Sabtu, 6 Jun 2020

CORETAN UNTUK AWAK



Awak, saya masih tak faham.. Kenapa hari ini, ada orang yang setia tapi ditinggalkan akan asbab yang tidak munasabah. Lagi, setia seseorang tu lagi teruk dikecewakan.

Tapi, ada pula orang yang mengharapkan mendapat seorang yang setia, penyayang, penyabar dan menjaga dia.. Tapi, tak pernah dapat juga, malah dikecewakan berkali-kali.

Sayangnya, terlalu ramai yang tidak menghargai pasangannya. Senang kata tidak bersyukur, mendapat seorang yang baik lagi setia. Tapi, kita seringkali menyakiti orang yang setia ini. Sedangkan setiap hari dia mendoakan kamu, dia memohon agar Allah menjaga kamu.

Tetapi, kenapa kita masih menyakiti mereka?

Kenapa kita masih memilih hiburan? Awak tahu tak, dia sayang awak.. Dia jaga awak, dia tegur awak demi kebaikan awak? Dia nak tengok awak jadi lebih baik dan sentiasa sayangi diri awak. Doa dia pada awak tak pernah lekang agar menjadi seorang muslimah. Setiap pengorbanan masa dia pada awak kadang keterlaluan, sedangkan pelbagai perkara yang sedang menunggu dia. Dia nak awak jadi yang terbaik, kalau mungkin dia bukan jodoh awak, tapi awak kene bersyukur dia masih nak jaga awak, fikirkan masa depan awak, siapa diri awak. 

Paling kurang saya minta, ingatlah balik setiap pesan dia. Awak fikirkanlah semula apa yang akan terjadi kalau awak buat itu dan ini. 

Cuba awak bayangkan kotak tisu, apa ja awak nampak? Depan bentuk kotak tisu. Awak tak nampak isi dalam kotak tu, awak tak nampak sisi dan bahagian belakang kotak tu. Maksud saya, apa yang awak nampak dia tegur awak membebankan awak, merimaskan awak.. Tapi pernahkah awak tengok apa kebaikan disebalik teguran tu, jagaan dia pada awak? 

Awak pun dah besar, saya harap awak baca ni dan berfikirlah. Saya tak tulis saja" saya sayang awak, tapi saya rasa saya tak mampu nak tegur awak depan". Maafkan saya awak kalau ada bahasa yang tidak menyenangkan awak.

06JUNE2020 | 23:55PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HEALING JOURNEY 2 : HYPOMANIA

Gembira, bersemangat, bertenaga, yakin, itulah apa yang aku rasa. Aku tidak tahu kenapa aku menjadi gembira. Padahal, tidak ada apa-apa pun ...