Pada pagi hari
pertama tahun baru 2050, Malaysia telah dikejutkan dengan penemuan kematian
sebanyak 205 ekor lembu yang diternak di sebuah ladang lembu yang terletak di Selangor.
Punca kematian 205 ekor lembu tersebut masih dalam siasatan namun pakar
vaterinar mengesyaki bahawa terdapat suatu virus yang menyerang haiwan
tersebut.
Selang seminggu
kejadian itu, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa penduduk yang mendiami
berhampiran ladang lembu telah dijangkiti oleh suatu wabak misteri. Di mana
wabak itu akan menyebabkan seseorang itu akan terbatuk hingga berdarah, berasa
sakit kepala dan demam panas. Bukan itu sahaja, wabak itu dikatakan telah
merebak di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, dan juga johor.
Walaubagaimanapun
ia dinafikan oleh kerajaan. Menurut kerajaan, penduduk itu hanya dijangkiti
oleh wabak denggi bukan wabak misteri seperti yang diwar-warkan. Namun, rakyat Malaysia
berasa ragu-ragu dengan kenyataan kerajaan. Mereka merasakan ada sesuatu yang
buruk sedang berlaku namun ia disembunyikan oleh kerajaan.
15 Januari 2050,
10:00 pagi, Pusat perubatan Universiti Islam Antarabangsa, Pahang.
Di dalam Makmal,
kelihatan Dr. Amirul Najmi selaku pakar virologi Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
yang lengkap berpakaian PPE (Personal Protective Equipment) sedang meneliti
sampel air liur yang mengandungi virus misteri melalui mikroskop elektron.
Sampel air liur
itu didapatinya daripada pesakit wabak misteri yang terlantar di Kuantan Medical
centre (KMC) pada minggu lalu. Selepas itu, dia mencetak gambar rajah virus
misteri tersebut melalui mesin fotokopi.
Tiba-tiba, Dr.Aqif
masuk ke dalam makmal tersebut. “Amirul Najmi.. bagaimana dengan keputusan
kajian kamu? Ada hasil?” soal Dr.Aqif. “Saya dapat hasilnya...hasilnya sangat
mengejutkan” balas Dr.Amirul Najmi.
Dr.Amirul Najmi
lalu menyerahkan imej virus misteri tersebut kepada Dr.Aqif. “Berdasarkan
kajian saya ini...Virus ini adalah virus Zekrom”. Dr.Aqif memandang tepat ke
arahnya.
“Kamu ni biar
betul?!” soal Dr.Aqif seolah-olah tidak percaya. “Betul Dr...saya tidak bergurau..ini
adalah virus Zekrom atau disingkatkan sebagai ZXM ...Seperti yang kita tahu,
virus ini adalah sebahagian daripada keluarga virus paramiksovirus dan virus zekrom
ini pernah ditemui di perak pada tahun 2001...Cuma kali ini ia berbeza
sedikit..” terang Dr.Amirul Najmi.
“Apa yang
berbeza?”
“Apa yang berbeza
adalah virus Zekrom yang saya temui sekarang ini telah bermutasi...mungkin
lebih bahaya daripada yang dahulu” balas Dr.Amirul Najmi. Bulu roma Dr.Aqif
meremang apabila mendengar penerangan Dr.Amirul Najmi.
“Jika dahulu
virus zekrom dikenali sebagai ZKM-1. Sekarang saya menamakan dia sebagai ZKM-2
kerana telah berubah” sambungnya lagi. “Jadi bagaimana penyebarannya dan apa
simptom-simptom seseorang yang dijangkiti virus ini? “soal Dr.Aqif.
"Mengikut pemerhatian saya..Virus ini tersebar melalui sentuhan dan juga udara...Simptom-simptomnya pula adalah sering batuk kering, demam panas, badan berasa lesu, berasa pening kepala dan juga selsema" balas Dr.Amirul Najmi.
Dr.Aqif mengangguk-angguk kepalanya sebagai tanda faham atas penerangan tersebut. "Lagi satu Amirul Najmi...adakah virus ini datang daripada kejadian 205 lembu yang mati tu?" soalnya lagi.
"Ya!!...saya dah kaji dua sampel sebenarnya...satu sampel daripada pesakit...satu lagi sampel daripada air liur lembu itu...dan saya mendapati bahawa virus daripada kedua-dua sampel ini sama...dan berkemungkinan mereka yang berada di luar sana telah dijangkiti tanpa disedari" terang Dr.Amirul Najmi.
"Siapa pesakit pertama?" soalnya lagi. "Daripada maklumat yang saya dapat, pesakit pertama adalah orang-orang yang bekerja di ladang itu. saya sebenarnya sedang cuba mencari data kematian akibat wabak itu namun setakat ini tiada laporan kematian yang dilaporkan lagi." kata Dr.Amirul Najmi.
Ketika mereka berdua sedang berbincang di makmal, Dr.Wafiq tiba-tiba memasuki di dalam makmal. "Dr.Amirul Najmi...saya dapat maklumat ada 3 kematian dilaporkan akibat wabak misteri itu...2 kematian di Kuantan Medical Centre..satu kematian lagi di hospital KPJ Pahang.." lapor Dr.Wafiq kepada mereka berdua.
"Apa?!!" balas Dr.Aqif. Dia memandang ke arah Dr.Amirul Najmi. "Wafiq...bagaimana dengan bilangan wabak itu? makin meningkat?" soal Dr.Amirul Najmi.
"Makin meningkat Dr...di Kuala Lumpur ada 600 kes dicatatkan...di Selangor pula ada 500 kes dicatatkan..Pahang pula ada 340 kes dicatatkan...Negeri sembilan dan johor pula mempunyai 80 kes...dan ada kes pertama wabak itu di Kedah" balas Dr.Wafiq.
Dr.Amirul Najmi berasa resah apabila mendengar laporan tersebut. Manakah tidak, kes wabak virus itu semakin meningkat dan bilangan kematian akibat virus itu berkemungkinan akan meningkat namun kerajaan seolah-olah menutup mata untuk mencegahnya.
"Kerajaan kena buat sesuatu untuk hentikan wabak ini...kalau tidak makin teruk jadinya" kata Dr.Amirul Najmi. Mereka berdua memandang ke arah dia. "Betul...kita kena laporkan penemuan ini kepada orang atasan" ujar Dr.Wafiq. Mereka memanjangkan penemuan tersebut kepada Menteri Kesihatan.
4:00 Petang,
Lebuhraya Wadi Ehsan, Putrajaya.
Kereta BMW milik
Perdana Menteri Malaysia yang ke-25 iaitu Tan Sri Fikri meluncur laju di
lebuhraya. Kereta itu dipandu oleh pengawal peribadinya.
Kelihatan Tan Sri
Fikri yang berada di tempat duduk belakang sedang berhubung bersama Dato’ Sri
Badrul selaku Menteri Kesihatan di telefonnya. Mereka sedang berbincang tentang
wabak yang sedang melanda itu.
“Kamu kena
ingat.. kita kena simpan rahsia tentang wabak itu...kita tak mahu bila
pelancong asing tahu tentang wabak itu...mereka tidak jadi untuk melancong ke
negara kita” kata Tan Sri Fikri kepada Dato’ Sri Badrul.
Rupa-rupanya
kerajaan telah mengetahui tentang wabak tersebut terlebih dahulu namun tetap
ingin merahsiakan wabak tersebut daripada pengetahuan orang ramai.
“Saya
faham...tetapi sampai bila kita nak rahsiakan tentang wabak ini dari orang
ramai? Rakyat kita hampir semua dah tahu tentang wabak ini...sekarang ini
mereka sedang tunggu tindakan kita...saya merayu Tan Sri...buatlah sesuatu
untuk cegah wabak ini” kata Dato’ Sri Badrul.
“Dato!! Awak kena
ingat...tahun ini adalah tahun melawat Malaysia...dianggarkan ada 32 juta
pelancong asing akan melancong di negara kita...kehadiran pelancong akan
meningkatkan lagi ekonomi Negara kita...lebih baik kita sembunyikan dahulu
tentang wabak tersebut, kalau tidak ekonomi negara kita tidak akan meningkat”
balas Tan Sri kepada Menteri Kesihatan.
Dato’ Sri Badrul
menepuk dahinya apabila mendengar jawapan Perdana Menteri. “Tan Sri!! Itu
seolah-olah mempertaruhkan nyawa rakyat...dah ada 3 kematian sekarang ini...
dan dijangka akan meningkat lagi...Tan Sri...tolonglah buat sesuatu...rakyat
yang menjadi mangsa sekarang ini” desak Menteri Kesihatan itu lagi.
“Keputusan saya
muktamad...kita akan tetap sembunyikan tentang wabak tersebut...jika ada
sesiapa yang menyebarkan tentang wabak itu...dia akan didakwa...awak kena
ingat!! Ini juga demi ekonomi Negara kita” balas Perdana Menteri lalu
menamatkan talian.
“Haishhh” Keluh
Dato’ Badrul. Dia berasa kecewa dengan sikap Perdana Menteri yang mementingkan
ekonomi berbanding nyawa rakyatnya. Sememangnya ekonomi juga penting namun di
dalam keadaan ini nyawa haruslah terlebih dahulu dijaga.
Dia masih
teringat ketika Perdana Menteri mengadakan mesyuarat kabinet tergempar sehari
selepas kematian 205 ekor lembu di Selangor. Tan Sri Fikri mengadakan mesyuarat
kabinet tergempar setelah dia telah dimaklumkan oleh jabatan veterinar bahawa
lembu itu telah dijangkiti oleh virus ZKM-2 dan berisiko tersebar kepada
manusia. Jabatan Veterinar telah memberi amaran kepada Perdana Menteri namun
dia bertindak mengarahkan jabatan veterinar untuk tidak memberitahu hal ini
kepada masyarakat.
*Flashback*
3 Januari
2050, 9:00 Pagi, Bangunan Putra, Putrajaya.
“Kenapa Tan Sri
tiba-tiba buat mesyuarat tergempar?” soal Dato’ Sri Arman selaku Menteri dalam
Negeri. “Begini...sebenarnya seperti yang kita tahu semalam ada 205 ekor lembu
ditemui mati bergelimpangan di selangor.” Balas Tan Sri Fikri.
“Jadi apa kaitan
dengan kita?” soal Dato’ Akmal selaku
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. “Kaitannya adalah saya telah diberitahu
bahawa kita telah menghadapi satu wabak baharu yang akan mengancam aktiviti
ekonomi kita” terang Tan Sri Fikri.
“Jadi apa yang
lebih membimbangkan adalah tahun ini adalah tahun melawat Malaysia...jadi saya
taknak disebabkan wabak itu aktiviti pelancongan yang dapat menjana ekonomi
kita terganggu...oleh itu tujuan saya memanggil kalian semua adalah untuk
membincangkan apa langkah-langkah kita untuk melawan wabak itu tanpa menganggu
aktiviti ekonomi kita...” sambung Tan Sri lagi. Semua mata di situ
memerhatinya.
“Jadi ada
rancangan daripada kalian?” soalnya lagi kepada menteri di situ.
Dato’ Sri Naqib
selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia mengangkat tangan untuk memberikan
cadangan. “Begini cadangan saya...saya rasa lagi elok kita sembunyikan maklumat
tentang wabak ini daripada semua orang..” katanya.
“Saya setuju
dengan cadangan dia...cadangan itu memang bernas...kalau semua orang termasuk
pelancong asing tidak tahu tentang wabak di sini pasti mereka akan terus
melancong ke negara kita.” Kata Dato’ Sri Syafiqah selaku Menteri Pelancongan,
Kesenian dan Kebudayaan.
“Haih ini saya
tidak setuju...kita kena ingat ini Negara demokrasi bukan Negara
komunis...hanya Negara komunis sahaja yang suka sembunyikan maklumat...jadi
kita tidak boleh nak sembunyikan wabak itu daripada pengetahuan orang ramai
kerana ia dapat membahayakan orang ramai...dan kalau wabak itu dibiarkan ia
akan menjadi pandemik di seluruh dunia” bangkang Dato’ Sri Badrul.
“Betul saya
setuju dengan Dato’ Sri Badrul...ini tidak bagus untuk rakyat kita...kita ni
Menteri yang dipilih oleh rakyat untuk menjalankan tugasnya sebagai pemimpin
bukannya sebagai diktator yang suka sembunyikan kebenaran” kata Dato’ Dr Zaqwan
selaku Menteri Hal Ehwal Agama.
“Tetapi ini semua
juga demi ekonomi negara kita juga” balas Dato’ Fuad selaku Timbalan Perdana
Menteri.” Iya betul saya tak nafikan juga tentang itu tetapi ini adalah soal
nyawa rakyat kita...tolonglah kita ni jangan pentingkan diri sendiri” balas
Dato’ Dr Zaqwan.
“Baiklah
beginilah saya telah membuat keputusan...saya setuju dengan cadangan Dato’ Sri
Naqib..di mana kita kena simpan rahsia tentang wabak ini daripada pengetahuan
orang ramai” kata Perdana Menteri. “APA NI!!! HARAPKAN JE PERDANA MENTERI TAPI
PENTINGKAN EKONOMI DARI NYWA RAKYAT!!!” kata Dato’ Sri Aiman selaku Menteri Hal
Ehwal Undang-Undang dengan nada yang tinggi. Semua mata memandang ke arahnya.
“Bertenang
Dato’....bertenang” pujuk Dato’ Sri Ikram selaku Menteri Pertahanan.
“Sudahlah..aku taknak terlibat dengan rancangan korang semua!! Jadi daripada
aku tanggung dosa korang semua... Mulai hari ini aku letak jawatan aku sebagai
Menteri Hal Ehwal Undang-Undang” balasnya kepada mereka semua yang ada dalam
bilik mesyuarat tersebut. Lalu dia pergi keluar daripada bilik mesyuarat
tersebut dengan geram. “BAM!!” pintu bilik itu ditutup dengan kuat.
“Kita boleh
teruskan tanpa dia” kata Tan Sri Fikri kepada menteri-menteri yang masih
memandang di pintu itu. “Jadi ingat!! Kita kena simpan rahsia ni...jangan
sampai semua orang tahu” katanya lagi.
“Kalau ada orang
bocorkan rahsia itu?” soal Timbalan Perdana Menteri. “Kita akan tangkap dia
untuk ‘senyapkan’ dia“ balasnya.
“Ya
Allah...kenapa mereka begitu pentingkan diri” keluh Dato’ Sri Badrul dalam
hatinya. Dia berasa bersalah kerana menyimpan rahsia tentang wabak itu daripada
pengetahuan orang ramai.
*Flashback Tamat*
8:10 Malam,
Kondominium Sri Alam, Kuala Lumpur.
Dr.Amirul Najmi
baru tiba di rumahnya yang terletak di tingkat 15. Dia membuka kasut dan stokingnya
sebelum memasuki rumahnya. Kemudian dia terbaring di atas sofa.
“Fuhh...Ya
Allah...penatnya..” keluhnya sendirian. Dia telah menempuh pekerjaan yang penat
di pagi hari. Walaubagaimanapun, dia masih memikirkan tentang wabak ZKM-2 itu.
Dia mencari jalan untuk menyedarkan masyarakat tentang kehadiran wabak itu
supaya lebih berhati-hati.
Kemudian dia
mendapat idea. Dia mengeluarkan telefon pintar miliknya dari poketnya dan
membuka aplikasi sosial iaitu facebook. Dia menaip sesuatu di aplikasi itu.
“Kepada orang
yang sedang melihat page FB saya ini terutamanya doktor dan jururawat...saya””
menggalakkan anda semua untuk memakai PPE jika menerima pesakit wabak misteri
itu kerana untuk pengetahuan semua...Hal ini kerana Negara kita telah diserang
suatu wabak iaitu wabak virus zekrom atau dikenali sebagai ZKM-2
....Simpton-simpton wabak ZKM-2 adalah demam yang panas, selesema, batuk kering
serta badan berasa lesu...kepada mereka yang di luar sana jagalah kesihatan dan
kebersihan diri, keluarga dan orang lain”
~ DR.AMIRUL NAJMI ~
Kenyataan Dr.Amirul Najmi
mengejutkan warganet. Ada yang berasa takut, ada yang menambah info dan tidak
kurang ada yang mengecamnya kerana memberitahu hal yang palsu.
Walaubagaimanapun, ramai
warganet yang menyetujui kenyataan Dr.Amirul Najmi kerana sebelum ini juga
warganet pernah digemparkan dengan foto yang mempamerkan keadaan wad hospital
yang sesak dan juga pendedahan beberapa doktor yang bekerja.
Ramai yang mengecam pihak
kerajaan kerana seolah-olah tidak peduli tentang hal ehwal kesihatan sebaliknya
hanya mementingkan ekonomi. Terdapat laporan yang mengatakan bahawa
doktor-doktor yang mendedahkan wabak ZKM-2 tersebut tiba-tiba hilang kerana
telah ‘disenyapkan’ oleh kerajaan.
Mesej Dr.Amirul Najmi di
media sosial menarik perhatian kerajaan. Kerajaan bimbang rahsia tentang wabak
itu akan terbongkar. Oleh itu, Tan Sri Fikri telah mengarahkan pihak berkuasa
untuk ‘menutup mulut’ Dr.Amirul Najmi.
16 Januari 2050, 9:30
Pagi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Kereta proton saga milik
Dr.Amirul Najmi tiba di perkarangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dia
mematikan enjin kereta dan keluar daripada kereta. Tiba-tiba sebuah kereta
polis berhenti di hadapannya. Kedua-dua pegawai polis yang berada di dalam
kereta itu keluar daripada kenderaan itu.
“Assalamualaikum
encik...boleh saya bertanya sesuatu?” soal pegawai polis itu kepada Dr.Amirul
Najmi. “Waalaikumusalam ...boleh je...kenapa ya?” balas Dr.Amirul Najmi.
“Begini kami sedang mencari Dr.Amirul Najmi...kami dapat maklumat dia bekerja
di sini” kata pegawai polis.
“Saya lah Dr.Amirul Najmi
tu...kenapa encik berdua cari saya?” soalnya. “Dr...kami dapat laporan yang
awak telah menyebarkan berita palsu...sila ikut kami ke balai untuk siasatan”
kata pegawai polis itu lagi. “Apa?!!” katanya. Penagkapan Dr.Amirul Najmi
mengejutkan Dr.Aqif dan Dr.Farhan serta rakyat Malaysia yang mengikutinya di
facebook. Akaun sosial miliknya seperti instagram, facebook dan twitter telah
dipadam oleh kerajaan.
Dia kemudian telah
didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Kehilangan Dr.Amirul Najmi serta doktor yang lain telah menjadi tanda tanya
warganet. Kini, dia menerima nasib yang sama seperti doktor-doktor yang turut
disenyapkan oleh kerajaan.
19 Januari 2050, 3:00
Petang, Penjara Sungai Buloh, Selangor.
Pintu bilik penjara
dibuka. Warden penjara memasukkan Dr.Amirul Najmi ke dalam penjara itu. Kini,
Dr.Amirul Najmi telah bergelar sebagai banduan dan ini merupakan hari pertama
di dalam penjara. Di dalam penjara itu, terdapat seorang lagi banduan lelaki
yang berbangsa melayu.
Kata-kata hakim semasa di
mahkamah pagi tadi terngiang-ngiang di dalam fikirannya. “Amirul Najmi...kamu
telah dijatuhkan penjara selama setahun” ucap Hakim semasa persidangan mahkamah
tadi.
“KERAJAAN TAK GUNA!!”
jerit Dr.Amirul Najmi. Suara jeritannya bergema di penjara. Dia tidak berpuas
hati dengan keputusan kerajaan yang memenjarakanya kerana apa yang diberitahu
itu benar namun kini apalah yang boleh dibuatnya. Sudahlah nyawa masyarakat
dalam bahaya malah dia dipenjara pula hanya disebabkan maklumat yang dikatakan
palsu namun benar.
“BEBASKAN AKU!!” jeritnya
lagi. “Jadi kau dipenjarakan kerana benda yang sama kan” kata banduan itu.
Dr.Amirul Najmi memandang ke arahnya. “Nama aku Rafid...seorang aktivis” kata
Rafid yang memperkenalkan diri.
“Apa kesalahan kau?” soal
Rafid kepada Dr.Amirul Najmi. “Haihh nama aku Amirul Najmi...aku pula seorang
doktor dan kesalahan aku adalah aku dituduh menyebarkan berita palsu” terang
Dr.Amirul Najmi.
“Mesti sebab kau sebarkan
pasal wabak ZKM-2 tu kan?” soal Rafid. “Bagaimana kau...” belum sempat doktor
Amirul Najmi menghabiskan ayatnya. Rafid memotong ayatnya dahulu. “Heh aku pun
macam kau...lantang tentang ancaman Virus zekrom kat negara kita...tetapi
tiba-tiba sahaja aku ada kat sini...kononya aku telah menyebarkan berita palsu”
kata Rafid. “Kalau kau nak tahu..kerajaan tahu lama dah tentang wabak ini
tetapi kerajaan sengaja menyembunyikannya kerana kebetulan tahun ni tahun
melawat malaysia...jadi banyaklah pelancong asing akan datang...jadi makin
pesatlah ekonomi tetapi nampaknya kerajaan memang seolah-olah membunuh orang
macam kita ni perlahan-lahan” sambungnya lagi.
“Habislah mereka semua...wabak
menggila datang” keluh Dr.Amirul Najmi. “Kita doakan jelah yang terbaik...kita
dah tidak boleh buat apa dah sekarang ini...hanya tunggu dan lihat je apa nak
jadi.” Kata Rafid yang telah pasrah.