Selasa, 16 Jun 2020

LAW OF THE GARBAGE TRUCK




Assalamualaikum...

Satu hari, saya naik kereta kawan untuk pergi meeting. Tengah dalam perjalanan tu, tiba-tiba ada kereta Myvi hitam potong kami dari kiri dan membelok ke kanan tanpa beri signal pun. Nyaris-nyaris terlanggar kereta tersebut.

Nasib baik kawan saya ni sempat brake. Tapi yang peliknye, driver Myvi pulak yang berhenti tepi jalan tekan horn berkali kali, keluarkan kepala dari tingkap. Sambil maki hamun macam orang gila pada member saya ni. Siap tunjuk isyarat lucah lagi.

Member saya sorang ni rilex je, senyum dan angkat tangan kemudian dan teruskan perjalanan. 

Saya tanya beliau, “Ko tak rasa panas ke? Bro tadi tu duk maki-maki, padahal dia yang salah. Kalau kau ajak tadi, aku turun sekali dan balun budak tu. Kita dua-dua fighter kan, ape nak takut?”

Dia pusing pada saya, senyum dan cakap. "Kau pernah dengar tak 'Law of The Garbage Truck'?"

Hahahaha, ko nak merepek apa pulak ni? Mana ada 'Law of Garbage Truck', saya kata.

Beliau senyum dan teruskan. "Macam ni bro, ada sesetengah orang atas dunia ni, dia macam Lori Sampah." Hidup dia seharian dia asyik kutip sampah, kutip sampah, kutip sampah, dari pagi sampai ke malam. 

Sampai masa, lori dia penuh. Bila lori penuh, dia dah tak boleh nak kutip lagi dah sampah baru. Jadi dia akan cari tempat untuk buang dan longgokkan sampah-sampah dia tu.

Dan kadang-kadang, kau @ tempat kau akan dia jadi tempat longgok sampah dia.

Dan kau jangan take it personally. Kau just senyum, dan tutup diri kau. Supaya sampah dia tak masuk dalam kau. Kalau kau terima sampah dia, kau akan jadi tong sampah dan sama macam dia.

Now, you see. Hidup kita seharian, kita selalu jumpa orang-orang macam ni kan? Selalu nak marah, nak maki, nak pukul orang dan macam-macam nak. Tak ada pasal pun kadang-kadang nak mengamuk.

Kadang-kadang orang-orang ni adalah orang terdekat kita. Family kita, suami kita, anak kita, kawan-kawan kerja, bos kita, lecturer atau cikgu kita.

Don’t take it personally. Just faham, yang mereka telah kutip terlalu banyak perkara negatif seharian dalam hidup mereka. Dan mereka perlu tempat untuk humban sampah-sampah mereka, itu saja.

Anda cuma perlu senyum, dan tutup diri supaya sampah mereka tak masuk dalam anda.

Kalau anda beri mereka peluang untuk masukkan sampah mereka dalam anda, kini anda dah jadi tong sampah, sama seperti mereka. Eventually tong anda akan penuh dan anda pula terpaksa buang sampah anda pada orang lain.

Sebab tu hari ini terlalu banyak orang yang suka buat posting kecam sana, kecam sini, comment, maki orang sana, maki orang sini. Hina semua orang macam dia sorang je suci. Perli memerli dan sebagainya.

Kenapa? Kerana, bila mereka boleh buang sampah mereka pada orang lain, mereka rasa lapang sikit sebab lori dah kosong.

Dan sedihnya, ramai orang. Terlalu ramai orang yang buang sampah mereka pada orang-orang yang mereka sayang. Berapa ramai kita jumpa ayah dan ibu yang balik kerja penat, stress, mereka lepaskan penat dan stress mereka pada anak-anak? Ramai kan?

Berapa ramai bos, cikgu atau lecturer yang ada masalah dalam rumahtangga mereka. Mereka bawa masalah mereka ke tempat kerja, dan lepaskan sampah mereka pada pekerja, anak murid mereka? Ramai kan?

Agaknya apa yang akan jadi pada anak-anak, pekerja dan murid ni? Lama-lama tong mereka juga akan penuh, dan mereka akan buang sampah mereka pada orang lain.

Kerana itulah saya rasa semua orang perlu belajar ilmu untuk jadi orang yang bertenang, rasa aman damai, take control of our own feelings.

Perasaan orang pada kita, kita tak boleh kawal. Tapi perasaan kita pada diri kita. Itu 100% dalam kawalan kita. Kita boleh kawal sepenuh nya. Itu sepenuhnya dalam kuasa kita.

Kalau kita mula bagi kuasa untuk orang lain kawal perasaan kita, itulah satu bentuk penghambaan paling sadis. Jangan biarkan kata-kata orang, perbuatan orang, beri kesan pada inner peace anda.

Saya dah menjadi lori sampah all my life. Dari dulu selalu marah-marah, selalu mengamuk, selalu baran. Dan ia menyakitkan semua orang yang saya sayang. Alhamdulillah, mereka semua sabar, dan berkat sabar itu saya kini faham

The Law Of Garbage Truck.

Dapat sesuatu? Jangan jadi sampah, dan tempat untuk orang buang sampah. Jangan jadi batu api menyemarakkan sampah yang terbakar. Hiasi taman hati dgn bunga2 yg harum dan cantik.
๐ŸŒน ๐Ÿ๐Ÿ’๐ŸŒท๐ŸŒน๐Ÿฅ€๐ŸŒบ๐ŸŒธ๐ŸŒผ๐ŸŒป

Wallahua'lam... ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜Ž.

Pesanan Pada Hati

In sya Allah๐Ÿ’œ ๐Ÿ’œ ๐Ÿ’œ 

16JUNE2020 | 21:33PM

Selasa, 9 Jun 2020

BERSYUKUR SEADANYA

Kita yang masih sempurna ada tangan, kaki tapi tak pernah tahu nak bersyukur. 

Orang lain yang aku lihat cacat, tanpa kedua belah kaki dan tangan.. dia jalan dengan lutut dia, time nak ambil wudhuk.. dia buang ikatan pada lututnya dengan mulut. Dia pusing kepala paip itu dengan mukanya. Bila lututnya terkena air.. dia menjerit pedih perlahan. Sakit. Allahu..

Dia jalan perlahan-lahan, nak naik atas tangga yang tinggi.. nak solat. Bila ingin dibantu dia kata, "Tak apalah, bang. Adik boleh naik sendiri." 

"Kenapa? Biar abang tolong adik. Tangga tu tinggi."

"Tak apalah abang. Jangan angkat adik."

"Kenapa? Biarlah abang angkat."

"Maaf bang. Bukan adik sombong.. tapi Allah baik kan abang, DIA mencacatkan tangan dan kaki adik dan setiap kali untuk naik tangga ini, hati adik terus ingat kepada Allah."

Allahu.. hebatnya anak muda ini. Subhanallah, desis hati.

Sampai di atas, aku lihat anak muda itu berguling-guling sedang solat. Terkejut melihat situasi itu.. seolah tidak percaya. Aku ada tangan dan kaki tetapi aku selalu lambat bersujud pada-Mu. Tapi dia yang cacat, berguling sebab tak sabar untuk sujud pada-Mu. 

Di sebelah, kemudian aku mendengar anak muda belasan tahun itu menangis teresak-esak. Laju air matanya turun. 

"Kenapa kamu menangis anak muda?"

"Setiapkali saya berdoa, saya akan angkat tangan saya yang cacat ini. Hati saya sebak sebab tiada jari-jemari macam abang. Saya tak mampu nak tadah tangan seperti abang. Tatkala saya angkat tangan saya yang cacat ini, hati saya terasa dekat dengan Allah. Air mata saya akan mengalir saat terkenangkan ujian Allah pada saya. Baiknya Allah pada saya. Mencacatkan tangan saya hingga menjadikan saya sentiasa ingat dan menangis saat berdoa kepada Allah."

"Allah Maha Baik, abang. Saya dalam keadaan macam nie susah nak main bola, nak shopping.. jadi umur saya yang macam nie, saya banyak habiskan dirumah Allah. Saya dapat hafal Al-Quran 30juzuk. Alhamdulillah, bang. Allah mencacatkan kaki saya menyebabkan saya ada masa untuk ayat-ayat-Nya."

Allahu.. ๐Ÿฅบ๐Ÿฅบ๐Ÿฅบ
Betapa mulianya hati anak muda itu. Terasa begitu malu padanya. Kita cacat dalam beribadat pada Allah tapi dia tidak.. walaupun dalam keadaan begitu, masih kenal erti syukur. 

Hari ini adakah kita kehilangan kedua belah kaki? Tidakkan..

Hari ini adakah kita kehilangan kedua belah tangan?
Tidak juga kan..

Tapi.. setiap malam kita lena dengan mengenang dunia. Bangun awal pagi, buka mata kita sudah mengejar dunia. Kesibukkan kita seharian menjadikan kita lupa pada Allah. Bila Allah uji dengan kesakitan.. kita mula bertanya, "Kenapa aku yang diuji?" Sedangkan.. Allah mahu menegur kita melalui ujian-Nya. 

Jika hari ini kau diuji dengan benda-benda yang remeh, ingatlah.. hari ini adakah engkau tidak mempunyai kaki? Adakah engkau tidak mempunyai tangan? Tidak kan.. tidak! Kau masih ada kaki dan tangan.. tapi sekecil ujian sudah membuatkan kau menangis pedih.. padahal diluar sana lebih hebat manusia yang diuji oleh Allah. 

Cukuplah kita semua bersyukur.. syukur dengan apa yang ada. Hargailah setiap kasih sayang Allah. Jangan banyak merungut lagi..

๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”
 
09JUNE2020 | 19:51PM

Ahad, 7 Jun 2020

"DON'T COMPARE YOURSELF WITH OTHER"



Kadang-kala, apabila kita tak mampu untuk miliki apa yang kita inginkan, pasti kita akan bandingkan diri kita dengan kehidupan orang lain.

"Dia ada itu, dia ada ini, aku belum ada lagi macam dia ada, kenapa kehidupan dia lebih baik dari aku, dia dah berjaya, aku bila lagi nak berjaya macam dia?" 

Berhenti untuk bandingkan diri kau dengan orang lain,rezeki tak pernah salah alamat.
Jadi, belajarlah untuk bersyukur. 

Bersyukur dengan apa yang kau ada, kerana tidak ada orang yang mampu mempunyai kehidupan seperti kau, malah ada yang mahukan kehidupan seperti kau sebenarnya. :) 

Ingat! Jika ketika ini, kau tidak dapat memperolehi kejayaan yang kau inginkan? Bersabarlah, dan yakin dengan ketentuan Allah, suatu hari nanti, pasti kau akan dapat kejayaan yang kau impikan selama ni. 

Jangan sedih, jangan putus asa. Teruskan bersabar dan berusaha untuk dapatkan apa yang kau mahukan.  

07JUNE2020 | 22:57PM

Sabtu, 6 Jun 2020

CORETAN UNTUK AWAK



Awak, saya masih tak faham.. Kenapa hari ini, ada orang yang setia tapi ditinggalkan akan asbab yang tidak munasabah. Lagi, setia seseorang tu lagi teruk dikecewakan.

Tapi, ada pula orang yang mengharapkan mendapat seorang yang setia, penyayang, penyabar dan menjaga dia.. Tapi, tak pernah dapat juga, malah dikecewakan berkali-kali.

Sayangnya, terlalu ramai yang tidak menghargai pasangannya. Senang kata tidak bersyukur, mendapat seorang yang baik lagi setia. Tapi, kita seringkali menyakiti orang yang setia ini. Sedangkan setiap hari dia mendoakan kamu, dia memohon agar Allah menjaga kamu.

Tetapi, kenapa kita masih menyakiti mereka?

Kenapa kita masih memilih hiburan? Awak tahu tak, dia sayang awak.. Dia jaga awak, dia tegur awak demi kebaikan awak? Dia nak tengok awak jadi lebih baik dan sentiasa sayangi diri awak. Doa dia pada awak tak pernah lekang agar menjadi seorang muslimah. Setiap pengorbanan masa dia pada awak kadang keterlaluan, sedangkan pelbagai perkara yang sedang menunggu dia. Dia nak awak jadi yang terbaik, kalau mungkin dia bukan jodoh awak, tapi awak kene bersyukur dia masih nak jaga awak, fikirkan masa depan awak, siapa diri awak. 

Paling kurang saya minta, ingatlah balik setiap pesan dia. Awak fikirkanlah semula apa yang akan terjadi kalau awak buat itu dan ini. 

Cuba awak bayangkan kotak tisu, apa ja awak nampak? Depan bentuk kotak tisu. Awak tak nampak isi dalam kotak tu, awak tak nampak sisi dan bahagian belakang kotak tu. Maksud saya, apa yang awak nampak dia tegur awak membebankan awak, merimaskan awak.. Tapi pernahkah awak tengok apa kebaikan disebalik teguran tu, jagaan dia pada awak? 

Awak pun dah besar, saya harap awak baca ni dan berfikirlah. Saya tak tulis saja" saya sayang awak, tapi saya rasa saya tak mampu nak tegur awak depan". Maafkan saya awak kalau ada bahasa yang tidak menyenangkan awak.

06JUNE2020 | 23:55PM

Khamis, 4 Jun 2020

DAI'E




" Buat para daie,

Pasti saja mereka merindukan saat bersama Ramadhan.

Mana tidaknya,

Ramadhan ini seolah-olah 'booster' buat amal mereka. Mutaba'ah mereka.

Bukan saja menjadi rahib di malam hari, tapi juga singa di siang hari.

Siang hari pergi cari masa nak jumpa mad'u, 'call' mad'u, ajak mad'u pergi beli makanan, masuk ke kolej-kolej. Mu'ayyasyah. Cuba macam-macam cara untuk mengikat ukhuwwah dengan mad'u.

Bukan saja menjadi singa di siang hari, tapi juga rahib di malam hari. Ajak mad'u tarawih sekali kemudian moreh dan borak-borak berisi. Tengah malam dalam pukul 4 macam tu, bangun tahajud. Mudah bangun sebab barakah Ramadhan. Waktu tahajud tu, memang doa gila-gila lah. Minta dengan Allah dengan permintaan yang paling ikhlas dan rendah hati. Sekali-sekala tangisan menemani sunyi malam.

Minta dengan Allah;

Ya Allah, Kau menangkanlah dakwah ini. Sekali-sekala langkahan kaki ini terasa sangat lemah dan tak terdaya. Hanya dariMU ku mohon kekuatan.

Ya Allah, Kau jadikanlah aku seorang murobbi yang ikhlas. Yang sabar dalam memikul dakwahMU. Yang tak kenal erti putus asa membina anak halaqoh kami. Yang kekal bersemangat untuk melaju di atas jalanMU ini.

Ya Allah, Kau peganglah hati mad'u kami, hati anak halaqoh kami. Aku tahu ujian dunia begitu menarik mereka tapi aku tahu Kau lebih berkuasa atas segalanya. Maka, kau peganglah mereka. kau campaklah ke dalam hati mereka, kecintaan buat dakwah ini.

Hanya padaMU kami berserah. Ameen Ya Robb.

Ramadhan.

Moga bulan itu menjadi bulan tarbiyah dan dakwah buat kita pencinta agama Allah ini.

Biarkan bulan itu berlalu, tapi jangan sekali-kali kita biarkan keimanan, semangat, kemahuan kita turut berlalu. 

Teruskan tancapkan ia dalam hati mu. Agar kamu bisa terus melaju!. "

04JUNE2020 | 03:34AM

Rabu, 3 Jun 2020

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ada sebab kenapa sebuah kata - kata ni wujud,

“ Don’t judge a book by its cover ”


Samalah jugak macam kita kata,
Kita tak boleh nak hukum orang itu dan ini pada masa sekarang..

Banyak yang dah terjadi pada aku,
Sekolah rendah dulu,
Result aku pernah down satu kali,
Then datang sorang kawan,
“Mak kita tak kasi kita kawan dengan awak sebab awak tak pandai” ..
Aku diam ..
Alhamdulillah,
Aku teruskan pelajaran sekolah menengah di sekolah terbaik smka kebangsaan,
Aku sambung stpm di sekolah terbaik stpm sekarang..
Awal sangat ibu kau judge aku..

Dulu,
Aku diperlekehkan,
Pakai baju on off,
Kadang - kadang dalam rumah pakai, keluar rumah dah tak pakai,
Pakai seluar paras peha je..
Memang aku diperlekehkan,
Iyelah.. sekolah kafa dulu selalu top 3, tapi keluar macam tak sekolah.. memang diperlekehkan.. aku diam ..

Alhamdulillah,
Sekarang aku biasa memakai baju seeloknya,
Jubah dan stokin dah jadi teman,
Aurat tak kelihatan,
Manfaat hampir 7 tahun di sekolah agama.

Dulu,
Dia sebar pada semua orang,
Aku ni memang rapat gila dengan perempuan,
Obvuious gila aku ni gedik dengan perempuan..
Katanya..
Padahal, bila aku tanya kawan ,
Antara aku dan kau,
Siapa lagi rapat dengan perempuan ?
Dan dia mengatakan dirinya lah yang lebih rapat dengan perempuan, 
Aku diam, tak nak kata apa - apa,

Alhamdulillah,
Sekarang aku rasa diri aku makin terjaga,
Adik yang kita rapat di sekolah suatu ketika dulu kata,
“ abang tengok tak story si fulan ? saya terkejut abang cara dia dengan perempuan”
Nah, amik sekali.. bukan aku yang kata..
Ikhtilat kau entah kemana,
Namun, kelemahan aku yang sibuk kau jaja.

Dulu,
Fitnah kau sebar merata,
Satu sekolah percaya,
Kata aku yang hukum dia,
Sampailah dia dibuang sekolah,
Bila balik bilik,
Senior tanya,
“ Awak kenal ke si fulan? ”
“ tak abang, saya memang tak kenal, muka pun saya tak cam”
“ tulah abang pelik tu , awak mana la kenal sangat perempuan-perempuan kat sekolah ni ”
Sampaikan si ibunya bersumpah,
Kalau anaknya memang tak bersalah, maka satu sekolah akan dilanda musibah yang lagi teruk..
Cepatnya dia melatah,

Alhamdulillah,
Sekolah tu selamat sampai aku habis belajar.

Dulu ,
Kau mempersendakan sikap aku,
Kau jual cerita pada orang yang tak pernah kenal aku tentang segala keaiban aku,
Tidur dalam kelas,
Malas,
Selalu tak siap homework,
Tak pandai,

Alhamdulillah,
Semakin dewasa semakin matang,
Kali ni,
Adalah janggal bagi mereka melihat aku tidur dalam kelas waktu cikgu mengajar,
Sampaikan balik bilik je,
“ weh tadi aku nampak kau tidur time bm, tekejut weh, jarang - jarang ”

Dulu, 
Kau kata aku loner,
Lari pun loner,
Hakikatnya ,
Loner itu satu kelemahan kau,
Patutlah kau terlalu takut untuk menjadi loner..
Philophbia rupanya.

Dulu,
Kau gelakkan aku sebab dapat markah lagi rendah dari kau,
Aku cuma sedikit terasa.. namun,

Alhamdulillah,
Result aku kali ni,
Buat kau yang terkedu.
Bukan salah aku..
Aku tak doa semoga kau akan jatuh,
Cuma mengharap aku akan dapat lebih dari apa yang kau punya.

Dulu,
Kau gelak gelakkan aku beramai ramai,
Jatuh masa larian, 
Kaki sakit,
Kau ejek - ejek,
Segala teguran aku kau ludah,
Semua nasihat aku kau maki,
Kehidupan aku makin susah,
Kerana makin ramai yang membenci.

Alhamdulillah,
Allah itu adil,
Aku tidak melatah tetapi mengadu pada-Nya,
Betapa sakitnya aku,
Kejap,
Kamu berdua kemalangan,
Sehingga kau sendiri kata itu kifarah dosa,
Aku harap kau tak semakin leka.


“Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).” 
(Al fath ayat 3)

Allah lah paling berkuasa keatas kamu semua. jangan lupa.  

03JUNE2020 | 22:26PM

SEKEPING HATI YANG DIPEGANG ALLAH



Dulu aku, 
jika mentarbiah, 
mesti akan ada seorang dua atau lebih yang akan aku target untuk jadi murobbi.

Berdasarkan kekuatan potensi mereka.
Berdasarkan ke'anasiruttaghyir'an (bahasa apakah ini?..huhu) dia.

Kadang-kadang, 
yang aku target tu mesti akan hilang. Keluar dari tarbiah. 
Padahal dia lah adik liqo' yang paling komit dan berwawasan tinggi serta bersemangat waja. Eh.

Masih segar lagi memori dulu dalam minda aku,

Dulu tiap petang mesti makan dengan dia, belanja dia, ajak dia teman aku pergi ke bandar mencari barang keperluan, riadhah selalu, luah masalah sama-sama. Ke mana-mana pun bersama. 

Tapi betapa sedih sudut jiwa aku paling dalam,
bila dia mula menjauh dari aku dan ahli liqo' yang lain.

Entah lah.

Dia bosan ke dengan tarbiah ni?,
Tak puas hati dengan ikhwah ke?,
Sebab aku tak hensem macam dia ke?, 
Isu belajar ke?,
Isu cinta ke?,
Isu kewangan ke?,
Isu famili ke?,

Entah....

Tiada kesimpulan yang tepat tentang dia. Hanya tinggal tanda soal yang banyak tanpa satu kata yang tepat menunjukkan keadaan dia.

Lalu,

dalam kesedihan aku yang tidak tertanggung itu, 
teringat aku akan firman Tuhanku;

" ...Dia-lah Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."  
(Al-Anfaal : 63)

Kesat balik airmata.

Cukuplah ayat itu Allah nak kata kat kita,

engkau buat lah macam mana pun, 
akhirnya,
Allah jua yang menentukan adik liqo' kau itu kekal dengan kau atau tidak.

Sebab apa?.

Sebabnya hanya satu!.

HATI manusia Allah yang pegang!.

Tekup muka dengan tangan. 
Airmata bergenang. Tak tertahan lagi.
Hati terus berusaha untuk sabar dan sangka baik.

Note: 
Anasiruttaghyir = agen/faktor pengubah

03JUNE2020 | 04:54AM

Selasa, 2 Jun 2020

ROOMATE BARU KE?

Assalamualaikum and hi.
Okay malam ni aku just nak share satu lagi cerita dengan korang. By the way aku update blog 2 kali je sehari..malam ngan pagi.. pagi tu cam kul 1 atau 2 la.. sampai kan ada orang tanya kau tak tidur ke.. hahaha budak psiko tidur ke malam n kalau dia tak tidur dia buat apa.. nanti ada masa aku cerita kat korang kenapa aku digelar budak psiko.. malam ni korang baca cite ni.. harap korang enjoy..


Baru ni bising pasal roommate psycho so macam nak cerita jugak tapi aku duduk sorang dalam bilik. Aku and member member aku 12 orang duduk serumah sebab maklum lah sini kolej pun takda.Sekarang dah sem ketiga aku kat sini. Last sem aku ada roommate. Kami duduk berdua sebab rumah ni ada certain bilik yang boleh duduk 2, 3, 4 or even 7 orang (depends on keluasan dia) so first sampai aku pilih bilik yang 2 orang sebab malas nak duduk ramai-ramai dalam satu bilik.

Benda ni jadi around 2-3 weeks before final exam last sem. Bilik aku ada satu katil double decker. Aku duduk bawah sebab aku sampai awal daripada roommate aku tu so pilih bawah lah best. Alright start 2-3 minggu before start exam, roommate aku ni dah mula suka tidur depan tv sebab lighting rumah kami tak berapa nak best (ada lampu malap, mati, terlebih terang etc) and then lampu depan tv paling okay and sesuai nak study so dia pun mula study and sampai lah tertidur kat situ. Aku study jugak haaa tapi aku lagi suka tidur atas katil kat bilik sendiri. 

Dah tiap-tiap malam tidur sorang, mula lah fikir bukan bukan. Bilik aku kat area dapur and bilik aku dgn bilik sebelah dipisahkan dengan partition ja (partition macam kat office tuu), belah atas bilik pun partition tak tutup penuh so nampak lah lampu dapur and kadang kadang bila housemate masak, boleh sesak nafas aku sedut asap hahahahaha

Okay okay sorry start cerita asal, macam ni…
selalu aku tidur memang aku akan mengiring ke kanan and kaki aku kadang kadang tersepak dinding partition bilik sebelah so bunyi lah kedegung kedegang sana sini and katil pun katil kayu so kalau roommate aku tidur belah atas pusing pusing pun akan berbunyi lah katil tu. First malam kejadian aku tidur, aku dah pesan kat roommate aku untuk balik tidur dalam bilik sebab risau lah kalau ada penjahat pecah masuk rumah ke apa kan then dia pun okay je lah cuma dia cakap maybe dia masuk bilik lewat sbab dia nak stay up.Aku pun okay kan je janji dia balik lah.

Malam tu, aku dah nak tidur so aku pun tutup lah lampu maka gelap gelita lah bilik aku sebab lampu dapur pun tutup malam tu. Perangai aku before tidur, aku akan baca online novel sampai lah aku mengantuk. Malam tu time baca baca bagai, tetiba katil aku bergerak and bunyi bunyi sikit. Banyak kali jugak bunyi. Aku buat taktau then terus rasa mengantuk and tidur. Esok aku terfikir pasal benda tu tapi aku cuba husnuzon maybe budak bilik sebelah tidur semangat sampai sepak sepak dinding partition so terkena katil aku so bunyi bunyi lah kan. Next malam jadi lagi sampai lah 5-6 malam.
Aku mula rasa tak best nak tidur ye lah time malam dah tutup lampu je jadi benda tu. Esoknya aku tanya lah roommate aku if dia ke yang goyang goyang katil atas tu, tapi dia jawab dah seminggu dia tak tidur kat bilik. Uishh seram aku dibuatnya then aku pegi bilik sebelah saja lah gurau gurau cakap bukan main dia tidur, mimpi apa sampai tersepak sepak dinding habis bergoyang katil aku dibuatnya. Tapi dia cakap dah berapa malam dia tidur sopan hahahahaha

Malam tu jugak, aku rasa nak tidur awal sebab baik tidur time semua orang masih tak tidur so tak lah takut sangat gitteww
Aku pun set lah alarm pukul 6.30 am. Time nak tidur tu pukul 12.30 malam camtu so ramai lah yang still stay up. Dalam pukul 2 lebih camtu aku tersedar sebab sekali lagi katil aku bergoyang macam ada orang kat katil atas bergerak pusing kiri kanan. Aku tengok kat lubang partition, lampu bilik sebelah dah gelap so aku pun stress lah ada org kacau tidur aku kan haaaa terus aku bangun pergi kat suis then buka lampu. Once aku buka je lampu……aku tengok atas katil kosong….and and and….jarak katil aku dengan dinding partition bilik sebelah kemain jauh. 

Time tu haa sudah….aku terkejut tapi taklah buat gelabah. Aku terus fikir kalau selama ni katil atas kosong and jarak katil aku jauh dari dinding partition bilik sebelah, siapa yang gerakkan katil aku hari hari ? Roommate baru aku ke apa ni ? Lepas tu terus aku tutup lampu and  tidur tak cakap apa dah. 

Esok aku cerita kat housemates aku and next malam sampai habis sem alhamdulillah takda dah kacau kacau katil berbunyi bergerak.

Cuma…..yang confusenya siapa dalam bilik tu selain aku ? Buat pengetahuan korang jugak, sem ni aku duduk sorang sebab roommate aku dah balik rumah sebab pkp kan..aku je degil sangat tak nak balik... kan tak pasal pasal kena tinggal sorang. And ni dah nak start final so baru ni dah ada tanda tanda gangguan tu nak datang balik hohohohohoho

Sekian,
Doa doakan la aku selamat kat sini..hoho.

-TAMAT-

02JUNE2020 | 21:02PM

ARMAN : PART 2


Kelas bermula.. setelah beberapa jam daun pintu dipulas Arman masuk kedalam dewan degan keadaan kusut masai pensyarah dengan muka tenang panggil Arman untuk tanda kedatangan dan tanda lewat di tepi nama dia dan mengarahkan dia untuk duduk... sebelum ini Arman selalu duduk bersebelahan Hawa tetapi sekarang Hawa duduk di sebelah Syafiq kerana Syafiq adalah BF hawa sekarang dengan langkah perlahan dan tundukkan kepala Arman menaiki tangga pergi ke tmpat duduknya tetapi tiba di garisan tempat duduk Syafiq dan hawa dia buat muka marah.. Arman tidak tumpukan perhatian dalam kelas walaupun mereka tau pada waktu itu adalah semi final semester mereka...

Suatu hari mereke terdengar salah seorng kawan Syafiq meninggal dalam kemalangan jalan raya..


Makin hari makin ramai yang mati sebab kemalangan

Kebanyakan darinya adalah kawan-kawan Syafiq dan beberapa orang pelajar lain ada juga pensyarah yang terkorban


Polis mula di panggil sejak dari hari sejarah gelap kolej itu kerana terdapat 8 orang pensyarah dan 996 pelajar kolej mati disebabkan bangunan runtuh.. 5 dewan kuliah, 4 asrama lelaki dan asrama wanita semua tidak tahu angkara siapa...


Arman pula sejak dari hari tu makin pulih dan tidak bersedih tentang  pekara itu.. Mia pelik dengan keadaan Arman.. Mia melaporkan pekara itu kat pegawai polis dan keesokan harinya dia di panggil dan di soal siasat habis-habisan tetapi tiada sebarang bukti yang membuktikan dia lakukan kerana mana mungkin seseorang tubuh biasa dapat melakukan pekara itu

Pada satu hari.....

Syafiq gegar pintu bilik Arman untuk menuduh dia yang lakukan semua ni degan perasaan takut dia kata... “jangan tipu aku kau yang buat semua benda ni kan“ Arman jawab “ tidak aku tak buat semua ni lah tolong....tolong!!!” Dengan perasan cuak Syafiq lari lintang pukang dari bilik Arman.

Selepas seminggu kejadian Syafiq gegar pintu bilik Arman ada berita yang buruk tentang Mia....

Mia mati terjun dari bangunan asrama yang tingginya 4 tingkat keadaannya sungguh teruk  kepala dia abis bekecai hawa sendiri terkejut kerana biasanya Mia tidak keluar dari bilik kecuali dengan hawa 

Di satu dinding asrama lelaki tertulis “ล‚ฤ“pรฃลก รฏรฑฤฏ §รรƒFรQ ลถร†!!!” Seorang junior panggil Syafiq dan tunjukkan contengan itu kepada dia.. Syafiq ketakutan dan dia pun mengelabah lari keluar dari kolej itu dan kemalangan.... Syafiq di langgar oleh lori  sehingga bandanya hancur bekecai otak dia, usus dia, kaki, tangan, badan, kepala, jantung dia semua beterabur di atas jalan... dengan wajah sinis Arman senyum di tepi jalan.. hanya tinggal hawa..

Malam yang sunyi hawa di bilik keseorangan.. Arman menyelinap masuk ke bilik dia dan memegang pisau di leher hawa..., “hawa, sayang bagun sayang..” hawa bangun dan terkejut kerana Arman di atas hawa “Arman awak dah gila ke apa awak buat nie..” teresak-esak hawa menangis “tolong jangan apa-apakan hawa” “saya dah buat segala yang awak nak tapi kenapa awak tinggalkan saya, kenapa awak pergi kat jantan pengecut tu... ha saya cintakan awak saya tinggalkan semuanya untuk awak saya sayangkan awak” kata Arman sambil menekan-nekan pisau di leher hawa “Arman tolong jangan”... “ saya dah tawar hati dengan awak hawa pergilah dengan kawan-kawan kau yang hanat tu... MATI KAU HAWA” dengan perasaan dengki Arman kelar leher hawa hingga putus... polis dari tadi cuba untuk memecahkan pintu bilik hawa akhirnya berjaya di lakukan tetapi terlambat kerana Hawa pon telah di bunuh. Arman pun telah tikam diri sendiri dan terjun dari bangunan...

Semua yang Arman sayang telah mati termasuk dirinya sendiri...

-TAMAT-

02JUNE2020 | 02:30AM

Isnin, 1 Jun 2020

ARMAN : PART 1

Note : Tak ada kena mengena dengan orang lain kerana ini hanya sebuah cerita.

Satu hari ade budak bernama Arman die nie baru je kehilangan ayahnya beberapa hari lepas disebabkn dadah... selepas dari hari tu ramai yang kutuk die di kolej seperti “bapak penagih”, “ hoi anak penagih”, dan juga kadang-kadang kawan kolej yang die x penh kenal pun ejek die, Arman ade girlfriend namanya hawa, hawa tau asal-usul Arman jadi hawa tak marah atau bencikan Arman, malah hawa masih cuba untuk tenangkan dan nasihat Arman agar abaikam semua kata-kata dari mereka... Arman pun mengikut kata hawa dengan senyuman sahaja..☺️

Setiap malam Arman berjumpa hawa untuk belajar sama-sama dan setiap malam jugak kawan sebilik hawa melarang kerana Arman adalah anak penagih dan setiap malam juga hawa berkata kepada  teman sebilik dia yang “bapak dia penagih bukan dia penagih atleast dia nie setia dia tetap jaga ayah dia walaupun dia tau yang ayah dia mcm tu, lagi pun aku nak belajar je bukan buat ape pun...., mia dah siap ke jomlah”..  Mia adalah kawan hawa di kolej tetapi kawan Arman dari sekolah menengah jadi Mia tau sangat dengan perangai Arman... 

Mia tau macam mane Arman sedih, gembira, risau, gelisah, sakit, atau tertekan mia adalah panduan untuk hawa dan Arman bersama... kalau Arman dan hawa bergaduh Mia lah yang selesaikan pertelingkahan antara diorang...

Dah 5 bulan berlalu sejak kematian ayah Arman tetapi... cerita tentang ayah Arman tetap tidak berakhir lagi.. pembelajaran Arman makin merosot dan itu membuatkan hawa dan mia risau akan keadaan Arman.. ๐Ÿ˜” 

Makin hari makin Arman penat dengan cacian di kolej itu perangai Arman juga makin hari makin lama berubah sampaikan mia tidak kenal Arman lagi....

Hawa dan Mia tidak lagi bersama Arman kerana minggu lepas Arman dan hawa bergaduh besar yang mia sendiri tidak dapat selesaikan. Arman selalu sendirian sejak dari hari tu... 


Tiada kawan, tiada teman wanita dan sejak dari hari itu juga Arman menjadi murung..

Hari isnin hari di mana Arman ada kelas bersama Hawa dan Mia tetapi...

“Baiklah saya nak kamu semua datang ke meja saya dan tulis kedatangan kamu di buku saya di sini.., mari pelajar wanita dahulu lepas itu pelajar lelaki...” kata Lecturer kelas mereka. Sesudah sahaja semua pelajar yang ada di dalam kelas menulis kedatangan tiba-tiba.... 

pintu dewan di buka dan masuk sesusuk tubuh tinggi lampai masuk dari luar dewan ternyata itu adalah Akmal pelajar yang di anugerah dekan pada sem lepas kerja dia memang bagus tetapi selalu sahaja lambat masuk kelas kerana dia selalu tidur lambat.. teman bilik dia kata dia tidur lambat sebab dia selalu main game hingga lewat pagi kekadang dia tidak tidur pada waktu malam tetapi tidur di dalam kelas

Ha kenapa lambat nie mari sini tulis kedatangan kamu “hahahahaha” satu dewan huru-hara dengan gelak ketawa untuk Akmal kerana selalu sahaja lewat masuk dewan, sesudah Akmal mengambil tempat duduk dia... lecturer bertanya “Mana Arman dah seminggu dia tidak masuk ke kelas saya ni... kelas lain dia masuk tak, ade sesiapa nampak dia tak?!” Lalu semua pandang hawa dan mia “Ha Mia, Hawa mana kawan kamu tu?” “Kami tak tau tuan” kata Hawa “kami tak besama dia lagi dah sebulan kami tak bersama dia” kata Mia... Syafiq masuk campur “mungkin dia dah jadi macam ayah dia tak tuan jadi penagih di jalan, hahahahaha..” Syafiq dan geng dia ketawa.. hawa marahkan Syafiq... Syafiq bengang... “Dah diam semua kita mulakan kelas bukak buku muka surat ynag last kita baca 275 baca....”

Bersambung...

01JUNE2020 | 20:22PM

IMPIAN SEORANG MURRABI


Pernah tak ada satu masa tu kita terfikir sambil-sambil kita menggoreng, sambil- sambil kita drive, sambil-sambil duk berdiri dalam LRT.

Fikir apa tu?.

Fikir, 

“Macam mana la aku boleh terjebak dengan tarbiyah.”

Senyum seorang diri. Orang sekeliling tengok pelik je.

Lagi buat kita terfikir adalah,

“Macam mana laa aku boleh jadi murobbi. Aku ni dulu punya lah bertimbun jahiliyah. Ini kalau cerita kat member lama yang aku jadi murobbi ni, mahu terguling diorang.”

Ya.

Memang banyak benda yang kita tak sangka pun dalam hidup ni.

Begitulah kitaran tarbiyah yang akan kita lalui.

Pada mulanya, 

Kita bersama dengan tarbiyah sebagai seorang mutarobbi (baca: orang yang ditarbiyah) dan akhirnya kita nak develop diri kita sampai lah mampu untuk jadi murobbi (baca: orang yang mentarbiyah).

Ketika kita menjadi murobbi, pernah tak kita tanya pada diri, apa sebenarnya yang kita harapkan dari mutarobbi kita?.

Bila tanya soalan ni, pasti jawapannya adalah supaya mutarobbi kita tu jadi murobbi lah. 

It’s too clichรฉ right?.

Ketika kita nak membina, kebiasaannya, kita akan cenderung untuk mengikut pattern bagaimana kita dibina dulu.

Kalau dulu murobbi kita suruh baca satu bulan, 2 bahan fikrah. Macam tu jugak kita akan buat pada mutarobbi kita. 

Kalau dulu murobbi kita setup mutabaah amal macam-macam. Macam tu jugak kita akan buat.
Kalau dulu murobbi kita minta kita mengisi daurah adik-adik, macam itu juga akan kita buat pada murobbi kita.

Kata omputih, “Like father, like son lah.”

Tapi kan, kalau kita flashback dulu-dulu, nak kata betapa ikhlasnya murobbi kita, diorang tak harap apa-apa pun balasan yang dia buat untuk kita.

Dia sanggup habiskan duit dia.
Dia sanggup jemput dan drive kita ke usrah/daurah.
Dia sanggup hadiahkan mushaf Al-Quran.
Dia sanggup habiskan masa dan tenaga untuk kita.
Dia sanggup korbankan hujung minggu dia untuk bersama kita.
Dia sanggup contact kita selalu.

Dan bermacam lagi lah kesanggupan yang dia buat yang kadang ahli keluarga kita sendiri pun tak buat macam tu kat kita.

Cuba bayangkan, dia bagi kita macam-macam khidmat dia pada kita, tapi dia nak satu je dari kita.

Apa dia?.

Jadi pelapis dia. Jadi murobbi macam dia.

Sebab dia tersangat yakin, once kita jadi murobbi, kita hampir melengkapkan bermacam ketaatan kepada Allah. Kita pasti akan meningkatkan kualiti sebagai individu muslim.

Kita akan lebih dekat dengan Allah.
Kita lebih rajin untuk tahajud.
Kita lebih rajin tilawah, hafaz dan tasmik Al-Quran.
Kita akan lebih rajin membaca untuk memberi kepada orang lain.
Kita akan lebih banyak menghabiskan masa kita untuk memikirkan masalah orang lain (umat).
Kita akan bersegera dalam kebaikan yang diserukan buat kita.
Kita akan mampu menyayangi orang lain, seperti kita sayang diri kita.

Dan kita akan sedar betapa banyaknya perubahan positif yang terbina dalam diri kita.

Subhanallah!.

ุฅِู†ْ ุฃُุฑِูŠุฏُ ุฅِู„َّุง ุงู„ْุฅِุตْู„َุงุญَ ู…َุง ุงุณْุชَุทَุนْุชُ ۚ ูˆَู…َุง ุชَูˆْูِูŠู‚ِูŠ ุฅِู„َّุง ุจِุงู„ู„َّู‡ِ ۚ ุนَู„َูŠْู‡ِ ุชَูˆَูƒَّู„ْุชُ ูˆَุฅِู„َูŠْู‡ِ ุฃُู†ِูŠุจُ…

Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali. 
(Hud:88)

Yang bernama murobbi itu,

Tidak mengharap apa pun dari kalian, melainkan hanya keinginan untuk memperbaiki diri kalian dan kepada Allah jua mereka menaruh harapan akan segala usaha Tarbiyah dan Dakwah yang mereka buat.

Itulah MUROBBI kita.

01JUNE2020 | 02:08AM

HEALING JOURNEY 2 : HYPOMANIA

Gembira, bersemangat, bertenaga, yakin, itulah apa yang aku rasa. Aku tidak tahu kenapa aku menjadi gembira. Padahal, tidak ada apa-apa pun ...