Nama aku Jay(bukan nama sebenar). Kawan-kawan aku panggil aku boy dan bukannya Jay. Aku merupakan seorang insan yang banyak kekurangannya. Aku sering diejek dan dipandang hina oleh kawan-kawan ku. Aku mempunyai kulit yang agak gelap. Dan aku juga bukanlah seorang pelajar yang pandai. Begitu banyak sekali kekurangan yang aku ada.
"Boy hitam macam Negro! Haha!"
"Wei, Boy! Aku rasa kau sesuai berkahwin dengan Mak cik bangla tu! Sudahlah miskin. Memang sesuai sangat. Hahaha! ",ejek seorang rakan aku.
Aku hanya tersenyum walaupun aku terasa payah untuk mengukirkannya. Hatiku bagai disiat-siat. Pedih. Sakit. Aku tidak tahu mengapa mereka mengkritik ciptaan Tuhan sebegitu.
Setiap manusia pasti mempunyai tahap kesabaran yang berbeza. Begitu juga aku. Sehinggalah pada satu masa, aku menangis tanpa henti. Sungguh, aku tidak kuat untuk menghadapinya seorang diri. Aku terlampau sedih sehingga aku menyoalkan takdir yang berlaku ke atas diriku. Aku terlalu penat untuk hidup.
Tetapi, datangnya seorang perempuan menjadi pembimbing untuk aku bangun. Namanya ialah Erina.
Aku tidak tahu mengapa perempuan itu mengambil keputusan untuk berkawan dengan aku yang sememangnya banyak kekurangan sekiranya mahu dibandingkan dengan dia yang cantik dan pandai. Dialah yang selalu menghulurkan tangan untuk aku sekiranya aku jatuh. Dialah yang memberi semangat dan sokongan untuk aku teruskan perjalanan yang mempunyai pelbagai cabaran.
Tanpa aku sedar, kamu semakin rapat sehingga aku semakin dibenci terutamanya dalam kalangan pelajar lelaki. Setiap hari aku dicaci. Setiap masa, aku diperli. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk menjauhi Erina. Hampir seminggu aku mengelak daripada bertemu dengan Erina. Tetapi dia itu masih cuba untuk berkawan dengan aku semula.
"Kenapa kau elakkan diri daripada aku? Biarlah apa orang nak kata. Yang penting, aku memang suka berkawan dengan kau",ujar Erina. Aku mengerutkan dahi.
"Apa yang membuatkan kau suka berkawan dengan aku?Aku tak hensem. Aku tak pandai. Aku bukanlah seorang lelaki yang layak disanjungi. Aku tak sesuai berkawan dengan kau",kata aku kepada Erina.
"Walaupun kau rasa kau banyak kekurangan, tapi bagi aku, kau lebih banyak kelebihan yang orang lain susah nak ada..",ujar Erina sambil tersenyum. Aku terus memandang Erina.(melebih la pulak..hahah)
"Maksud kau?"
"Kau seorang yang penyabar. Rendah diri. Baik hati. Rajin dan sentiasa murah dengan senyuman walaupun hidup kau penuh dengan dugaan. Aku suka berkawan dengan kau kerana hati kau yang cantik..",ujar Erina lagi. Senyuman masih meniti di bibir perempuan itu. Pada masa yang sama, hati aku juga turut tersenyum.(oops)
Begitulah kisah aku sewaktu belajar di salah satu universiti di malaysia. Aku tidak sangka yang akan ada seorang insan daripada beribu -ribu orang, akan menghargai aku dengan hati yang ikhlas. Betullah apa orang kata, kehidupan ini umpama hujan dan ribut. Kita pasti akan mengeluh. Kita pasti akan berasa sedih dengan ribut yang mendatang, tetapi kita tidak sedar akan adanya satu anugerah yang membuatkan kesedihan kita berganti dengan senyuman.
"Dialah sang pelangi yang mewarnai langit.."
- TAMAT -
31MAY2020 | 21:53PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan