Rabu, 29 Julai 2020

290701



Knock Knock....

Happy Befday Boy @ Najmi.

Thanks...

Kau tak nak rest ke dari buat semua benda ni?

Tak.

Weh Shah...
Kenapa aku ni jenis macam ni hah?

Maksud kau?

Kenapa aku semangat sangat buat  benda ni hah?

I'm WEAK! Aku takut nak buat semua benda!
Aku senang feel ANXIOUS! Aku selalu OVERTHINKING benda yang tak patut! Aku PEMALAS! Aku cepat LUPA!  MENYIBUK PASAL MASALAH ORANG! Aku banyak buat DOSA! Aku MENYUSAHKAN orang! Aku seek ATTENTION! BERLAGAK aku hebat! Aku senang BANGGA diri! Aku PEMALU! Aku BLUR! Aku BODOH! Aku TAK PANDAI BERDIKARI! Semua benda ORANG LAIN KENA BUAT! USELESS! Aku SELFISH! sibuk dengan dunia kau sendiri! IGNORANCE! Bagi orang PIJAK KEPALA AKU! Pastu kabut nak mampos! even my voice is SLOW until nobody can heard me! EXPECT benda mustahil! Semua benda nak PERFECT! Aku tak boleh MOVE ON! Aku senang JELES! Aku BARAN! Aku CEPAT GIVE UP! Aku BERPENYAKIT! KUAT MENANGIS! cepat SENTAP! HATI TISU! BODOH! IMMATURED! SEMUA BENDA NAK BAGITAHU ORANG!
I'm SUCK at everything!

I CAN'T DO NOTHING EXCEPT MY WRITTING THAT RUINING MY LIFE!

Aku tengok semua kawan-kawan aku. They have CHANGED a lot. But why not me?
Kenapa aku tak boleh jadi matured macam diorang?
Aku tahu , ramai kat luar sana yang support aku. Yang suka dengan penulisan aku. Yang always bagi nasihat kat aku.
Thank you for that...

Tapi...

Aku bodoh kan..
Tak reti nak bersyukur..
Aku still merengek macam budak kecik even dah ramai tolong aku!

Shah...
Aku dah mental ke?
Layak ke orang macam aku ni hidup lama?
Lemah sial aku ni...

Umur je dah 19.. tapi pemikiran tak matured langsung.
Sebelum aku mati nanti..
Doakan aku dapat Siapkan Buku Untuk DIA.

Aku tahu ada orang cakap "rilek la bro cerita je pun.. kau nak serius sangat apahal?" sebab aku bodoh. Thats why. Aku boleh je give up. Once aku pernah give up sebab certain reason

...Tapi...

SOMEONE said to me...


Yup! Thats the reason why aku still menulis.

***********

Betul ke semua watak cerita aku ada dalam ni?
Happynya korang ada waktu birthday aku....
Kenapa...
kenapa aku takut that I will be forgotten?
Especially 'them'.
Tolong..korang jangan tinggalkan aku... aku takut.

Ha'ah lah kan..
People tend to come and go.
Kau expect apa Najmi..

Kecuali kau Shah. Kau sentiasa ada kat sebelah aku.
I created you as a character..
..to replace Me in my own life story.

Basically YOU are Me.

Thank you. Sebab jadi kawan aku. Walaupun aku tahu kau tak wujud.
Thank you for those yang beribu kali bagi nasihat kat aku.
Sorry sebab korang kena dengar masalah bodoh aku ni.

Kalau ada yang tak selesa dengan perangai aku ni..
Sorry.

Happy 19th Birthday Boy @ Najmi @ Budak Psiko.

29JULY2020 | 16:04PM

Rabu, 22 Julai 2020

AT-TAUBAH : 40



Sebenarnya siapa yang membuat kita sakit hati dan kecewa? Bukankah diri kita sendiri? 

Siapa yang menyuruh kita meletakkan harapan menggunung tinggi dan bila ia tak terkecapi kita yang sakit sendiri. Lalu tanya pada diri, kenapa pula kita menuding jari ke sana sini? 

Sudahlah. 

Tak usah kau tepis-tepis segala rasa sakit kecewa, tak usah kau elak-elak derita segala, untuk apa? Bukankah semakin kau elak, sakitnya semakin terasa, semakin kau tepis, deritanya kuat mencengkam jiwa? 

Laluilah dengan bersahaja. Peluk segala sakit, kecewa, derita itu erat-erat hingga menusuk ke dada, hingga kau rasa ia bercantum dengan jiwa raga, hingga ia membentuk sebuah cinta, hingga kau tak tahu beza yang mana satu bahagia yang mana satu derita. 

Hingga --

bahawasanya kau sedar tak kira apa kau tak pernah kecewa, kerana --

Kau yakin segalanya adalah percaturan dari Yang Esa. Mana mungkin Tuhan yang penuh dengan cinta menghumban kau ke dalam derita? 

Bersangka baiklah, ia tak pernah mengecewa. Yang kau rasa syurga itu mungkin sahaja neraka. 

Janganlah kau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita 
(At-Taubah : 40)

Doesnt this bring calm to your heart? 

Salam cinta :)

22JULY2020 | 23:43PM

Selasa, 21 Julai 2020

AKU CUMA NAK BAHAGIA



Entah kenapa aku tak pernah rasa nak jadi orang kaya. 
Tak pernah dalam doa aku nak jadi kaya raya. Duit dan harta bertimbun membukit. Aset sana sini. 

Sampai satu hari aku duduk terfikir. 
Makin lama makin duit diperlukan. Ya, aku perlukan duit. Banyak duit untuk mencukupkan apa keperluan aku. 
Tapi untuk jadi kaya aku taknak. 
Satu sifat pelik aku. 

Suddenly mak aku datang kat ruang tamu and aku cerita apa yang ada dalam benak aku. 

Mak aku cakap,

"Takde masalah kalau taknak jadi kaya . Tapi doa jangan tinggal.


Doalah supaya jadikan kau orang yang merasa cukup. "Cukup dengan apa yang ada dan dicukupkan apa yang kau perlu." 

Ya. Cukup. 

Aku taknak jadi kaya. 
Aku nak hidup dengan merasa cukup dan syukur dengan apa yang diberikan kepada aku. 

Aku nak dicukupkan keperluan dan sedikit rezeki lebih untuk kemahuan. Bukan kemahuan aku. Tapi orang yang dekat dengan aku. 
Untuk aku cukuplah dengan apa yang aku ada, aku gunakan dan hargai.

AKU CUMA NAK BAHAGIA.

21JULY2020 | 15:03PM

Ahad, 19 Julai 2020

D"PRESSO



Depression atau lebih orang tahu "kemurungan" 

Sakit yang boleh buat aku tak tentu arah.
Rasa macam nak tumbuk diri sendiri sampai pecah....

Rasa nak nangis sampai satu dunia dengar.
Rasa macam dah give up dengan life sendiri.

Aku penat sangat sampai buat aku takut nak kenal dunia luar. 
Takut nak kenal orang ramai.
Takut nak percaya dekat orang.
Even tho dia orang paling rapat dengan aku.

Penat dia buat aku berharap yang aku dapat tidur selama-lamanya. 

Tak salahkan ?

19JULY2020 | 22:51PM


Sabtu, 18 Julai 2020

OK?



"Kau ok?"

Aku berharap yang aku dapat cakap yang aku "ok" dan bukan yang tipu.

Yang betul-betul ok.

"Ok" yang buat aku tersenyum sampai ke telingga.

Aku berharap ,
Suatu hari nanti...

"Ya , aku ok je :)"

18JULY2020 | 15:31PM
 

Jumaat, 10 Julai 2020

MOVE ON AND LET IT GO




Aku menulis untuk dibaca. Bukan untuk ditayang semata. Kerana mata yang melihat aksara pasti akan menggabungkannya dan membaca dengan satu perkataan. Perkataan perkataan yang digabungkan dibentuk menjadi sepotong ayat yang akhirnya menjadi sebuah karangan. 

Karangan manusia yang hanya mahukan kepuasan dalam penulisan. 

Inilah nota sampah yang kau lekehkan. 
Bacalah.

-------------------------------------------

Move on and let it go

"Awak, macam mana nak lupakan orang yang kita sayang, macam mana nak move on?"

Dia dah bertunang selama hampir 2 tahun, and in the end, broke up dengan tunangnya.

So she pray and pray, but she can't forget him.
 
"Sakit awak..sakit sangat.."

Matanya bengkak, lepas tu tak lalu makan sampai berminggu-minggu. Badan pun sampai susut.Dalam solatnya menangis, dalam doanya dia menangis, sebelum tidur menangis.

Banyak masanya menangis saja.

Nak cakap lebih pun saya tak berani. Dan dia asyik salahkan dirinya sendiri kerana rasa tak cukup bagus untuk tunangnya. Dia salahkan dirinya untuk perpisahan ini.

"Kalau lah aku jadi lebih baik, lebih lembut, lebih cantik, semuanya tak akan jadi begini kan ?"

But you know what?

Ultimately, moving on from a relationship that wasn’t working is about loving yourself. For some, this is the hardest part. Believing that you deserve to be in a loving relationship with someone.

The truth is, unless you let go, unless you forgive yourself, unless you forgive the situation, you cannot move forward.

Banyak dari kita terus menerus salahkan situasi dan sabotaj diri kita sendiri. Hakikatnya dia dah pergi.

Most people hold on because its easier than moving on. 

Really, its hard. 

Tarik nafas.

Bertenang.

Ambil masa untuk bersendiri.

I know, it’s never easy to let go.
Never easy.

It takes time dear. 
Bukan hari ni lepaskan, esok pagi dah tak rasa apa-apa.
Bukan begitu, 
tapi kadang-kadang sebab kita tahu itu yang terbaik. 
Lepaskan pergi, at the moment at least.
Lepaskan juga walaupun dalam keadaan kamu masih menyayanginya,
masih ingat dunia ini sementara?
Hidup dan nafas pun tak akan selama mana.
Lepaskan dia kerana kau percaya Allah akan menjaganya dengan lebih baik.

Its okay, kalau hari ini masih belum mampu.
Its okay, kalau hari ini masih lagi struggle.
Its okay, kalau hari ini masih lagi rasa sedih. 

Take your time. 

But remember this, who wins if you move on?

How good to feel to take the baggage from your shoulders?

To focus.To build your own future.

Moving on of your life.
To create your best version of yourself.

Bila tiba masanya, kebahagiaan sebenar akan tiba. Yakinlah..

So, here I would like to share the du'a again, 

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ أَنَّ اللَّهَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ إِنْ يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ وَيَأْتِ بِخَلْقٍ جَدِيدٍ
وَمَا ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ بِعَزِيزٍ

"Subhanal malikil quddus, innallaha khalqis samawaati wal ardh bil haqq, in yasyaa’ yudzhibkum wa yaati bil khalqin jadiidin wa maa dzaalika ‘allallahi bi’aziz."

[Maha suci Allah yang menciptakan, jika Dia mengkehendaki dihilangkannya dan digantinya dengan yang baru, tidaklah yang demikian itu susah bagi Allah]

Allah itu adil, sangat adil, maha Adil. Percayalah..
Dia tahu apa yang terbaik buat hamba hamba Nya.

Dearest friends, 

Almost the time,in life it may not come true the way we want it, but if we turn to Him, He'll give us what is best for us. Even if it takes longer for it to be answered, perhaps it's because Allah is saving it for our akhirah and going to protect us from something else in this life or bless us with something better. Who better to ask it from than the One Who knows our future and can hook us up with what's the best for us. 

But then, those falling and tripping, those mistakes; they are what make us humans.

Hamba Allah yang sentiasa lemah, dan memerlukan pertolongan-Nya.

As for the reminders? it's just a cycle of life that keeps on going.

We remind others, with the hope that we would always be reminded by others.

Have faith dear! :)

10JULY2020 |16:44PM

Khamis, 9 Julai 2020

AKU HANYA BAYANG



"Yang aku nampak, buat masa ni kau ada satu je jalan keluar untuk semua kemelut ni. Semua kekusutan dan kekeliruan ni."

"Apa dia?" aku bertanya tanpa menoleh. 

"Mati." Dia menjawab dengan tenang.

Aku teruskan langkah dengan tenang sambil tersenyum sinis. Lampu-lampu jalan yang menerangi laluan menjadikan malam itu begitu terang. Tiada cahaya bulan mahupun bintang yang menerangi segenap alam yang semakin hitam. Hanya berpandukan lampu jalan yang dinyalakan. 

"Yeah. I know. I prepared for that. Aku tak takut mati. You know me well enough to say that." Aku membalas dengan suara mendatar. Perlahan tapi jelas untuk didengari telinga sendiri. 

"Aku tahu. Aku tahu kau punya struggle untuk teruskan kehidupan menunggu ajal. Aku tahu harapan yang kau pendam dari dulu. Dendam kau dengan setiap apa yang terjadi. Yang jadikan kau manusia berhati kering macam mana sekarang..." Dia menjawab laju.

"Then?" Aku menyoalnya kembali.

"Aku bukan bagi kau cadangan. Tapi bila aku sebut mati tu adalah cuma jalan yang ada buat masa ni. Kau tak tahu apa yang menantikan kau esok hari. Mana tahu ada solusi yang lebih baik esok? Tapi kau pilih untuk tamatkan semuanya harini. 
Mana life adventure yang kau perjuangkan selama ni?"

"There is no light of hope work on me. You know that." 

Aku teruskan berjalan. Menapak perlahan jauh dari lampu. Aku perlukan ketenangan sebentar. Aku perlukan kegelapan memeluk aku dengan erat. Aku perlukan kesunyian.
Aku teruskan melangkah menuju kearah lampu jalan yang seterusnya.

"Kau cuba buang segala kemungkinan yang kau ciptakan. Kau buang harapan yang kau boleh wujudkan. Kenapa kau boleh bagi dekat orang, tapi tidak pada diri kau sendiri?" Dia menyoal dengan nada mendesak.

"Then? What should I do? Kalau kau bijak sangat ada solusi, okay aku terima solusi kau dengan hati terbuka. 
Spit it out!" Aku terus bersandar pada tiang lampu jalan sambil memandang ke tanah. 

Sial lah hidup. Aku mendongak dengan harapan tiang lampu itu akan berdengung kerana kepalaku terhentak. 

Keletuk! "Aduh!" 
Ku sangkakan besi rupanya konkrit. Aku memandang bawah sekali lagi. Melepaskan nafas dengan berat. 

"Aku tak pandai dalam bab ni. Kalau kau minta aku solusi, aku boleh kata aku tak ada." Jawapannya tidak memuaskanku.

"Habis untuk apa semua perbualan ni? Sia sia? Buang masa aku. Bye." 

Namun baru sahaja aku mahu melangkah kaki keluar dari cahaya itu, dia bersuara lagi. Kali ini dengan nada yang mendatar dan tegas.

"Memang aku tak ada solusi. Tapi satu yang aku pasti, kau akan dapat jawapannya nanti. Secara langsung atau tidak, kau akan dapat." 

"Macam mana?" Soalku pendek.

"Teruskan hidup. Kekal kuat untuk melangkah satu hari lagi. Ingat tu setiap hari. Tapi kalau kau taknak, aku bukan dalam posisi yang sesuai untuk mendesak. Semuanya atas kau.

Yelah, aku kan hanya bayang."

Aku diam dan teruskan melangkah jauh dari cahaya jalan. Dia hilang kembali sejajar dengan sifatnya yang hanya akan muncul cuma bila adanya cahaya. Aku perlukan ruang aku sendiri. Kembali dalam kegelapan yang mungkin memberikan aku aspirasi hidup kembali. Mungkin. 

Tapi cuma buat masa ini, aku cuma ingin sepi dalam dunia aku. 

09JULY2020 | 21:27PM

Rabu, 8 Julai 2020

PILIHAN



Fitnah merata..
Caci maki berleluasa...
Ummah tenat .. 
Mengharapkan semua bersatu..
Sampai bila teman?

Terkilan
Tiada hari bila buka facebook semua indah indah belaka.
Tiada !
Tiada hari bila scroll news feed tenang tenang sahaja. 
Tiada !
Yang ada hanya komen komen kesat.
Yang ada hanya berita merapu.
Yang ada hanya saling tunding menunding. 
Yang ada hanya nampak kesalahan orang lain. Hingga lupa aib sendiri.
Semuanya dah tak tertapis teman. 
Asal ada , jadi bahan. 

Ahhh. seronok sangat kah teman?

Dunia ni tak ubah seperti roda. Harini kita di atas, boleh jadi esok kita di bawah. Pilihan itu selalu ada samada yang mengundang murka atau yang membawa redha.

Pilih!

08JULY2020 | 0024PM

HEALING JOURNEY 2 : HYPOMANIA

Gembira, bersemangat, bertenaga, yakin, itulah apa yang aku rasa. Aku tidak tahu kenapa aku menjadi gembira. Padahal, tidak ada apa-apa pun ...