Isnin, 21 Februari 2022

HEALING JOURNEY 2 : HYPOMANIA

Gembira, bersemangat, bertenaga, yakin, itulah apa yang aku rasa. Aku tidak tahu kenapa aku menjadi gembira. Padahal, tidak ada apa-apa pun yang berlaku.

Aku terlebih bersemangat dalam melakukan suatu perkara. Tenaga aku juga tidak berkurang sehinggakan aku tidak memerlukan tidur yang lama. Dua empat jam sudah cukup untuk mengecas energiku.

Aku juga menjadi yakin akan diriku. Aku yakin bahawa aku dapat buat semuanya. Keyakinan diriku juga bertambah. Aku lebih banyak bercakap dan menegur orang asing. Apabila bercakap, aku akan lompat dari satu topik ke topik yang lain dengan cepat.

Idea mencurah-curah. Ingin melancong, ingin membeli buku dan sebagainya. Banyak yang ingin aku lakukan ketika itu. Buku ku juga aku update dengan selalu. Aku tidak tahu kenapa semua ini terjadi.

Aku semakin bersemangat untuk belajar. Namun, di kelas aku tetap tidak dapat fokus.

Duit poketku juga semakin tipis kerana aku mulai boros membelanja. Terutamanya, untuk makan dan alatan melukis ku.

Tetapi apa yang pasti, aku bahagia. Aku fikirkan aku sudah kembali sihat sepenuhnya. Cahaya sudah menerangi hidupku. Tidak perlu lagi aku melawan kegelapan yang menyelubungi diri. Aku bahagia, terlalu bahagia.

Tetapi, aku silap.

Sabtu, 22 Januari 2022

DAY 1


Waktu orang buang kau macam sampah,
Buat kau tak tentu arah,
Diam dan amalkan satu mentaliti,
Yang semua orang boleh pergi mampos,
Sebab semua orang boleh ada masa kau senang dan boleh pergi bila kau susah.
Semua orang boleh hipokrit pijak semut pun tak mati tapi hati berbolak balik macam
ombak depan rumah aku.

Umpat keji dah jadi puisi dalam melodi,
Sebati dengan darah daging dalam diri sendiri.
Gugur air mata kau orang tak pandang pun sebelah mata.

Sebabnya?

Tak ada siapa pun yang peduli dengan sakit derita kau dan tak ada siapa pun yang ikhlas terima baik buruk kau.

Kau yang bodoh sebab percaya,
Kau yang bodoh sebab terlalu baik,
Sampai tak boleh beza yang mana satu syaitan mana satu toksik.
Kawan toksik talam dua muka masih mampu kau hidup bersama,
Tapi kawan syaitan adalah pengkhianat yang akan hancurkan hidup kau tanpa kau sedari.



Khamis, 20 Januari 2022

LUKA TIADA PARUT, PARUT TANPA KESAN



Jika ini semua ini boleh dibuang,
Apakah hidup ini lebih bahagia tanpa ketawa?
Berhentilah memberi kata-kata,
Ia membunuh sangat dalam.

Jika semua ini dapat dilupakan,
Adakah hidup ini lebih bahagia tanpa tangisan?
Sukar untuk menerima,
Pejamkan mata tanpa paksa.

Jika impian ini boleh terkabul,
Adakah dapat merasakan apa yang mereka rasa?
Tapi itu mustahil untuk dicapai,
Malam ini usahlah pergi.

Jika hanya satu memori dapat disimpan,
Apakah suara itu menjadi teman waktu sunyi?
Saat ia datang dan pergi,
Tak dapat padamkan luka ini.

Rabu, 19 Januari 2022

IN-TRO-VERT 1



So, few days ago my friend told me something.

"Aku rasa macam orang yang suka baca novel/buku ni macam sunyi je hidup. Lonely, tak ada life."

"Aku tak faham, kenapa nak keluar duit banyak-banyak untuk beli buku je? Kan boleh baca kat internet je".

"Aku tak tahu apa yang best baca buku ni. Dahlah berat nak kena pegang."

I don't know why, but that hits me hard.

Very hard.

Sebab yang cakap tu kawan aku sendiri.

Yes, dia orang tahu aku macam mana. Aku suka beli, baca dan kumpul buku yang pelbagai genre kecuali romance and love.

Tapi still, macam orang tak ada common sense bila dia orang cakap macam tu depan muka aku.

Dan aku macam orang bodoh, hanya senyum sebab aku fikir aku kena respect pandangan orang lain tanpa fikir yang dia orang juga kena respect aku.

itulah, siapa aku kan

Selasa, 18 Januari 2022

HEALING JOURNEY 1




A journey to find myself again.

Aku Khai (bukan naman sebenar).
Aku telah melalui jalan hitam dalam hidupku. Tiada cahaya menyuluh jalan keluar.

Aku takut. Sangat takut. Air mata sering menjadi peneman. Memelukku dalam kegelapan.

Aku cemburu dengan orang yang sudah mati. Kerana mereka tidak perlu merasa sakit.

Aku nekad membunuh diri.

Saat itu, tuhan telah mengirimkan bantuan. Benar. Allah Maha Penyayang. Bantuan tiba dari arah yang tak disangka.

Aku nekad untuk berjumpa dengan doktor.

Dan pada awal Tahun 2022 aku didiagnosis dengan MDD. Major Depressive Disorder.

Ya. Bagi sesetengah orang apabila seseorang itu membuat rawatan untuk masalah kesihatan mental akan terus dilabel sebagai gila. 

Tapi aku tak gila. Aku Unik. Dan bukan aku yang memilih untuk jadi begini.

Dan aku perlu mencari semula diri aku. Moga Aku terus kuat dan tabah dalam menghadapi semua dugaan ini.

Terima kasih kerana sudi membaca catatanku yang tidak seberapa ini. Moga dapat dijadikan pengajaran untuk kita semua.

Sabtu, 17 April 2021

OMBAK DERITA




Telah aku redahi segala ombak taufan yang gila. Kerapkali juga memukul dadaku yang satu. Namun— aku masih mampu melangkah, meskipun pedih dipukul ombak bertalu-talu tanpa simpati oleh dunia yang menghujam ku kejam.


Aku masih di sini.. 

Di kejauhan yang sepi dari dunia manusia lain. 

Bukan ingin menjadi sang penyepi selamanya, namun— dunia yang menghujam kejam dengan derita membuat diri lebih gemar bertafakur sendiri memerhati dan mencari erti kehidupan yang sebenar.


Yang telah ku fahami, 

ada tawa saling tawa.. 

Namun disebaliknya penuh khianat. Ada senyum saling berbalas senyum, namun penuh dengan kepuraan. Di sebalik wajah ada cerita tersendiri.


Manusia..

Kini memakai topengnya sendiri dalam melangkah. Begitu juga aku, memilih salah satu pakaian.. memakai pakaian misteri sebagai pilihan agar tidak dikenali dunia. Biar hanya tulisan menjadi sebagai cerita. Kerana aku lebih gemar memilih bertemankan sepi dari bising yang menghancurkan seluruh jantung milik Tuhan ini, ditikam manusia binatang jalang. 


Hidup kita punya cerita tersendiri. Ada suka ada duka, ada manis ada pahit, ada hina ada keji, ada baik penuh pura, ada waras dan ada kegilaan yang tersendiri, ada senyum ada air mata. Semuanya cerita tentang bahagia dan derita silih berganti. Sampai masanya semua dijemput Tuhan.


0026 | 170421


Sabtu, 30 Januari 2021

BAB 3 : PENGUMUMAN TERGEMPAR


 

Tepat pukul 3:00 petang, rakyat Malaysia telah bersedia menunggu pengumuman Perdana Menteri di hadapan television. Mereka ingin mengetahui apakah langkah kerajaan untuk mengatasi wabak ini.

Sementara itu, di bilik media pula. Pihak media telah memfokuskan kamera kepada Perdana Menteri yang telah berada di hadapan untuk disiarkan secara langsung di television.

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan” ucap Perdana Menteri sebagai permulaan. Pengumuman oleh Perdana Menteri disiarkan secara langsung di seluruh negara.

“Seperti yang kita ketahui...sebuah wabak epidemik telah menyerang negara kita...wabak ini dikenali sebagai wabak ZKM-2... Disebabkan itu,  telah berlaku peningkatan kes positif wabak ZKM-2 serta kematian yang mendadak akibat wabak ZKM-2. Hospital-hospital di seluruh negara pula telah mulai sesak dengan pesakit ZKM-2...” kata Perdana Menteri lagi. Dia memandang tepat pada kamera pihak media itu.

“Melihat keadaan yang semakin lama semakin teruk...kerajaan telah bersepakat untuk melaksanakan perintah berkurung di seluruh semenanjung Malaysia kecuali Labuan, Sabah dan Sarawak.” Katanya lagi.

Kenyataan Perdana Menteri itu telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Kerajaan terpaksa melaksanakan perintah berkurung untuk memutuskan rantaian wabak ZKM-2.

“Perintah berkurung ini akan berkuatkuasa tepat jam 12:00 malam ini. Ekoran daripada itu juga, Baginda Yang Dipertuan Agong telah bersetuju untuk mengisytiharkan darurat kesihatan di Malaysia” sambungnya lagi. Cahaya kelipan daripada kamera pihak media menerangi muka Perdana Menteri.

“Di kesempatan ini, saya akan menerangkan peraturan sepanjang perintah berkurung dilaksanakan, seluruh sektor ekonomi dan sosial akan ditutup...hanya pasaraya dan farmasi sahaja yang akan dibuka sewaktu perintah berkurung. Universiti dan sekolah juga akan ditutup...pihak polis dan tentera juga akan membuat rondaan dan juga sekatan jalan raya. Hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk keluar membeli barang keperluan. Jika anda ingin keluar daripada rumah, sila bawa dokumen pengenalan diri. Semasa perintah berkurung, anda tidak dibenarkan untuk merentas daerah dan juga merentas negeri” terang Tan Sri Fikri.

“Disebabkan telah berlaku kesesakan di hospital sekitar Kuala Lumpur...kerajaan telah menjadikan stadium bukit jalil sebagai pusat kuarantin Kuala Lumpur...pusat kuarantin itu akan berada di bawah kawalan tentera...” katanya lagi.

“Akhir sekali, saya ingin menasihati anda semua agar sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan diri, keluarga dan orang lain...semoga Allah melindungi kita. Ingat!!! Tetaplah di rumah” kata Tan Sri Fikri. Pengumuman itu pun berakhir.

Walaubagaimanapun, pengumuman itu telah mencetuskan panik kepada sesetengah rakyat Malaysia. Langkah kerajaan  mengenakan perintah berkurung itu telah menjadi bualan ramai. Ada yang memuji dan ada juga yang mengutuk tindakan itu.

Disebabkan bimbang bekalan makanan tidak mencukupi sewaktu perintah berkurung. Pada petang itu juga, rakyat Malaysia telah membuat pembelian panik di pasaraya-pasaraya yang terdekat.

5:00 Petang, Pasaraya Tunas Manja, Jalan Rusa, Pudu, Kuala Lumpur.

Pada petang itu, penduduk sekitar pudu telah menyerbu pasaraya itu untuk membuat pembelian panik. Sebahagian almari telah licin akibat pembelian panik itu.

Mereka semua membeli barangan keperluan dengan banyak untuk menampung semasa perintah berkurung. Di kaunter pula, mereka bersesak-sesak menunggu giliran untuk pembayaran barangan itu. Jurujual yang bertugas tidak menang tangan untuk membuat pembayaran.

“WOI JANGAN PENTINGKAN DIRILAH!!! ORANG LAIN PUN NAK JUGA” Tengking seorang lelaki yang berjersi Perak itu kepada seorang lelaki yang berbaju t-shirt hijau. Semua orang memandang ke arah dia.

“KAU APAHAL MENYIBUK?!! SUKA HATI AKU LA!!” balas lelaki berbaju hijau itu. “KURANG AJAR!!” tengking lelaki berjesi itu lalu dia melepaskan tumbukan di pipi lelaki tersebut.

Lelaki yang ditumbuk itu tersungkur jatuh tetapi dia kembali berdiri. “CISS!!” keluh dia lalu dia cuba untuk menumbuk muka lelaki itu namun ditepis oleh lelaki tersebut.

Keadaan mula menjadi tegang. “BANG!!!” Bunyi tembakan dilepaskan. Rupa-rupanya itu tembakan yang melepaskan gas pemedih yang ditembak oleh polis anti-rusuhan atau dikenali sebagai Federal Reserve Unit (FRU). Gas itu menyebabkan mata mereka berasa pedih dan terbatuk-batuk.

“Diminta semua orang untuk bersurai!! Kosongkan tempat ni!!!” arah seorang polis FRU tersebut kepada orang ramai. Beberapa anggota polis FRU menghalau keluar para pengunjung pasaraya itu. Mereka terpaksa meninggalkan barangan yang tidak sempat untuk dibayar di pasaraya akibat dihalau keluar secara paksa oleh polis FRU.

Ramai yang mempertikaikan tindakan polis FRU. Namun, ia bukan berlaku di situ sahaja malah ia juga berlaku di beberapa tempat di Kuala Lumpur. Kerajaan telah mengerahkan polis FRU untuk mendesak rakyat untuk tidak berkumpul beramai-ramai pada petang itu kerana bimbang akan menjadi risiko penyebaran wabak ZKM-2.

Di Pavillion Bukit Bintang, polis FRU juga bertindak memaksa pengunjung keluar untuk pulang ke rumah. Mereka menghalau pengunjung menggunakan gas pemedih mata.

Disebabkan pembelian panik telah berlaku, ini menyebabkan barangan keperluan harian telah berkurang secara mendadak. Disebabkan itu, beberapa kejadian kecurian telah dilaporkan di sekitar lembah Klang pada petang itu. Terdapat juga kejadian apabila lori yang membawa bekalan makanan telah dirompak.

Suasana huru-hara dan kelam-kabut melanda Kuala Lumpur. Hal ini kerana Kuala Lumpur adalah tempat yang terjejas teruk akibat perintah berkurung berbanding Negeri lain. Tiada kejadian pembelian panik di Negeri lain.

5:35 Petang, Lebuhraya Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Selepas sahaja kerajaan telah mengisytiharkan perintah berkurung, sesetengah penduduk Kuala Lumpur ingin melarikan diri ke halaman kampung masing-masing namun kesemua jalan raya termasuk lebuhraya telah ditutup dan telah diadakan sekatan jalan raya.

“PIN!!!PIN!!PIN!!!” bunyi hon kereta lain yang sedang bersesak-sesak di jalan raya. Terdapat kereta yang telah diarahkan untuk berpatah balik oleh pegawai polis yang bertugas.

“Sila patah balik!!!” arah polis trafik itu kepada pemandu kereta yang lain. Kelihatan anggota polis yang lain sedang meletakkan kon untuk menutup jalan tersebut.

Pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Monorel, Bas dan Keretapi telah dihentikan pada petang itu juga. Ini menyebabkan mereka yang sering pulang menaiki pengangkutan awam terpaksa berjalan kaki ke rumah masing-masing.

5:50 Petang, Kem Tentera Sungai Besi, Cheras, Kuala Lumpur.

Beberapa buah lori tentera darat mula keluar daripada perkarangan Kem Tentera itu. Lori-lori itu membawa anggota tentera untuk memasang kawad berduri di lebuhraya serta sempadan negeri dan daerah.

Kerajaan telah mengarahkan tentera untuk menutup jalan sempadan negeri dan daerah serta membuat rondaan bersama pihak polis. Terdapat juga bantuan anggota tentera daripada port dickson, Negeri Sembilan.

6:25 Petang, Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

Suasana sedikit kelam kabut apabila kakitangan hospital itu mula untuk memindahkan pesakit ZKM-2 ke stadium Bukit Jalil. Bagi pesakit ZKM-2 yang mempunyai gejala ringan, mereka akan menaiki lori polis manakala mereka yang mempunyai gejala yang teruk mereka akan menaiki van ambulans.

Dr.Faris membuka matanya. Dia telah sedar daripada pengsan. Dia kini berada di dalam van ambulans yang sedang menuju ke Stadium Bukit Jalil. Mukanya begitu pucat. Terdapat darah kering di mulutnya.

“Faris? Kau okay?” soal Dr.Rafi yang sedang melihat Dr.Faris yang sedang terbaring. “Aku dah kena jangkit dengan virus ZKM-2 ke? Soal Dr.Faris.

Dr.Rafi menganggukan kepalanya. “Ya...kau dah kena jangkit...” balas Dr.rafi. “Haihh...” keluh Dr.Faris “Sabar Faris...kau kuat...” kata Dr.Rafi.

“Kau dah beritahu kepada isteri aku yang aku dijangkiti virus ini?” soal Dr.Faris “Ya aku dah beritahu... bertenag Faris bertenang” kata Dr.Rafi.

“Aku rasa aku dah tak lama ni” ujar Dr.Faris. “Faris...lebih baik kau jangan cakap macamtu...lebih baik kau doa yang baik-baik” kata Dr.Rafi.

Dr.Faris ketawa kecil. “Kalau dah takdir nak buat macam mana?” balasnya. Dr.Rafi terdiam.

 

 

HEALING JOURNEY 2 : HYPOMANIA

Gembira, bersemangat, bertenaga, yakin, itulah apa yang aku rasa. Aku tidak tahu kenapa aku menjadi gembira. Padahal, tidak ada apa-apa pun ...