Rabu, 3 Jun 2020

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ada sebab kenapa sebuah kata - kata ni wujud,

“ Don’t judge a book by its cover ”


Samalah jugak macam kita kata,
Kita tak boleh nak hukum orang itu dan ini pada masa sekarang..

Banyak yang dah terjadi pada aku,
Sekolah rendah dulu,
Result aku pernah down satu kali,
Then datang sorang kawan,
“Mak kita tak kasi kita kawan dengan awak sebab awak tak pandai” ..
Aku diam ..
Alhamdulillah,
Aku teruskan pelajaran sekolah menengah di sekolah terbaik smka kebangsaan,
Aku sambung stpm di sekolah terbaik stpm sekarang..
Awal sangat ibu kau judge aku..

Dulu,
Aku diperlekehkan,
Pakai baju on off,
Kadang - kadang dalam rumah pakai, keluar rumah dah tak pakai,
Pakai seluar paras peha je..
Memang aku diperlekehkan,
Iyelah.. sekolah kafa dulu selalu top 3, tapi keluar macam tak sekolah.. memang diperlekehkan.. aku diam ..

Alhamdulillah,
Sekarang aku biasa memakai baju seeloknya,
Jubah dan stokin dah jadi teman,
Aurat tak kelihatan,
Manfaat hampir 7 tahun di sekolah agama.

Dulu,
Dia sebar pada semua orang,
Aku ni memang rapat gila dengan perempuan,
Obvuious gila aku ni gedik dengan perempuan..
Katanya..
Padahal, bila aku tanya kawan ,
Antara aku dan kau,
Siapa lagi rapat dengan perempuan ?
Dan dia mengatakan dirinya lah yang lebih rapat dengan perempuan, 
Aku diam, tak nak kata apa - apa,

Alhamdulillah,
Sekarang aku rasa diri aku makin terjaga,
Adik yang kita rapat di sekolah suatu ketika dulu kata,
“ abang tengok tak story si fulan ? saya terkejut abang cara dia dengan perempuan”
Nah, amik sekali.. bukan aku yang kata..
Ikhtilat kau entah kemana,
Namun, kelemahan aku yang sibuk kau jaja.

Dulu,
Fitnah kau sebar merata,
Satu sekolah percaya,
Kata aku yang hukum dia,
Sampailah dia dibuang sekolah,
Bila balik bilik,
Senior tanya,
“ Awak kenal ke si fulan? ”
“ tak abang, saya memang tak kenal, muka pun saya tak cam”
“ tulah abang pelik tu , awak mana la kenal sangat perempuan-perempuan kat sekolah ni ”
Sampaikan si ibunya bersumpah,
Kalau anaknya memang tak bersalah, maka satu sekolah akan dilanda musibah yang lagi teruk..
Cepatnya dia melatah,

Alhamdulillah,
Sekolah tu selamat sampai aku habis belajar.

Dulu ,
Kau mempersendakan sikap aku,
Kau jual cerita pada orang yang tak pernah kenal aku tentang segala keaiban aku,
Tidur dalam kelas,
Malas,
Selalu tak siap homework,
Tak pandai,

Alhamdulillah,
Semakin dewasa semakin matang,
Kali ni,
Adalah janggal bagi mereka melihat aku tidur dalam kelas waktu cikgu mengajar,
Sampaikan balik bilik je,
“ weh tadi aku nampak kau tidur time bm, tekejut weh, jarang - jarang ”

Dulu, 
Kau kata aku loner,
Lari pun loner,
Hakikatnya ,
Loner itu satu kelemahan kau,
Patutlah kau terlalu takut untuk menjadi loner..
Philophbia rupanya.

Dulu,
Kau gelakkan aku sebab dapat markah lagi rendah dari kau,
Aku cuma sedikit terasa.. namun,

Alhamdulillah,
Result aku kali ni,
Buat kau yang terkedu.
Bukan salah aku..
Aku tak doa semoga kau akan jatuh,
Cuma mengharap aku akan dapat lebih dari apa yang kau punya.

Dulu,
Kau gelak gelakkan aku beramai ramai,
Jatuh masa larian, 
Kaki sakit,
Kau ejek - ejek,
Segala teguran aku kau ludah,
Semua nasihat aku kau maki,
Kehidupan aku makin susah,
Kerana makin ramai yang membenci.

Alhamdulillah,
Allah itu adil,
Aku tidak melatah tetapi mengadu pada-Nya,
Betapa sakitnya aku,
Kejap,
Kamu berdua kemalangan,
Sehingga kau sendiri kata itu kifarah dosa,
Aku harap kau tak semakin leka.


“Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).” 
(Al fath ayat 3)

Allah lah paling berkuasa keatas kamu semua. jangan lupa.  

03JUNE2020 | 22:26PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HEALING JOURNEY 2 : HYPOMANIA

Gembira, bersemangat, bertenaga, yakin, itulah apa yang aku rasa. Aku tidak tahu kenapa aku menjadi gembira. Padahal, tidak ada apa-apa pun ...