Ahad, 7 Jun 2020

"DON'T COMPARE YOURSELF WITH OTHER"



Kadang-kala, apabila kita tak mampu untuk miliki apa yang kita inginkan, pasti kita akan bandingkan diri kita dengan kehidupan orang lain.

"Dia ada itu, dia ada ini, aku belum ada lagi macam dia ada, kenapa kehidupan dia lebih baik dari aku, dia dah berjaya, aku bila lagi nak berjaya macam dia?" 

Berhenti untuk bandingkan diri kau dengan orang lain,rezeki tak pernah salah alamat.
Jadi, belajarlah untuk bersyukur. 

Bersyukur dengan apa yang kau ada, kerana tidak ada orang yang mampu mempunyai kehidupan seperti kau, malah ada yang mahukan kehidupan seperti kau sebenarnya. :) 

Ingat! Jika ketika ini, kau tidak dapat memperolehi kejayaan yang kau inginkan? Bersabarlah, dan yakin dengan ketentuan Allah, suatu hari nanti, pasti kau akan dapat kejayaan yang kau impikan selama ni. 

Jangan sedih, jangan putus asa. Teruskan bersabar dan berusaha untuk dapatkan apa yang kau mahukan.  

07JUNE2020 | 22:57PM

1 ulasan:

HEALING JOURNEY 2 : HYPOMANIA

Gembira, bersemangat, bertenaga, yakin, itulah apa yang aku rasa. Aku tidak tahu kenapa aku menjadi gembira. Padahal, tidak ada apa-apa pun ...