Ahad, 31 Mei 2020

ITULAH SANG PELANGI

Nama aku Jay(bukan nama sebenar). Kawan-kawan aku panggil aku boy dan bukannya Jay. Aku merupakan seorang insan yang banyak kekurangannya. Aku sering diejek dan dipandang hina oleh kawan-kawan ku. Aku mempunyai kulit yang agak gelap. Dan aku juga bukanlah seorang pelajar yang pandai. Begitu banyak sekali kekurangan yang aku ada.

"Boy hitam macam Negro! Haha!"

"Wei, Boy! Aku rasa kau sesuai berkahwin dengan Mak cik bangla tu! Sudahlah miskin. Memang sesuai sangat. Hahaha! ",ejek seorang rakan aku. 

Aku hanya tersenyum walaupun aku terasa payah untuk mengukirkannya. Hatiku bagai disiat-siat. Pedih. Sakit. Aku tidak tahu mengapa mereka mengkritik ciptaan Tuhan sebegitu.

Setiap manusia pasti mempunyai tahap kesabaran yang berbeza. Begitu juga aku. Sehinggalah pada satu masa, aku menangis tanpa henti. Sungguh, aku tidak kuat untuk menghadapinya seorang diri. Aku terlampau sedih sehingga aku menyoalkan takdir yang berlaku ke atas diriku. Aku terlalu penat untuk hidup.

Tetapi, datangnya seorang perempuan menjadi pembimbing untuk aku bangun. Namanya ialah Erina.

Aku tidak tahu mengapa perempuan itu mengambil keputusan untuk berkawan dengan aku yang sememangnya banyak kekurangan sekiranya mahu dibandingkan dengan dia yang cantik dan pandai. Dialah yang selalu menghulurkan tangan untuk aku sekiranya aku jatuh. Dialah yang memberi semangat dan sokongan untuk aku teruskan perjalanan yang mempunyai pelbagai cabaran.

Tanpa aku sedar, kamu semakin rapat sehingga aku semakin dibenci terutamanya dalam kalangan pelajar lelaki. Setiap hari aku dicaci. Setiap masa, aku diperli. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk menjauhi Erina. Hampir seminggu aku mengelak daripada bertemu dengan Erina. Tetapi dia itu masih cuba untuk berkawan dengan aku semula.

"Kenapa kau elakkan diri daripada aku? Biarlah apa orang nak kata. Yang penting, aku memang suka berkawan dengan kau",ujar Erina. Aku mengerutkan dahi.

"Apa yang membuatkan kau suka berkawan dengan aku?Aku tak hensem. Aku tak pandai. Aku bukanlah seorang lelaki yang layak disanjungi. Aku tak sesuai berkawan dengan kau",kata aku kepada Erina.

"Walaupun kau rasa kau banyak kekurangan, tapi bagi aku, kau lebih banyak kelebihan yang orang lain susah nak ada..",ujar Erina sambil tersenyum. Aku terus memandang Erina.(melebih la pulak..hahah)

"Maksud kau?"

"Kau seorang yang penyabar. Rendah diri. Baik hati. Rajin dan sentiasa murah dengan senyuman walaupun hidup kau penuh dengan dugaan. Aku suka berkawan dengan kau kerana hati kau yang cantik..",ujar Erina lagi. Senyuman masih meniti di bibir perempuan itu. Pada masa yang sama, hati aku juga turut tersenyum.(oops)

Begitulah kisah aku sewaktu belajar di salah satu universiti di malaysia. Aku tidak sangka yang akan ada seorang insan daripada beribu -ribu orang, akan menghargai aku dengan hati yang ikhlas. Betullah apa orang kata, kehidupan ini umpama hujan dan ribut. Kita pasti akan mengeluh. Kita pasti akan berasa sedih dengan ribut yang mendatang, tetapi kita tidak sedar akan adanya satu anugerah yang membuatkan kesedihan kita berganti dengan senyuman.

"Dialah sang pelangi yang mewarnai langit.."


- TAMAT -

31MAY2020 | 21:53PM

Sabtu, 30 Mei 2020

MULTIPLE PERSONALITIES PART 2

Dan benda ni buat interaction aku tersangatlah awkward. Lol. Aku jadi tak sure patut aku go with perangai aku dengan geng A ataupun geng B. Lastlast aku pilih yang lebih sopan punya, supaya geng yang nampak aku lebih sopan tak terasa kalau aku kasar sangat. Yang jadi masalahnya, geng yang selalu nampak aku kasar akan jadi macam: “Wei mende doh kelakar gila kau ni baik cenni”

Awkward.

Benda ni juga jadi susah untuk aku kalau nak travel. Sebab kalau contoh la ada seorang dari group B nak join travel aku dengan group A, dan makhluk group B ni kenal je group A ni. Diorang sesama diorang okay dan baik dan elok je. Cuma aku je yang lainkan diri between dua ni. So aku akan end up create segala reason supaya travel tu hanya satu group tu je. Aku tak nak manusia B ni tahu yang aku lain sikit dengan dia banding dengan manusia-manusia group A ni. Bukan aku tak elok dengan dia, aku rapat je juga. Cuma lain gaya la.

Ha, mesti dah tak faham kan benda apa aku meroyan ni? Tak apalah kalau tak faham. Aku pun dah pening.

Anyway, sekarang aku dah kat uni dan aku cuba untuk kenal ramai orang supaya aku tidaklah tak suka kat ramai orang. Aku cuba berkenalan sampai tahap yang aku dah tak tak-suka diorang dah, cumanya tak sampai pun tahap yang aku suka diorang. Melainkan diorang nampak macam boleh masuk dengan aku, dan aku boleh suka diorang. Tak susah pun sebenarnya aku rasa.

Kekadang aku kesian juga la kat manusia yang make effort gila like serious nak kawan dengan aku tapi aku macam tak masuk dengan diorang so aku macam bagi one-sided friendship je kat diorang. Like, diorang cerita segala masalah atau kebahagiaan diorang ke kat aku tapi aku lebih kepada mendengar je daripada balas kebaikan diorang dengan open up pasal diri aku juga. Sorry korang, aku cuba juga tapi entahlah, tak masuk lol. Tak boleh deny juga yang aku ni jenis yang orang lain seronok bercerita kat aku – sebab aku selalu bagi the best reactions (puji diri sendiri) dan aku tak jaja kat orang. Well, bukannya aku ada ramai sangat pun orang untuk aku talk to, so aku memang tak buka cerita kau kat orang lain la hahaha.

Wait lol. In the end, aku banyak menyimpang pula dah. Entah apa entah aku nak cerita sebenarnya tadi.

Anyway, do leave some comments! Ceritalah kalau kau ni jenis berbeza ikut orang juga ke, kau ni Manusia Cermin ke, kau ada kenal manusia macam aku ni juga ke. Padangan kau terhadap budak perangai gini, dan apa-apalah yang berkaitan benda aku merepek pepanjang kat atas ni. Aku suka membaca, dan aku suka menerima pendapat orang lain. Mungkin korang tak suka manusia macam ni – so boleh juga membebel marah kat kitorang.

TAMAT...

Terima kasih baca sampai habis!

30MAY2020 | 21:52PM

Jumaat, 29 Mei 2020

MULTIPLE PERSONALITIES PART 1

Aku sekadar nak tahu agak agak ada tak manusia lain yang macam aku ni.

Multiple personalities, bukan Multiple Personality Disorder (MPD) ataupun Dissociative Identity Disorder (DID), sebab untuk kes aku ni, bukannya sejenis penyakit. Aku dengan voluntarynya switch personality aku bila aku berada dengan seseorang tu, mengikut jenis orang tu macam mana. Dalam circle kenalan aku sendiri pun aku perasan ada beberapa manusia yang macam ni – dalam senyap aku panggil diorang ni Manusia Cermin. Sebab diorang interact with others ikut others tu perwatakan macam mana.

Tapi aku bukan dalam kalangan Manusia Cermin ni. Sebab kalau Manusia Cermin, diorang ni senyap bila dengan orang senyap, riuh bila dengan budak yang riuh, lemah lembut bila dengan manusia yang lemah lembut.

Tapi kalau aku, aku tak adalah senyap bila dengan orang senyap, dan tak adalah bersopan santun bila dengan orang yang bersopan santun. Bezanya aku ni, aku diam bila dengan orang yang aku tak suka, or at least aku cakap tapi sikit sikit jelah sampai boleh kira benda apa je aku cakap dengan orang tu. Dan bila dengan manusia yang aku suka, aku memekak sampai bergegar alam ni walaupun budak tu jenis lemah lembut diam seribu bahasa.

Jadinya aku berbeza dengan Manusia Cermin. Aku ikut orang yang aku suka ataupun tak suka.

Tapi benda yang paling aku perlu cerita kat sini – setiap permulaan perkenalan aku dengan manusia, aku start dengan tak suka. Secara jujurnya, aku tak suka semua orang. Serius, aku tak suka semua orang. Kau, kau dan kau yang tengah baca ni semua, aku tak suka korang. I begin with a HUGE dislike towards others (not hate – because hate is such a strong word).

Ha, tak faham kan kenapa ada manusia macam ni? Kelakar pun ada.

Tapi bila aku dah kenal orang, baru aku start suka kat orang tu. Baru aku buka sikit wall aku tu, baru aku tunjuk kat diorang what’s in the wall.

Korang mesti kata – Of course lah, semua orang pun bila belum kenal orang, akan cuba rapat ke ramah mesra dulu baru bercerita itu ini kan. Tapi aku saja nak cerita kat sini sebab aku rasa kes aku ni macam kronik sikit. Aku punya tahap judge orang tu sampai ambil masa juga la baru nak open up to people.

Haah – judge. Aku judge orang. Kau orang ni semua aku tengah judge. Sesuka hati aku je nak judge orang.

Anyway, aku start realise aku ni ada beberapa perwatakan berbeza masa aku mula masuk asrama dulu. Tingkatan 4. Sebelum aku sekolah asrama ni, aku ni jenis bising gila yang macam asyik nak minta perhatian je dengan suara yang mashaAllah rasa nak ketuk je kepala budak ni. Sumbat stokin kang baru tahu langit tinggi rendah.

Masa tu aku ni dalam kalangan budak form 4 baru la, masuk sekolah yang ada students dari form 1 sampai form 5. Struggle budak budak form 4 baru ni serius weh, kau ni kira anak angkat sekolah la. Sebab form 4 lama dah ada geng sendiri sejak diorang form 1 kan, so diorang macam struggle juga la nak accept budak budak baru masuk batch diorang ni. Aku tak salahkan diorang, kalau aku pun aku menyampah dengan manusia manusia gedik yang tak sedar rumput tu hijau. Kau tu baru masuk buat la gaya pendatang asing. Ingat ni rumah abah kau?

Nak dijadikan cerita, kalaulah kan, kalau, kalau aku teruskan juga dengan attitude lama aku kat sekolah yang aku baru masuk ni, memang aku bakal kena ragging sental habis ah. Sebab ada a few juga budak form 4 baru yang relax je redah dengan the way they were from before kan. Untuk diorang, it’s better to be yourself. Which I agree, and got no problem with it at all. Cumanya aku tak apply la be yourself tu untuk diri aku sendiri sebab tu cari mati namanya.

Jadi bila aku masuk sekolah tu, aku fake diri jadi seorang yang senyap dan baik centu. Baik, bukan lembik. Kalau aku buat lembik pun aku bakal kena ragging juga. And yes, aku fake myself. Sebab sumpah tu first time aku ni senyap alam. Biasa aku senyap pun kalau dengan cikgu ke dengan pakcik makcik aku je.

Disebabkan aku ni senyap dan baik, maka aku terselamat daripada kes kes bermasalah ni. Dan aku build a wall dari orangorang ni semua, supaya diorang takkan nampak pun sebenarnya aku ni bising. Which ended up buat aku ni tak ada kawan sangat. Aku tak reach out to people, dan people pun tak come to me. Lonely juga ah sebenarnya, so sesiapa yang macam tengah consider nak tiru gaya aku ni, BE WARNED. Melainkan inner strength korang kuat, kau jangan nak plagiat aku pula. Kang ada yang nak suicide bagai. Aku tumbuk kang.

Anyway, bermula dari sesi hidup aku kat sekolah asrama ni, aku mula choose people as friends. Like dulu semua manusia yang aku kenal tu aku kira sebagai kawan, tapi sejak sekolah ni aku consider diorang acquaintances je. Ada la beberapa keping je manusia yang boleh kira kawan. Dan dengan diorang ni aku bising juga la sikit, cuma tak sebising dulu. Aku bising yang bersopan santun. Lol

So throughout the whole time, classmates aku nampak aku ni macam budak budak top scorer (alhamdulillah result aku selalu nampak macam aku ni terer study) yang senyap dan baik berbudi bahasa – padahal sebenarnya abah alam dia aku ni kurang ajar pun ada juga. Ters3ksa jiwa raga juga la waktu fake diri tu. Bila dengan umat yang aku benci aku still buat gaya baikkk je padahal dalam hati aku dah macam WOI PERGI MAMPUS SANA BOLEH TAK

Bila dah nak habis sekolah tu, masa nak dekat dah dengan spm, baru aku macam REVEAL YOURSELF (bersama music background dari filem Star Wars) and diorang semua be like “Weh apsal aku baru tahu do kau ni macam ni? Patut kau camni je dari awal – best gila kot kau ni sebenarnya!” Basically diorang cakap macam tu sebab kawan kawan aku yang beberapa kerat tu selalu cakap dengan diorang benda macam ‘eh tak lah dia best jelah la sebenarnya! Kelakar gila’ and ‘Hahaha dia nampak je senyap tu tapi bila bercakap habis pecah perut aku’, tapi sebab aku sentiasa la senyap dan baik dengan diorang jadi diorang tak percaya cakap friends aku ni. Okay, aku admit. Aku kelakar sebenarnya. Mesti kau kau kau yang lambat kenal aku rasa menyesal kan tak tahu aku dari awal hahahahaha apakah.

Anyway, life dua tahun tu merupakan the beginning of aku ada multiple personalities.

Personality aku dengan classmates yang aku tak rapat tu – aku senyap baik dan sopan.
Personality aku dengan friends berapa kerat tu (diorang ni bukan classmates aku, bukan dormmates juga) – gila tapi still baik.
Personality aku dengan kawan kawan lama aku – macam aku yang dulu. Lagi bising dan gila. Yang agak kurang ajar la compared to atas^ ni.

Tapi waktu tu aku tak perasan lagi. Sampai la lepas aku dah masuk universiti baru aku sedar. Sebab kawan aku a.k.a. classmate kat universiti tu cakap. Dia kata cenni: Wei, kau ni dengan aku lain, dengan kawan kawan lama kau lain.

Time tu baru aku macam, eh, haah la.

Pastu aku start analyse diri aku sendiri. Aku cuba groupkan manusia according to kat mana aku kenal diorang, and diorang ni jenis kepala macam mana. Dan aku tengok attitude aku terhadap diorang macam mana. Ada yang aku ni baik, ada yang aku ni gila, ada yang aku ni tak sedar diri dah, ada yang aku setakat asyik buat lawak je dengan diorang, dan ada a few je yang aku boleh jadi lembik cembik depan diorang.

Things go on dan aku macam makin banyak personaliti. Kalau kau tengok KMHM, mungkin kau faham sikit maksud aku. Tapi aku tak adalah personality nak buat bom la nak main teddy bear la bagai. Aku ada rapat dengan ramai orang – tapi rapat aku lelain jenis setiap group. Yang aku tak rapat pun ada lelain personaliti aku terhadap diorang.

So bila dah makin banyak personaliti ni so far semua okay je, cumanya

ada satu problem.

AKU TAK BOLEH BERADA DENGAN DUA INDIVIDU DARI GROUP BERBEZA DALAM SATU SATU MASA YANG SAMA.

Contoh, bila aku tengah dalam situation yang mana ada classmates universiti aku DAN friends(bukan acquaintances) sekolah aku. Wei gila bapak dia awkward doooo

Walaupun aku jenis riuh dengan dedua ni, tapi riuh aku lain jenis. Aku rapat je dengan dedua geng ni, tapi personaliti aku dengan memasing lain.

Bersambung...

29MAY2020 | 23:10PM

AKU BUKAN BUDAK PANDAI PART 2

Owh aku lupa nak bagitahu. Masa aku dapat UPSR 3A 2B tu, parents kawan kawan aku tak pandang pun aku. Bila aku cakap aku sekolah SMK Parit (bukan nama sebenar) yang terletak di sebelah sekolah rendah kami, mereka hanya menjebih dan tidak pernah menegurku.


Sekolah harian seperti itu seakan hina di mata mereka. Namun aku kuatkan hati juga. Aku belajar rajin rajin. Semasa PT3 aku mendapat 5A. Alhamdulillah.


Bila kawan kawan aku di sekolah rendah berkongsi result dengan aku, aku gembira kerana result aku melebihi result mereka. Bukan aku nak bangga. Tapi itulah yang aku nak buktikan.


Ada juga seorang kawan aku yang familynya berhabis-habisan menghina aku bersekolah di SMK Parit, akhirnya, terpaksa berpindah di sekolah yang mereka kutuk itu kerana anak dibuang sekolah berasrama yang mereka banggakan.


Semasa SPM pula, aku mendapat hanya 4A tapi subjek lain semua mencapai credit. Aku mendapat tawaran Universiti dan Asasi. Tapi aku menolak kerana aku masih mahu sambung di SMK parit hehe (tahu tahu jelah aku ambik apa) dan result aku masih lagi melebihi mereka.


Ada juga kawan aku yang bersekolah asrama penuh tersebut datang belajar di sini bersama aku. Akhirnya mereka memilih tempat jatuh bangun aku juga.


Apa yang aku nak katakan di sini adalah, jangan pernah mengutuk tempat belajar seseorang. Aku bukan nak bangga dengan pencapaian aku. Tapi aku nak bagitahu, kadang-kadang orang yang kita rasa tak mampu tu akan jadi mampu selepas dia berusaha.


Jangan terkejut dengan perubahan oleh mereka yang teraniya. Dulu, aku rasa aku teraniya. Rupanya Allah bagi pelangi indah untuk aku. Ya. Perjalanan aku masih jauh. Apalah nak dibanggakan dengan secebis kejayaan ini. Bila-bila masa Allah boleh tarik nikmat tersebut.


Tapi aku gembira sebab aku dah buktikan kepada mereka yang menganggap aku low class kerana bersekolah di sekolah harian dan tidak mendapat straight A UPSR.


Pengajaran juga diberikan kepada aku untuk tidak judge orang yang lemah dalam pelajaran. Tapi bagi aku, bukan salah kawan-kawan aku. Aku yang mudah terasa dengan tanggapan orang lain terutamanya ibu bapa mereka.


Setiap ibu bapa pasti mahu anak mereka berkawan dengan orang pandai-pandai kan. Tapi syukur, sekarang ibu bapa mereka sering menegur aku. Aku dah lupakan kisah lama.


Tulisan aku ini sebagai luahan aku saja. Maaf kalau panjang dan bosan. Aku saja nak test penulisan aku sepanjang cuti PKP ni hehe. Seronok rupanya meluah.


Terima kasih sudi membaca. Doakan aku dapat menghabiskan study aku ni tahun depan. Patutnya habis hujung tahun ni. Tapi terpaksa extend sem pulak huhu. Aku doakan korang jugak berjaya dalam kehidupan di dunia dan diakhirat.


TAMAT...


29MAY2020 | 22:32PM

Khamis, 28 Mei 2020

AKU BUKAN BUDAK PANDAI PART 1



Assalamualaikum..
Selamat Malam๐Ÿ˜ˆ
Nama aku Jay (bukan nama sebenar).Hehe

Aku bukan dilahirkan gifted . Tapi hanya sesekali aq pernah berada di kelas nombor 3 iatu pada darjah 5 . Pada darjah lain dan tingkatan 1 hingga 5 aq berada di kelas pertama.

Bukan kelas yang aq banggakan . Tapi pada masa itu , kedudukan kelas amat penting dalam masyarakat . Anak-anak yang berada di kelas pertama akan disanjung-sanjung . Yang turun kelas pula bersedialah bakal dimarahi.

Jadi semasa sekolah rendah , hidup aq memang berkawan dengan budak-budak pandai . Kebanyakkan mereka memang gifted . Dahla gifted , latar belakang dari keluarga kaya pulak tu .

Aq bukanlah duduk di bandar . Tapi kawasan aq ni dekat dengan minyak . Jadi bayangkanlah mereka ini anak-anak macam mana .

Aq pula dari keluarga biasa-biasa sahaja . Ayah hanya penyelia pasaraya . Aku syukur . Mereka pula masih berkawan dengan aq tanpa mengira darjat . Aq tak pandai . Tapi aq berusaha nak jadi pandai . Aq dikelilingi kawan yang memang bijak-bijak belaka dan rajin menolong dalam pelajaran .๐Ÿ˜

Semasa hari keluar result UPSR , adalah punca aq terkilan dengan mereka. Ketika itu, murid yang mendapat 5A akan dibanggakan. Aq hanya mendapat 3A 2B. Bayangkan dalam geng aq , hanya aq seorang yang tidak mendapat straight A.

Aq masih ingat. Ketika mengambil gambar beramai-ramai , aq menangis di tangga di hujung bangunan. Tidak ada siapa yang menghiraukan aq. Parents aq memang tak pernah hadir ambik result sama seperti orang lain.

Ketika itu , aq kecewa yang tersangat. Namun aq dah pasang niat. Kalau aq dapat 5A pun aq tak akan masuk asrama penuh. Aq nak sekolah harian biasa je.

Okay this part la yang buat aq terkilan. Semasa tunggu result , bff aq semua tak nak masuk asrama penuh. Mereka pilih untuk sekolah harian biasa juga walaupun andaikata result mereka gempak nanti.

Jadi aq berasa sedikit lega. Namun selepas mendapat result , bff aq mula mengatakan yang parents mereka mendesak untuk masuk ke asrama penuh. Ye. Aq sedih. Sumpah sedih.

Dipendekkan cerita , ye aq masuk sekolah harian biasa sorang-sorang. Semua kawan-kawan aq tak hadir orientasi sebab kebanyakkan mereka sudah menerima tawaran ke sekolah berasrama.

Aq mencari kawan baru semasa orientasi. Aq tak tahu sama ada silap aq atau tidak kerana memilih untuk berkawan dengan orang pandai sedangkan aq biasa-biasa sahaja.

Di sekolah menengah , aq ada kawan baru. Bukan kawan baru sangat , mereka masih aq kenal semasa sekolah rendah. Tapi tak rapat.

Alhamdulillah. Mereka sangat-sangat menerima kehadiran aq. Walaupun adala masa mereka perli "dulu mana nak rapat , Jay kan budak kelas bijak". Mula-mula sumpah aq terasa. Lama-lama aq dah lali.

Bila masing-masing dah ke alam menengah , kami dah jarang contact. Mula-mula masuk kami keep in touch jugak. Lama-lama semua dah macam tak kenal. Aq faham diorg busy dan jarang balik. Jadi aq malas nak kacau.

Aq seronok di sekolah menengah. Kawan semua baik-baik dan sayang aq. Ye aq berkawan dengan orang yang sama dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5.

Bersambung...

28MAY2020 | 00:34AM

HEALING JOURNEY 2 : HYPOMANIA

Gembira, bersemangat, bertenaga, yakin, itulah apa yang aku rasa. Aku tidak tahu kenapa aku menjadi gembira. Padahal, tidak ada apa-apa pun ...