Satu hari ade budak bernama Arman die nie baru je kehilangan ayahnya beberapa hari lepas disebabkn dadah... selepas dari hari tu ramai yang kutuk die di kolej seperti “bapak penagih”, “ hoi anak penagih”, dan juga kadang-kadang kawan kolej yang die x penh kenal pun ejek die, Arman ade girlfriend namanya hawa, hawa tau asal-usul Arman jadi hawa tak marah atau bencikan Arman, malah hawa masih cuba untuk tenangkan dan nasihat Arman agar abaikam semua kata-kata dari mereka... Arman pun mengikut kata hawa dengan senyuman sahaja..☺️
Setiap malam Arman berjumpa hawa untuk belajar sama-sama dan setiap malam jugak kawan sebilik hawa melarang kerana Arman adalah anak penagih dan setiap malam juga hawa berkata kepada teman sebilik dia yang “bapak dia penagih bukan dia penagih atleast dia nie setia dia tetap jaga ayah dia walaupun dia tau yang ayah dia mcm tu, lagi pun aku nak belajar je bukan buat ape pun...., mia dah siap ke jomlah”.. Mia adalah kawan hawa di kolej tetapi kawan Arman dari sekolah menengah jadi Mia tau sangat dengan perangai Arman...
Mia tau macam mane Arman sedih, gembira, risau, gelisah, sakit, atau tertekan mia adalah panduan untuk hawa dan Arman bersama... kalau Arman dan hawa bergaduh Mia lah yang selesaikan pertelingkahan antara diorang...
Dah 5 bulan berlalu sejak kematian ayah Arman tetapi... cerita tentang ayah Arman tetap tidak berakhir lagi.. pembelajaran Arman makin merosot dan itu membuatkan hawa dan mia risau akan keadaan Arman.. 😔
Makin hari makin Arman penat dengan cacian di kolej itu perangai Arman juga makin hari makin lama berubah sampaikan mia tidak kenal Arman lagi....
Hawa dan Mia tidak lagi bersama Arman kerana minggu lepas Arman dan hawa bergaduh besar yang mia sendiri tidak dapat selesaikan. Arman selalu sendirian sejak dari hari tu...
Tiada kawan, tiada teman wanita dan sejak dari hari itu juga Arman menjadi murung..
Hari isnin hari di mana Arman ada kelas bersama Hawa dan Mia tetapi...
“Baiklah saya nak kamu semua datang ke meja saya dan tulis kedatangan kamu di buku saya di sini.., mari pelajar wanita dahulu lepas itu pelajar lelaki...” kata Lecturer kelas mereka. Sesudah sahaja semua pelajar yang ada di dalam kelas menulis kedatangan tiba-tiba....
pintu dewan di buka dan masuk sesusuk tubuh tinggi lampai masuk dari luar dewan ternyata itu adalah Akmal pelajar yang di anugerah dekan pada sem lepas kerja dia memang bagus tetapi selalu sahaja lambat masuk kelas kerana dia selalu tidur lambat.. teman bilik dia kata dia tidur lambat sebab dia selalu main game hingga lewat pagi kekadang dia tidak tidur pada waktu malam tetapi tidur di dalam kelas
Ha kenapa lambat nie mari sini tulis kedatangan kamu “hahahahaha” satu dewan huru-hara dengan gelak ketawa untuk Akmal kerana selalu sahaja lewat masuk dewan, sesudah Akmal mengambil tempat duduk dia... lecturer bertanya “Mana Arman dah seminggu dia tidak masuk ke kelas saya ni... kelas lain dia masuk tak, ade sesiapa nampak dia tak?!” Lalu semua pandang hawa dan mia “Ha Mia, Hawa mana kawan kamu tu?” “Kami tak tau tuan” kata Hawa “kami tak besama dia lagi dah sebulan kami tak bersama dia” kata Mia... Syafiq masuk campur “mungkin dia dah jadi macam ayah dia tak tuan jadi penagih di jalan, hahahahaha..” Syafiq dan geng dia ketawa.. hawa marahkan Syafiq... Syafiq bengang... “Dah diam semua kita mulakan kelas bukak buku muka surat ynag last kita baca 275 baca....”
Bersambung...
01JUNE2020 | 20:22PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan