Ahad, 17 Januari 2021

BAB 1 : WABAK YANG DIRAHSIAKAN


 

Pada pagi hari pertama tahun baru 2050, Malaysia telah dikejutkan dengan penemuan kematian sebanyak 205 ekor lembu yang diternak di sebuah ladang lembu yang terletak di Selangor. Punca kematian 205 ekor lembu tersebut masih dalam siasatan namun pakar vaterinar mengesyaki bahawa terdapat suatu virus yang menyerang haiwan tersebut.

Selang seminggu kejadian itu, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa penduduk yang mendiami berhampiran ladang lembu telah dijangkiti oleh suatu wabak misteri. Di mana wabak itu akan menyebabkan seseorang itu akan terbatuk hingga berdarah, berasa sakit kepala dan demam panas. Bukan itu sahaja, wabak itu dikatakan telah merebak di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, dan juga johor.

Walaubagaimanapun ia dinafikan oleh kerajaan. Menurut kerajaan, penduduk itu hanya dijangkiti oleh wabak denggi bukan wabak misteri seperti yang diwar-warkan. Namun, rakyat Malaysia berasa ragu-ragu dengan kenyataan kerajaan. Mereka merasakan ada sesuatu yang buruk sedang berlaku namun ia disembunyikan oleh kerajaan.

15 Januari 2050, 10:00 pagi, Pusat perubatan Universiti Islam Antarabangsa, Pahang.

Di dalam Makmal, kelihatan Dr. Amirul Najmi selaku pakar virologi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang lengkap berpakaian PPE (Personal Protective Equipment) sedang meneliti sampel air liur yang mengandungi virus misteri melalui mikroskop elektron.

Sampel air liur itu didapatinya daripada pesakit wabak misteri yang terlantar di Kuantan Medical centre (KMC) pada minggu lalu. Selepas itu, dia mencetak gambar rajah virus misteri tersebut melalui mesin fotokopi.

Tiba-tiba, Dr.Aqif masuk ke dalam makmal tersebut. “Amirul Najmi.. bagaimana dengan keputusan kajian kamu? Ada hasil?” soal Dr.Aqif. “Saya dapat hasilnya...hasilnya sangat mengejutkan” balas Dr.Amirul Najmi.

Dr.Amirul Najmi lalu menyerahkan imej virus misteri tersebut kepada Dr.Aqif. “Berdasarkan kajian saya ini...Virus ini adalah virus Zekrom”. Dr.Aqif memandang tepat ke arahnya.

“Kamu ni biar betul?!” soal Dr.Aqif seolah-olah tidak percaya. “Betul Dr...saya tidak bergurau..ini adalah virus Zekrom atau disingkatkan sebagai ZXM ...Seperti yang kita tahu, virus ini adalah sebahagian daripada keluarga virus paramiksovirus dan virus zekrom ini pernah ditemui di perak pada tahun 2001...Cuma kali ini ia berbeza sedikit..” terang Dr.Amirul Najmi.

“Apa yang berbeza?”

“Apa yang berbeza adalah virus Zekrom yang saya temui sekarang ini telah bermutasi...mungkin lebih bahaya daripada yang dahulu” balas Dr.Amirul Najmi. Bulu roma Dr.Aqif meremang apabila mendengar penerangan Dr.Amirul Najmi.

“Jika dahulu virus zekrom dikenali sebagai ZKM-1. Sekarang saya menamakan dia sebagai ZKM-2 kerana telah berubah” sambungnya lagi. “Jadi bagaimana penyebarannya dan apa simptom-simptom seseorang yang dijangkiti virus ini? “soal Dr.Aqif.

"Mengikut pemerhatian saya..Virus ini tersebar melalui sentuhan dan juga udara...Simptom-simptomnya pula adalah sering batuk kering, demam panas, badan berasa lesu, berasa pening kepala dan juga selsema" balas Dr.Amirul Najmi.

Dr.Aqif mengangguk-angguk kepalanya sebagai tanda faham atas penerangan tersebut. "Lagi satu Amirul Najmi...adakah virus ini datang daripada kejadian 205 lembu yang mati tu?" soalnya lagi.

"Ya!!...saya dah kaji dua sampel sebenarnya...satu sampel daripada pesakit...satu lagi sampel daripada air liur lembu itu...dan saya mendapati bahawa virus daripada kedua-dua sampel ini sama...dan berkemungkinan mereka yang berada di luar sana telah dijangkiti tanpa disedari" terang Dr.Amirul Najmi.

"Siapa pesakit pertama?" soalnya lagi. "Daripada maklumat yang saya dapat, pesakit pertama adalah orang-orang yang bekerja di ladang itu. saya sebenarnya sedang cuba mencari data kematian akibat wabak itu namun setakat ini tiada laporan kematian yang dilaporkan lagi." kata Dr.Amirul Najmi.

Ketika mereka berdua sedang berbincang di makmal, Dr.Wafiq tiba-tiba memasuki di dalam makmal. "Dr.Amirul Najmi...saya dapat maklumat ada 3 kematian dilaporkan akibat wabak misteri itu...2 kematian di Kuantan Medical Centre..satu kematian lagi di hospital KPJ Pahang.." lapor Dr.Wafiq kepada mereka berdua.

"Apa?!!" balas Dr.Aqif. Dia memandang ke arah Dr.Amirul Najmi. "Wafiq...bagaimana dengan bilangan wabak itu? makin meningkat?" soal Dr.Amirul Najmi.

"Makin meningkat Dr...di Kuala Lumpur ada 600 kes dicatatkan...di Selangor pula ada 500 kes dicatatkan..Pahang pula ada 340 kes dicatatkan...Negeri sembilan dan johor pula mempunyai 80 kes...dan ada kes pertama wabak itu di Kedah" balas Dr.Wafiq.

Dr.Amirul Najmi berasa resah apabila mendengar laporan tersebut. Manakah tidak, kes wabak virus itu semakin meningkat dan bilangan kematian akibat virus itu berkemungkinan akan meningkat namun kerajaan seolah-olah menutup mata untuk mencegahnya.

"Kerajaan kena buat sesuatu untuk hentikan wabak ini...kalau tidak makin teruk jadinya" kata Dr.Amirul Najmi. Mereka berdua memandang ke arah dia. "Betul...kita kena laporkan penemuan ini kepada orang atasan" ujar Dr.Wafiq. Mereka memanjangkan penemuan tersebut kepada Menteri Kesihatan.

4:00 Petang, Lebuhraya Wadi Ehsan, Putrajaya.

Kereta BMW milik Perdana Menteri Malaysia yang ke-25 iaitu Tan Sri Fikri meluncur laju di lebuhraya. Kereta itu dipandu oleh pengawal peribadinya.

Kelihatan Tan Sri Fikri yang berada di tempat duduk belakang sedang berhubung bersama Dato’ Sri Badrul selaku Menteri Kesihatan di telefonnya. Mereka sedang berbincang tentang wabak yang sedang melanda itu.

“Kamu kena ingat.. kita kena simpan rahsia tentang wabak itu...kita tak mahu bila pelancong asing tahu tentang wabak itu...mereka tidak jadi untuk melancong ke negara kita” kata Tan Sri Fikri kepada Dato’ Sri Badrul.

Rupa-rupanya kerajaan telah mengetahui tentang wabak tersebut terlebih dahulu namun tetap ingin merahsiakan wabak tersebut daripada pengetahuan orang ramai.

“Saya faham...tetapi sampai bila kita nak rahsiakan tentang wabak ini dari orang ramai? Rakyat kita hampir semua dah tahu tentang wabak ini...sekarang ini mereka sedang tunggu tindakan kita...saya merayu Tan Sri...buatlah sesuatu untuk cegah wabak ini” kata Dato’ Sri Badrul.

“Dato!! Awak kena ingat...tahun ini adalah tahun melawat Malaysia...dianggarkan ada 32 juta pelancong asing akan melancong di negara kita...kehadiran pelancong akan meningkatkan lagi ekonomi Negara kita...lebih baik kita sembunyikan dahulu tentang wabak tersebut, kalau tidak ekonomi negara kita tidak akan meningkat” balas Tan Sri kepada Menteri Kesihatan.

Dato’ Sri Badrul menepuk dahinya apabila mendengar jawapan Perdana Menteri. “Tan Sri!! Itu seolah-olah mempertaruhkan nyawa rakyat...dah ada 3 kematian sekarang ini... dan dijangka akan meningkat lagi...Tan Sri...tolonglah buat sesuatu...rakyat yang menjadi mangsa sekarang ini” desak Menteri Kesihatan itu lagi.

“Keputusan saya muktamad...kita akan tetap sembunyikan tentang wabak tersebut...jika ada sesiapa yang menyebarkan tentang wabak itu...dia akan didakwa...awak kena ingat!! Ini juga demi ekonomi Negara kita” balas Perdana Menteri lalu menamatkan talian.

“Haishhh” Keluh Dato’ Badrul. Dia berasa kecewa dengan sikap Perdana Menteri yang mementingkan ekonomi berbanding nyawa rakyatnya. Sememangnya ekonomi juga penting namun di dalam keadaan ini nyawa haruslah terlebih dahulu dijaga.

Dia masih teringat ketika Perdana Menteri mengadakan mesyuarat kabinet tergempar sehari selepas kematian 205 ekor lembu di Selangor. Tan Sri Fikri mengadakan mesyuarat kabinet tergempar setelah dia telah dimaklumkan oleh jabatan veterinar bahawa lembu itu telah dijangkiti oleh virus ZKM-2 dan berisiko tersebar kepada manusia. Jabatan Veterinar telah memberi amaran kepada Perdana Menteri namun dia bertindak mengarahkan jabatan veterinar untuk tidak memberitahu hal ini kepada masyarakat.

*Flashback*

3 Januari 2050, 9:00 Pagi, Bangunan Putra, Putrajaya.

“Kenapa Tan Sri tiba-tiba buat mesyuarat tergempar?” soal Dato’ Sri Arman selaku Menteri dalam Negeri. “Begini...sebenarnya seperti yang kita tahu semalam ada 205 ekor lembu ditemui mati bergelimpangan di selangor.” Balas Tan Sri Fikri.

“Jadi apa kaitan dengan kita?” soal Dato’ Akmal  selaku Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. “Kaitannya adalah saya telah diberitahu bahawa kita telah menghadapi satu wabak baharu yang akan mengancam aktiviti ekonomi kita” terang Tan Sri Fikri.

“Jadi apa yang lebih membimbangkan adalah tahun ini adalah tahun melawat Malaysia...jadi saya taknak disebabkan wabak itu aktiviti pelancongan yang dapat menjana ekonomi kita terganggu...oleh itu tujuan saya memanggil kalian semua adalah untuk membincangkan apa langkah-langkah kita untuk melawan wabak itu tanpa menganggu aktiviti ekonomi kita...” sambung Tan Sri lagi. Semua mata di situ memerhatinya.

“Jadi ada rancangan daripada kalian?” soalnya lagi kepada menteri di situ.

Dato’ Sri Naqib selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia mengangkat tangan untuk memberikan cadangan. “Begini cadangan saya...saya rasa lagi elok kita sembunyikan maklumat tentang wabak ini daripada semua orang..” katanya.

“Saya setuju dengan cadangan dia...cadangan itu memang bernas...kalau semua orang termasuk pelancong asing tidak tahu tentang wabak di sini pasti mereka akan terus melancong ke negara kita.” Kata Dato’ Sri Syafiqah selaku Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

“Haih ini saya tidak setuju...kita kena ingat ini Negara demokrasi bukan Negara komunis...hanya Negara komunis sahaja yang suka sembunyikan maklumat...jadi kita tidak boleh nak sembunyikan wabak itu daripada pengetahuan orang ramai kerana ia dapat membahayakan orang ramai...dan kalau wabak itu dibiarkan ia akan menjadi pandemik di seluruh dunia” bangkang Dato’ Sri Badrul.

“Betul saya setuju dengan Dato’ Sri Badrul...ini tidak bagus untuk rakyat kita...kita ni Menteri yang dipilih oleh rakyat untuk menjalankan tugasnya sebagai pemimpin bukannya sebagai diktator yang suka sembunyikan kebenaran” kata Dato’ Dr Zaqwan selaku Menteri Hal Ehwal Agama.

“Tetapi ini semua juga demi ekonomi negara kita juga” balas Dato’ Fuad selaku Timbalan Perdana Menteri.” Iya betul saya tak nafikan juga tentang itu tetapi ini adalah soal nyawa rakyat kita...tolonglah kita ni jangan pentingkan diri sendiri” balas Dato’ Dr Zaqwan.

“Baiklah beginilah saya telah membuat keputusan...saya setuju dengan cadangan Dato’ Sri Naqib..di mana kita kena simpan rahsia tentang wabak ini daripada pengetahuan orang ramai” kata Perdana Menteri. “APA NI!!! HARAPKAN JE PERDANA MENTERI TAPI PENTINGKAN EKONOMI DARI NYWA RAKYAT!!!” kata Dato’ Sri Aiman selaku Menteri Hal Ehwal Undang-Undang dengan nada yang tinggi. Semua mata memandang ke arahnya.

“Bertenang Dato’....bertenang” pujuk Dato’ Sri Ikram selaku Menteri Pertahanan. “Sudahlah..aku taknak terlibat dengan rancangan korang semua!! Jadi daripada aku tanggung dosa korang semua... Mulai hari ini aku letak jawatan aku sebagai Menteri Hal Ehwal Undang-Undang” balasnya kepada mereka semua yang ada dalam bilik mesyuarat tersebut. Lalu dia pergi keluar daripada bilik mesyuarat tersebut dengan geram. “BAM!!” pintu bilik itu ditutup dengan kuat.

“Kita boleh teruskan tanpa dia” kata Tan Sri Fikri kepada menteri-menteri yang masih memandang di pintu itu. “Jadi ingat!! Kita kena simpan rahsia ni...jangan sampai semua orang tahu” katanya lagi.

“Kalau ada orang bocorkan rahsia itu?” soal Timbalan Perdana Menteri. “Kita akan tangkap dia untuk ‘senyapkan’ dia“ balasnya.

“Ya Allah...kenapa mereka begitu pentingkan diri” keluh Dato’ Sri Badrul dalam hatinya. Dia berasa bersalah kerana menyimpan rahsia tentang wabak itu daripada pengetahuan orang ramai.

*Flashback Tamat*

8:10 Malam, Kondominium Sri Alam, Kuala Lumpur.

Dr.Amirul Najmi baru tiba di rumahnya yang terletak di tingkat 15. Dia membuka kasut dan stokingnya sebelum memasuki rumahnya. Kemudian dia terbaring di atas sofa.

“Fuhh...Ya Allah...penatnya..” keluhnya sendirian. Dia telah menempuh pekerjaan yang penat di pagi hari. Walaubagaimanapun, dia masih memikirkan tentang wabak ZKM-2 itu. Dia mencari jalan untuk menyedarkan masyarakat tentang kehadiran wabak itu supaya lebih berhati-hati.

Kemudian dia mendapat idea. Dia mengeluarkan telefon pintar miliknya dari poketnya dan membuka aplikasi sosial iaitu facebook. Dia menaip sesuatu di aplikasi itu.

“Kepada orang yang sedang melihat page FB saya ini terutamanya doktor dan jururawat...saya”” menggalakkan anda semua untuk memakai PPE jika menerima pesakit wabak misteri itu kerana untuk pengetahuan semua...Hal ini kerana Negara kita telah diserang suatu wabak iaitu wabak virus zekrom atau dikenali sebagai ZKM-2 ....Simpton-simpton wabak ZKM-2 adalah demam yang panas, selesema, batuk kering serta badan berasa lesu...kepada mereka yang di luar sana jagalah kesihatan dan kebersihan diri, keluarga dan orang lain”

~ DR.AMIRUL NAJMI ~

Kenyataan Dr.Amirul Najmi mengejutkan warganet. Ada yang berasa takut, ada yang menambah info dan tidak kurang ada yang mengecamnya kerana memberitahu hal yang palsu.

Walaubagaimanapun, ramai warganet yang menyetujui kenyataan Dr.Amirul Najmi kerana sebelum ini juga warganet pernah digemparkan dengan foto yang mempamerkan keadaan wad hospital yang sesak dan juga pendedahan beberapa doktor yang bekerja.

Ramai yang mengecam pihak kerajaan kerana seolah-olah tidak peduli tentang hal ehwal kesihatan sebaliknya hanya mementingkan ekonomi. Terdapat laporan yang mengatakan bahawa doktor-doktor yang mendedahkan wabak ZKM-2 tersebut tiba-tiba hilang kerana telah ‘disenyapkan’ oleh kerajaan.

Mesej Dr.Amirul Najmi di media sosial menarik perhatian kerajaan. Kerajaan bimbang rahsia tentang wabak itu akan terbongkar. Oleh itu, Tan Sri Fikri telah mengarahkan pihak berkuasa untuk ‘menutup mulut’ Dr.Amirul Najmi.

16 Januari 2050, 9:30 Pagi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kereta proton saga milik Dr.Amirul Najmi tiba di perkarangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dia mematikan enjin kereta dan keluar daripada kereta. Tiba-tiba sebuah kereta polis berhenti di hadapannya. Kedua-dua pegawai polis yang berada di dalam kereta itu keluar daripada kenderaan itu.

“Assalamualaikum encik...boleh saya bertanya sesuatu?” soal pegawai polis itu kepada Dr.Amirul Najmi. “Waalaikumusalam ...boleh je...kenapa ya?” balas Dr.Amirul Najmi. “Begini kami sedang mencari Dr.Amirul Najmi...kami dapat maklumat dia bekerja di sini” kata pegawai polis.

“Saya lah Dr.Amirul Najmi tu...kenapa encik berdua cari saya?” soalnya. “Dr...kami dapat laporan yang awak telah menyebarkan berita palsu...sila ikut kami ke balai untuk siasatan” kata pegawai polis itu lagi. “Apa?!!” katanya. Penagkapan Dr.Amirul Najmi mengejutkan Dr.Aqif dan Dr.Farhan serta rakyat Malaysia yang mengikutinya di facebook. Akaun sosial miliknya seperti instagram, facebook dan twitter telah dipadam oleh kerajaan.

Dia kemudian telah didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Kehilangan Dr.Amirul Najmi serta doktor yang lain telah menjadi tanda tanya warganet. Kini, dia menerima nasib yang sama seperti doktor-doktor yang turut disenyapkan oleh kerajaan.

19 Januari 2050, 3:00 Petang, Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Pintu bilik penjara dibuka. Warden penjara memasukkan Dr.Amirul Najmi ke dalam penjara itu. Kini, Dr.Amirul Najmi telah bergelar sebagai banduan dan ini merupakan hari pertama di dalam penjara. Di dalam penjara itu, terdapat seorang lagi banduan lelaki yang berbangsa melayu.

Kata-kata hakim semasa di mahkamah pagi tadi terngiang-ngiang di dalam fikirannya. “Amirul Najmi...kamu telah dijatuhkan penjara selama setahun” ucap Hakim semasa persidangan mahkamah tadi.

“KERAJAAN TAK GUNA!!” jerit Dr.Amirul Najmi. Suara jeritannya bergema di penjara. Dia tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan yang memenjarakanya kerana apa yang diberitahu itu benar namun kini apalah yang boleh dibuatnya. Sudahlah nyawa masyarakat dalam bahaya malah dia dipenjara pula hanya disebabkan maklumat yang dikatakan palsu namun benar.

“BEBASKAN AKU!!” jeritnya lagi. “Jadi kau dipenjarakan kerana benda yang sama kan” kata banduan itu. Dr.Amirul Najmi memandang ke arahnya. “Nama aku Rafid...seorang aktivis” kata Rafid yang memperkenalkan diri.

“Apa kesalahan kau?” soal Rafid kepada Dr.Amirul Najmi. “Haihh nama aku Amirul Najmi...aku pula seorang doktor dan kesalahan aku adalah aku dituduh menyebarkan berita palsu” terang Dr.Amirul Najmi.

“Mesti sebab kau sebarkan pasal wabak ZKM-2 tu kan?” soal Rafid. “Bagaimana kau...” belum sempat doktor Amirul Najmi menghabiskan ayatnya. Rafid memotong ayatnya dahulu. “Heh aku pun macam kau...lantang tentang ancaman Virus zekrom kat negara kita...tetapi tiba-tiba sahaja aku ada kat sini...kononya aku telah menyebarkan berita palsu” kata Rafid. “Kalau kau nak tahu..kerajaan tahu lama dah tentang wabak ini tetapi kerajaan sengaja menyembunyikannya kerana kebetulan tahun ni tahun melawat malaysia...jadi banyaklah pelancong asing akan datang...jadi makin pesatlah ekonomi tetapi nampaknya kerajaan memang seolah-olah membunuh orang macam kita ni perlahan-lahan” sambungnya lagi.

“Habislah mereka semua...wabak menggila datang” keluh Dr.Amirul Najmi. “Kita doakan jelah yang terbaik...kita dah tidak boleh buat apa dah sekarang ini...hanya tunggu dan lihat je apa nak jadi.” Kata Rafid yang telah pasrah.

 


8 ulasan:

HEALING JOURNEY 2 : HYPOMANIA

Gembira, bersemangat, bertenaga, yakin, itulah apa yang aku rasa. Aku tidak tahu kenapa aku menjadi gembira. Padahal, tidak ada apa-apa pun ...