Ahad, 24 Januari 2021

BAB 2 : PERBINCANGAN




Hari berganti hari dan minggu berganti minggu. Jumlah kes wabak ZKM-2 semakin lama semakin meningkat. Jumlah kematian akibat wabak ZKM-2 pula juga semakin meningkat. Kebanyakkan negara luar telah menyekat penerbangan keluar dan masuk ke Malaysia.

Rakyat semakin bimbang dan kini hanya menunggu tindakan kerajaan. Rakyat sebenarnya kini sudah tahu apa yang disembunyikan oleh kerajaan.

3 Februari 2050, 3:00 petang, Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya.

Di dalam pejabat itu, beberapa kakitangan KKM kelihatan sedang mengemaskini data tentang jumlah pesakit wabak ZKM-2. Kemudian barulah pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Dr.Syafiq tiba di pejabat itu.

“Dr, bagaimana situasi wabak ZKM-2 sekarang ni? Berapa ramai yang disahkan positif ZKM-2?” soal Dr.Syafiq. “Mengikut data yang kami kumpul...sekarang ni ada 180,000 kes dicatatkan di seluruh malaysia. Kebanyakkan kes itu banyak daripada negeri Johor, Melaka, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan juga selangor.” Balas Dr.Hafiz

“Allahuakbar...Bilangan kematian akibat wabak ZKM-2 pula?” soal Dr.Syafiq lagi. “Buat masa sekarang ini...kita rekod ada 25,000 kematian...kalau nak tahu setiap setengah jam ada seorang pesakit ZKM-2 akan mati” lapor Dr.Hafiz. “Kalau kerajaan tidak buat sesuatu...memang gila jawabnya” kata Dr.Syafiq.

“Oh ya doktor...setiap hospital di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan perak telah mula sesak doktor” lapor Dr.Hafiz lagi. “Baiklah kalau begitu...siapkan laporan...saya mahu hantar kepada Menteri Kesihatan” kata Dr.Syafiq.

4:20 Petang, Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

Suasana di Hospital Kuala Lumpur sesak dengan pesakit ZKM-2. Wad sedia ada tidak mampu menampung kesemua pesakit ZKM-2 sehinggakan pesakit ZKM-2 terpaksa diletakkan di kaki lima hospital itu. Setiap kakitangan hospital itu terpaksa mengalihkan katil pesakit ZKM-2 di kaki lima jika ingin melalui di kaki lima.

“Doktor!!doktor!!” kata jururawat yang bernama Anis kepada Dr.Faris yang berbangsa melayu yang sedang memantau keadaan wad pesakit ZKM-2 itu. “Kenapa ni?” soal Dr.Faris. “Ikut saya cepat” kata Anis. Tanpa membuang masa, Dr.Faris mengekori di belakang Anis. Mereka masuk ke sebuah bilik pesakit. Pesakit itu menghidapi kanser paru-paru namun dia telah dijangkiti Virus ZKM-2.

“Tengok ni doktor...pesakit ini tiada kontak dengan mana-mana pesakit ZKM-2 tetapi sekarang tiba-tiba dijangkiti wabak ini juga” terang Anis. Dr.Faris melihat penghawa dingin di atas silling. “Nampaknya...Virus ini dapat merebak melalui udara” balas Dr.Faris. Anis memandang ke arah Dr.Faris. “Boleh jadi” balasnya.

Tiba-tiba Dr.Faris terbatuk. Kelihatan terdapat tompokan darah di topeng mukanya. “Doktor...kamu pun dah dijangkiti?” soal Anis dengan terkejut. Dr.Faris berasa terkejut melihat keadaan dirinya. Tiba-tiba kepalanya berasa pening. Dia memegang kepalanya.

“Doktor? Kamu okay?” soal Anis. Dr.Faris kemudian rebah dan tidak sedarkan diri.

9:30 Malam, Penjara Sungai Buloh, Putrajaya.

“Semenjak dua menjak ni asyik dengar bunyi siren ambulans je..” kata Rafid. “Jangan-jangan...” sambungnya lagi namun ayatnya dipotong oleh Dr.Amirul Najmi. “Wabak tu dah merebak” potong Dr.Amirul Najmi.

Tidak lama kemudian, mereka berdua dikejutkan dengan kehadiran seorang warden penjara. Terpampang di tanda namanya “HAFIY”. Dengar cerita ada seorang dudk kat penjara ni? Tak silap saya nama dia Amirul Najmi? Dia kat sini ke?” soal Hafiy.

“Sayalah Amirul Najmi tu...dan saya memang seorang doktor?” balas Dr.Amirul Najmi. “Ouh kamulah Amirul Najmi tu ya...hrmmm” kata Hafiy. “Erk kenapa tuan?” soal Dr.Amirul Najmi.

“Apa yang kamu katakan di facebook haritu memang betul...sekarang ni negara kita tengah gempar dengan wabak ZKM-2 tapi tulah kerajaan macam buat-buat buta je...” ujar Hafiy. “Saya dah agak dah...saya ditahan kat sini sebab saya sebarkan maklumat tentang wabak itu...bukan saya seorang je kena tahan tu orang kat sebelah saya ni pun kena tahan sebab yang sama jugak...” kata Dr.Amirul Najmi.

“Ouh kawan kamu pun sama jugak ya...hrmm bertabahlah...di akhir zaman ni...yang betul dikata palsu...yang palsu dikata betul...kuat betul fitnah zaman sekarang ni...” kata Hafiy. “Tulah tuan...saya pun pasrah jelah” balas Dr.Amirul Najmi.

“Saya minta diri dulu ya...saya nak sambung rondaan” kata Hafiy. “Okay tuan” balas mereka berdua. “Haihh...benda ni takkan jadi kalau kerajaan lebih peka” kata Dr.Amirul Najmi sambil baring di lantai penjara. “Sabar jelah Amirul Najmi...nak buat macam mana...kita ni Cuma rakyat marhaen” balas Rafid.

4 Februari 2050, Bangunan Putra, Putrajaya.

“TUKK!!TUK!!TUK!!”. Kedengaran pintu pejabat Perdana Menteri diketuk. “Masuk...” arah Tan Sri Fikri yang berada di dalam pejabat itu. Rupa-rupanya Dato’ Badrul ingin berjumpa dengan Perdana Menteri.

“Maaf mengganggu Tan Sri” ujar Dato’ Badrul yang memasuki ke pejabatnya itu. Dia memegang sebuah fail di sisinya. “Tidak mengapa silakan duduk” balas Tan Sri. “Nampaknya seperti ada hal yang mustahak” sambung Tan Sri yang melihat fail di tangan Dato’.

“Benar Tan Sri...Tan Sri...saya rasa saya patut berterus terang sekarang” ujar Dato’ Badrul. “Berterus terang? Tentang?” soal Tan Sri.

“Berterus terang tentang wabak ZKM-2...” kata Dato’ Badrul. “Aduhh” keluh Tan Sri. “Tan Sri!! Rakyat dah mula pandang serong kat kita...mereka dah mengecam kita Tan Sri di media sosial...mereka mula membenci kita...ini sebab mereka sedang tunggu tindakan kita untuk menghalang wabak ini...lagipun maklumat tentang wabak ZKM-2 dah terbongkar” terang Dato’ Badrul.

“Saya bukan apa Dato’ tetapi ekonomi pelancongan kita ini pun penting...kalau tiada ekonomi maka rakyat kita tiada pekerjaan” balas Tan Sri.

“Pelancongan? Tan sri tahu tak...Negara-negara luar dah mula sekat penerbangan ke Malaysia...kita kena lawan wabak ini dulu untuk pulihkan keyakinan negara luar untuk melancong ke negara kita...” balas Dato’ Badrul.

“Jika pelancong luar tidak boleh melancong ke negara kita...kita masih ada pelancong tempatan...pelancong tempatan juga boleh menaikkan ekonomi kita” balas Tan Sri lagi.

“Tan Sri!!...Tan Sri nak berapa ramai lagi yang mati disebabkan kelalaian Tan Sri? Disebabkan sifat Tan Sri lah...dah 25,000 rakyat dah hilang nyawa sebab wabak ini...Tan Sri sekarang ni ibarat sedang membunuh rakyat...Tan Sri sedar tak?” kata Dato’ Badrul dengan nada yang tegas dan sedikit meninggikan suara. Tan Sri terdiam mendengar kata-kata Dato’ Badrul.

“Saya faham ekonomi negara kita ini memang penting tetapi kita kena ingat...nyawa rakyat tu pun penting juga...kalau bukan sebab rakyat...kita ni takkan jadi kabinet Menteri Malaysia...kalau bukan sebab rakyat...kita ni takkan ada pejabat kat sini...saya merayu kat Tan Sri...tolonglah buat sesuatu untuk selamatkan rakyat kita” rayu Dato’ Badrul.

“Baiklah...petang ini saya kan menghadap Yang Dipertuan-Agong...dan esok pagi saya kan buat mesyuarat tergempar.” Balas Tan Sri. Kata-kata Tan Sri melegakan hati Dato’ Badrul.

Pada petang itu, Tan Sri Fikri pergi menghadap Yang Dipertuan-Agong di istana negara. Dia mahu berbincang bersama baginda tentang langkah-langkah mencegah wabak itu.

Pada petang itu juga, Pihak media telah berkumpul di hadapan istana negara untuk membuat siaran langsung tentang perjumpaan Perdana Menteri Malaysia bersama Yang Dipertuan-Agong.

“Baiklah. Assalamualaikum...kini kami bersiaran langsung di hadapan istana Negara...baiklah sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-25 telah sampai ke istana negara...antara yang akan di bincang bersama baginda Yang Dipertuan-Agong ialah tentang langkah-langkah untuk mencegah penyebaran wabak virus ZKM-2” lapor seorang wartawan di hadapan istana negara. Seluruh rakyat Malaysia kini menanti keputusan Perdana Menteri pada petang itu.

5 Februari 2050, Bangunan Putra, Putrajaya.

Di dalam bilik mesyuarat itu, kelihatan kabinet menteri sedang bermesyuarat bersama Perdana Menteri. Mesyuarat itu juga telah dihadiri oleh pengarah KKM iaitu Dr.Syafiq. dia telah dijemput oleh kabinet untuk menerangkan maklumat tentang wabak itu.

“Virus ZKM-2 ini adalah virus zekrom yang telah bermutasi...seperti yang kita tahu, virus zekrom pertama kali ditemu di Perak pada tahun 2001...namun kali ini virus ini telah bermutasi...disebabkan mutasi inilah, virus ini menjadi cepat tersebar dan memang membunuh...dalam setengah jam ada seorang akan mati akibat virus ZKM-2 ni...disebabkan inilah berlakunya peningkatan kes ZKM-2 dan kematian yang mendadak dalam hanya beberapa minggu sahaja” terang Dr.Syafiq.

“Jadi...dari mana virus ini berasal” soal Timbalan Perdana Menteri. “Virus ini daripada sekumpulan lembu yang mati di Selangor pada bulan lalu...kemudian dia tersebar ke seluruh Selangor hinggalah ke hampir seluruh Malaysia...yang mencatatkan peningkatan wabak ZKM-2 paling tinggi adalah hampir di seluruh negeri semenanjung iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Johor, Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Perlis dan kedah” balas Dr.Syafiq.

“Sabah, Sarawak dan labuan pula?” soal Tan Sri Harith selaku Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. “Setakat ini 3 negeri itu sahaja yang terselamat...hal ini disebabkan kerajaan negeri mereka telah mula menyekat penerbangan ke semenanjung” balas Dr.Syafiq.

“Wabak ini sekarang menjadi sebuah epidemik tetapi jika ia terus dibiarkan ia akan menjadi sebuah pandemik global.” Sambung Dr.Syafiq.

“Setakat ini adakah terdapat vaksin yang dapat mencegah penularan wabak ini?” soal Tan Sri Fikri. “Setakat ini tiada vaksin untuk wabak ini” balas Dr.Syafiq.

“Nampaknya kita kena buat sesuatu Tan Sri...bahana Negara kita kalau kita tidak buat apa-apa tindakan...semalam kes wabak ZKM-2 adalah 280,000 dan kematian pula 44,235...tapi kita macam ‘buta’ tidak buat apa-apa” kata Dato’ Ikram selaku Menteri Pertahanan.

“Baiklah...jika begitu...saya ada rancangan dan rancangan ini juga telah mendapat persetujuan daripada YDPA” kata Tan Sri Fikri. “Rancangan apa?” soal Dato’ Sri Ikram.

Beberapa jam selepas mesyuarat berlangsun...Akhirnya kata sepakat berjaya disetujui. Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan membuat pengumuman penting pada pukul 3:00 Petang ini.

 

1 ulasan:

  1. Good writing and story continuity. Looking forward for chapter 3. Keep up the good work!

    BalasPadam

HEALING JOURNEY 2 : HYPOMANIA

Gembira, bersemangat, bertenaga, yakin, itulah apa yang aku rasa. Aku tidak tahu kenapa aku menjadi gembira. Padahal, tidak ada apa-apa pun ...