantar
kepada Menteri Kesihatan” kata Dr.Syafiq.
4:20 Petang, Hospital Kuala Lumpur, Kuala
Lumpur.
Suasana di Hospital Kuala Lumpur sesak dengan
pesakit ZKM-2. Wad sedia ada tidak mampu menampung kesemua pesakit ZKM-2
sehinggakan pesakit ZKM-2 terpaksa diletakkan di kaki lima hospital itu. Setiap
kakitangan hospital itu terpaksa mengalihkan katil pesakit ZKM-2 di kaki lima
jika ingin melalui di kaki lima.
“Doktor!!doktor!!” kata jururawat yang
bernama Anis kepada Dr.Faris yang berbangsa melayu yang sedang memantau keadaan
wad pesakit ZKM-2 itu. “Kenapa ni?” soal Dr.Faris. “Ikut saya cepat” kata Anis.
Tanpa membuang masa, Dr.Faris mengekori di belakang Anis. Mereka masuk ke
sebuah bilik pesakit. Pesakit itu menghidapi kanser paru-paru namun dia telah
dijangkiti Virus ZKM-2.
“Tengok ni doktor...pesakit ini tiada kontak
dengan mana-mana pesakit ZKM-2 tetapi sekarang tiba-tiba dijangkiti wabak ini
juga” terang Anis. Dr.Faris melihat penghawa dingin di atas silling.
“Nampaknya...Virus ini dapat merebak melalui udara” balas Dr.Faris. Anis
memandang ke arah Dr.Faris. “Boleh jadi” balasnya.
Tiba-tiba Dr.Faris terbatuk. Kelihatan
terdapat tompokan darah di topeng mukanya. “Doktor...kamu pun dah dijangkiti?”
soal Anis dengan terkejut. Dr.Faris berasa terkejut melihat keadaan dirinya.
Tiba-tiba kepalanya berasa pening. Dia memegang kepalanya.
“Doktor? Kamu okay?” soal Anis. Dr.Faris
kemudian rebah dan tidak sedarkan diri.
9:30 Malam, Penjara Sungai Buloh, Putrajaya.
“Semenjak dua menjak ni asyik dengar bunyi siren
ambulans je..” kata Rafid. “Jangan-jangan...” sambungnya lagi namun ayatnya
dipotong oleh Dr.Amirul Najmi. “Wabak tu dah merebak” potong Dr.Amirul Najmi.
Tidak lama kemudian, mereka berdua dikejutkan
dengan kehadiran seorang warden penjara. Terpampang di tanda namanya “HAFIY”.
Dengar cerita ada seorang dudk kat penjara ni? Tak silap saya nama dia Amirul
Najmi? Dia kat sini ke?” soal Hafiy.
“Sayalah Amirul Najmi tu...dan saya memang
seorang doktor?” balas Dr.Amirul Najmi. “Ouh kamulah Amirul Najmi tu ya...hrmmm”
kata Hafiy. “Erk kenapa tuan?” soal Dr.Amirul Najmi.
“Apa yang kamu katakan di facebook haritu
memang betul...sekarang ni negara kita tengah gempar dengan wabak ZKM-2 tapi
tulah kerajaan macam buat-buat buta je...” ujar Hafiy. “Saya dah agak dah...saya
ditahan kat sini sebab saya sebarkan maklumat tentang wabak itu...bukan saya
seorang je kena tahan tu orang kat sebelah saya ni pun kena tahan sebab yang
sama jugak...” kata Dr.Amirul Najmi.
“Ouh kawan kamu pun sama jugak ya...hrmm
bertabahlah...di akhir zaman ni...yang betul dikata palsu...yang palsu dikata
betul...kuat betul fitnah zaman sekarang ni...” kata Hafiy. “Tulah tuan...saya
pun pasrah jelah” balas Dr.Amirul Najmi.
“Saya minta diri dulu ya...saya nak sambung
rondaan” kata Hafiy. “Okay tuan” balas mereka berdua. “Haihh...benda ni takkan
jadi kalau kerajaan lebih peka” kata Dr.Amirul Najmi sambil baring di lantai
penjara. “Sabar jelah Amirul Najmi...nak buat macam mana...kita ni Cuma rakyat
marhaen” balas Rafid.
4 Februari 2050, Bangunan Putra, Putrajaya.
“TUKK!!TUK!!TUK!!”. Kedengaran pintu pejabat
Perdana Menteri diketuk. “Masuk...” arah Tan Sri Fikri yang berada di dalam
pejabat itu. Rupa-rupanya Dato’ Badrul ingin berjumpa dengan Perdana Menteri.
“Maaf mengganggu Tan Sri” ujar Dato’ Badrul
yang memasuki ke pejabatnya itu. Dia memegang sebuah fail di sisinya. “Tidak
mengapa silakan duduk” balas Tan Sri. “Nampaknya seperti ada hal yang mustahak”
sambung Tan Sri yang melihat fail di tangan Dato’.
“Benar Tan Sri...Tan Sri...saya rasa saya patut
berterus terang sekarang” ujar Dato’ Badrul. “Berterus terang? Tentang?” soal
Tan Sri.
“Berterus terang tentang wabak ZKM-2...” kata
Dato’ Badrul. “Aduhh” keluh Tan Sri. “Tan Sri!! Rakyat dah mula pandang serong
kat kita...mereka dah mengecam kita Tan Sri di media sosial...mereka mula
membenci kita...ini sebab mereka sedang tunggu tindakan kita untuk menghalang
wabak ini...lagipun maklumat tentang wabak ZKM-2 dah terbongkar” terang Dato’
Badrul.
“Saya bukan apa Dato’ tetapi ekonomi
pelancongan kita ini pun penting...kalau tiada ekonomi maka rakyat kita tiada
pekerjaan” balas Tan Sri.
“Pelancongan? Tan sri tahu
tak...Negara-negara luar dah mula sekat penerbangan ke Malaysia...kita kena
lawan wabak ini dulu untuk pulihkan keyakinan negara luar untuk melancong ke
negara kita...” balas Dato’ Badrul.
“Jika pelancong luar tidak boleh melancong ke
negara kita...kita masih ada pelancong tempatan...pelancong tempatan juga boleh
menaikkan ekonomi kita” balas Tan Sri lagi.
“Tan Sri!!...Tan Sri nak berapa ramai lagi
yang mati disebabkan kelalaian Tan Sri? Disebabkan sifat Tan Sri lah...dah
25,000 rakyat dah hilang nyawa sebab wabak ini...Tan Sri sekarang ni ibarat
sedang membunuh rakyat...Tan Sri sedar tak?” kata Dato’ Badrul dengan nada yang
tegas dan sedikit meninggikan suara. Tan Sri terdiam mendengar kata-kata Dato’
Badrul.
“Saya faham ekonomi negara kita ini memang
penting tetapi kita kena ingat...nyawa rakyat tu pun penting juga...kalau bukan
sebab rakyat...kita ni takkan jadi kabinet Menteri Malaysia...kalau bukan sebab
rakyat...kita ni takkan ada pejabat kat sini...saya merayu kat Tan
Sri...tolonglah buat sesuatu untuk selamatkan rakyat kita” rayu Dato’ Badrul.
“Baiklah...petang ini saya kan menghadap Yang
Dipertuan-Agong...dan esok pagi saya kan buat mesyuarat tergempar.” Balas Tan
Sri. Kata-kata Tan Sri melegakan hati Dato’ Badrul.
Pada petang itu, Tan Sri Fikri pergi
menghadap Yang Dipertuan-Agong di istana negara. Dia mahu berbincang bersama
baginda tentang langkah-langkah mencegah wabak itu.
Pada petang itu juga, Pihak media telah
berkumpul di hadapan istana negara untuk membuat siaran langsung tentang
perjumpaan Perdana Menteri Malaysia bersama Yang Dipertuan-Agong.
“Baiklah. Assalamualaikum...kini kami
bersiaran langsung di hadapan istana Negara...baiklah sebentar tadi Perdana
Menteri Malaysia yang ke-25 telah sampai ke istana negara...antara yang akan di
bincang bersama baginda Yang Dipertuan-Agong ialah tentang langkah-langkah
untuk mencegah penyebaran wabak virus ZKM-2” lapor seorang wartawan di hadapan
istana negara. Seluruh rakyat Malaysia kini menanti keputusan Perdana Menteri
pada petang itu.
5 Februari 2050, Bangunan Putra, Putrajaya.
Di dalam bilik mesyuarat itu, kelihatan
kabinet menteri sedang bermesyuarat bersama Perdana Menteri. Mesyuarat itu juga
telah dihadiri oleh pengarah KKM iaitu Dr.Syafiq. dia telah dijemput oleh
kabinet untuk menerangkan maklumat tentang wabak itu.
“Virus ZKM-2 ini adalah virus zekrom yang
telah bermutasi...seperti yang kita tahu, virus zekrom pertama kali ditemu di
Perak pada tahun 2001...namun kali ini virus ini telah bermutasi...disebabkan
mutasi inilah, virus ini menjadi cepat tersebar dan memang membunuh...dalam
setengah jam ada seorang akan mati akibat virus ZKM-2 ni...disebabkan inilah
berlakunya peningkatan kes ZKM-2 dan kematian yang mendadak dalam hanya
beberapa minggu sahaja” terang Dr.Syafiq.
“Jadi...dari mana virus ini berasal” soal
Timbalan Perdana Menteri. “Virus ini daripada sekumpulan lembu yang mati di
Selangor pada bulan lalu...kemudian dia tersebar ke seluruh Selangor hinggalah
ke hampir seluruh Malaysia...yang mencatatkan peningkatan wabak ZKM-2 paling
tinggi adalah hampir di seluruh negeri semenanjung iaitu Kuala Lumpur,
Selangor, Putrajaya, Johor, Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Perlis dan
kedah” balas Dr.Syafiq.
“Sabah, Sarawak dan labuan pula?” soal Tan
Sri Harith selaku Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. “Setakat ini 3 negeri
itu sahaja yang terselamat...hal ini disebabkan kerajaan negeri mereka telah
mula menyekat penerbangan ke semenanjung” balas Dr.Syafiq.
“Wabak ini sekarang menjadi sebuah epidemik
tetapi jika ia terus dibiarkan ia akan menjadi sebuah pandemik global.” Sambung
Dr.Syafiq.
“Setakat ini adakah terdapat vaksin yang
dapat mencegah penularan wabak ini?” soal Tan Sri Fikri. “Setakat ini tiada
vaksin untuk wabak ini” balas Dr.Syafiq.
“Nampaknya kita kena buat sesuatu Tan
Sri...bahana Negara kita kalau kita tidak buat apa-apa tindakan...semalam kes
wabak ZKM-2 adalah 280,000 dan kematian pula 44,235...tapi kita macam ‘buta’
tidak buat apa-apa” kata Dato’ Ikram selaku Menteri Pertahanan.
“Baiklah...jika begitu...saya ada rancangan
dan rancangan ini juga telah mendapat persetujuan daripada YDPA” kata Tan Sri
Fikri. “Rancangan apa?” soal Dato’ Sri Ikram.
Beberapa jam selepas mesyuarat
berlangsun...Akhirnya kata sepakat berjaya disetujui. Perdana Menteri telah
mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan membuat pengumuman penting pada pukul
3:00 Petang ini.

Good writing and story continuity. Looking forward for chapter 3. Keep up the good work!
BalasPadam