Khamis, 28 Mei 2020
AKU BUKAN BUDAK PANDAI PART 1
Assalamualaikum..
Selamat Malam😈
Nama aku Jay (bukan nama sebenar).Hehe
Aku bukan dilahirkan gifted . Tapi hanya sesekali aq pernah berada di kelas nombor 3 iatu pada darjah 5 . Pada darjah lain dan tingkatan 1 hingga 5 aq berada di kelas pertama.
Bukan kelas yang aq banggakan . Tapi pada masa itu , kedudukan kelas amat penting dalam masyarakat . Anak-anak yang berada di kelas pertama akan disanjung-sanjung . Yang turun kelas pula bersedialah bakal dimarahi.
Jadi semasa sekolah rendah , hidup aq memang berkawan dengan budak-budak pandai . Kebanyakkan mereka memang gifted . Dahla gifted , latar belakang dari keluarga kaya pulak tu .
Aq bukanlah duduk di bandar . Tapi kawasan aq ni dekat dengan minyak . Jadi bayangkanlah mereka ini anak-anak macam mana .
Aq pula dari keluarga biasa-biasa sahaja . Ayah hanya penyelia pasaraya . Aku syukur . Mereka pula masih berkawan dengan aq tanpa mengira darjat . Aq tak pandai . Tapi aq berusaha nak jadi pandai . Aq dikelilingi kawan yang memang bijak-bijak belaka dan rajin menolong dalam pelajaran .😁
Semasa hari keluar result UPSR , adalah punca aq terkilan dengan mereka. Ketika itu, murid yang mendapat 5A akan dibanggakan. Aq hanya mendapat 3A 2B. Bayangkan dalam geng aq , hanya aq seorang yang tidak mendapat straight A.
Aq masih ingat. Ketika mengambil gambar beramai-ramai , aq menangis di tangga di hujung bangunan. Tidak ada siapa yang menghiraukan aq. Parents aq memang tak pernah hadir ambik result sama seperti orang lain.
Ketika itu , aq kecewa yang tersangat. Namun aq dah pasang niat. Kalau aq dapat 5A pun aq tak akan masuk asrama penuh. Aq nak sekolah harian biasa je.
Okay this part la yang buat aq terkilan. Semasa tunggu result , bff aq semua tak nak masuk asrama penuh. Mereka pilih untuk sekolah harian biasa juga walaupun andaikata result mereka gempak nanti.
Jadi aq berasa sedikit lega. Namun selepas mendapat result , bff aq mula mengatakan yang parents mereka mendesak untuk masuk ke asrama penuh. Ye. Aq sedih. Sumpah sedih.
Dipendekkan cerita , ye aq masuk sekolah harian biasa sorang-sorang. Semua kawan-kawan aq tak hadir orientasi sebab kebanyakkan mereka sudah menerima tawaran ke sekolah berasrama.
Aq mencari kawan baru semasa orientasi. Aq tak tahu sama ada silap aq atau tidak kerana memilih untuk berkawan dengan orang pandai sedangkan aq biasa-biasa sahaja.
Di sekolah menengah , aq ada kawan baru. Bukan kawan baru sangat , mereka masih aq kenal semasa sekolah rendah. Tapi tak rapat.
Alhamdulillah. Mereka sangat-sangat menerima kehadiran aq. Walaupun adala masa mereka perli "dulu mana nak rapat , Jay kan budak kelas bijak". Mula-mula sumpah aq terasa. Lama-lama aq dah lali.
Bila masing-masing dah ke alam menengah , kami dah jarang contact. Mula-mula masuk kami keep in touch jugak. Lama-lama semua dah macam tak kenal. Aq faham diorg busy dan jarang balik. Jadi aq malas nak kacau.
Aq seronok di sekolah menengah. Kawan semua baik-baik dan sayang aq. Ye aq berkawan dengan orang yang sama dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5.
Bersambung...
28MAY2020 | 00:34AM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
HEALING JOURNEY 2 : HYPOMANIA
Gembira, bersemangat, bertenaga, yakin, itulah apa yang aku rasa. Aku tidak tahu kenapa aku menjadi gembira. Padahal, tidak ada apa-apa pun ...
-
Pada pagi hari pertama tahun baru 2050, Malaysia telah dikejutkan dengan penemuan kematian sebanyak 205 ekor lembu yang diternak di sebuah...
-
Knock Knock.... Happy Befday Boy @ Najmi. Thanks... Kau tak nak rest ke dari buat semua benda ni? Tak. Weh Shah... Kenapa aku ni jenis macam...
-
Depression atau lebih orang tahu "kemurungan" Sakit yang boleh buat aku tak tentu arah. Rasa macam nak tumbuk diri sendiri sampa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan